Monday, 29 December 2014

Birthday abah

salam semua lama tak update tuan blog cuti...nak balik ipoh sambut birthday abah katanya bukan setakat tuh dengan kerja2 sekali tak datang haahahah..sebenarnya penat dan malas dah nak hadap kerja bayangkan dah beberapa bulan asyik kerja balik lewat jerk badan rasa tak leh bawa..kalau kuat pun sebab tahan jerkkkk
untuk makluman birthday abah kita 25/12/ tau hari krismas kebetulan semua cuti..memang saja tak balik kan... en garang tak dapat balik kerja...opsss standby kang cakap kerja cakap aku tipu plak..krismas kan cuti..so standby...en garang kan orang baru so bagi peluang pada orang yang nak sambung menyambung cuti nie..heheeh macam aku nie haaaa..kan cuti lama sampai ayat en garang awak macam lama jerk tak masuk ofis...saya qada lah..saya dah penat hari2 ngadap akaun ..ngadap benda nak bayar..ngadap amaun juta2 kalau duit sendiri takper duit kerajaan semua "on paper " orang kata...
haahaah dah melalut tajuk birthday abah macam tajuk cuti jerk...cerita bab birthday abah nie banyak sebenarnya sebab kami adik beradik semua berkumpul dan yang bestnya tahun nie menantu perempuan abah belanja semua pergi peneng...yeay....

untuk entry nie kita sambung kemudian yerp..sebab banyak nak throwback dan letak picture.

untuk abah:
atul doakan abah panjang umur murah rezeki diberi kesihatan yang baik..maafkan atul kalau atul selalu sakitkan hati abah dalam sedar atau tidak.atul tahu abah sayang atul dari gerak mata abah pertanyaan abah..walaupun kadang2 banyak benda atul sorok demi tidak menyusahkan hati abah namun atul tahu abah dapat agak atul punya masalah..dalam diam abah baca pergerakan dan gerak geri atul..tahun 2014...umur abah 61tahun...abah kerapkali ungkap dah sampai waktu dah..abah atul belum sanggup kehilangan abah walaupun atul tahu kita semua pasti menghadap ilahi bila waktu tiba..namun atul berdoa berikan atul kasih sayang abah lagi...masih terasa abah peluk atul waktu atul nak balik kl..selepas hampir seminggu atul di kampung ..banyak kali abah tanya atul ada duit ker...abah ok kalau atul tak bagi pape janji atul balik..walau tiada ucapan indah tapi genangan airmata abah atul tahu abah terharu.. terima kasih abah...tahun nie abah jadi wali atul lepaskan atul kepada yang berhak..walaupun abah dah lepas tanggungjawab abah kepada menantu abah tetapi atul sebagai anak tetap bertanggungjawab sebagai anak terhadap abah...apapun atul gembira di usia 61tahun abah masih kuat masih sihat..dan yang best abah yang memandu di semua perjalanan sepanjang kita bercuti..abah happy dengan apa yang abah lakukan...

Monday, 22 December 2014

Apa Lagi?

salam .. didatangi dengan cerita yang aku sendiri rasa sedih ..
bila seorang lelaki bujang berkahwin dengan seorang perempuan yang ada anak ... yang sedang belajar erti kasih sayang ibu dan ayah .. anak kecil tinggal bersama ayah kerana ibu dia belum mampu dan stabil dalam erti kata lain tengah bersedia untuk menjaga anak kecil itu sepenuhnya.ibu berkahwin dengan seorang lelaki bujang tetapi sebelum berkahwin telah dijelaskan dia mempunyai seorang anak kecil dan telah memberi peluang untuk lelaki itu berfikir samada meneruskan hubungan atau tidak namun lelaki itu bersungguh untuk meneruskan dan pada pandangan perempuan itu lelaki itu bersedia menerima siapa dia seadanya dan juga bersedia fizikal dan mental untuk sama2 menjaga anak tersebut bukan dari segi kasih sayang tetapi wang ringgit.
perempuan itu berkahwin dengan lelaki tersebut.dihari perkahwinan mereka anak kecil itu tidak dibawa walhal anak kecil itu nak sangat melihat ibunya berkahwin.perempuan itu tidak mahu anak kecil itu merasa tersisih bila melihat ibu dan abah dia bersanding dan sebenarnya perempuan itu sedih mengenang nasib anak kecil dia.perempuan itu pendam semua sedih dia demi memikirkan selepas ini tentu lebih baik..
perempuan itu memilih lelaki bujang ini kerana beranggapan di mempunyai sikap tanggungjawab,ada asas agama dan berharap dapat membimbing dia dan anak kecil dia nanti kerana perempuan ini mempunya masa silam tersendiri.dan si ayah yang membantu perempuan ini selama ini terus menjaga anak kecil ini walaupun hatinya sakit kerana perempuan ini tidak memilih dia untuk membina keluarga.dan semestinya perempuan ini mempunyai sebab mengapa tidak memilih dia.namun sudah menjadi sikap perempuan ini tidak suka hidupnya di ganggu di pertikai dan seboleh boleh dia ingin menjaga hati semua orang yang baik denganya dengan mengetepikan perasaan dia sendiri..walaupun perempuan ini dah berkahwin seboleh boleh dia cuba menjadi isteri yang sebaiknya..sanggup ketepikan perasaan rindu seorang ibu demi menjaga hubungan dengan suaminya.tidak mahu timbul fitnah kalau masih pergi ke rumah lelaki itu tinggal bersama anak kecil beliau.
sekali sekala dia akan call untuk tanya khabar anak dan perkembangan anak.itupun hanya melalui panggilan sebab memikirkan hati suaminya perlu dijaga.
kadangkala bila ada perkembangan yang baik tentang anak kecil dia jarang nak cerita dengan suaminya kerana suami dia bersikap acuh tak acuh dan jarang nak tanya pasal perkembangan anak hanya kerana pernah satu ketika bila anak kecil itu tidak mahu bersalam dan memanggil beliau abah..dengan si kecil itu dia membuat musuh..padahal boleh diajar kerana sekarang adalah proses pembelajaran..tetapi lelaki itu tegas dengan pendirian sejak kecil lah kena ajar..kita yang besar nie pun masih salah padahal sudah diajar dari kecil apalah sangat budak kecil yang beru 5tahun hidup didunia berbanding kita.sudahlah membesar seorang diri,tanpa pengawasan...bila ibu itu mengenang dia kerap menangis sendiri..tetapi apalah daya si ibu antara suami dan anak sama2 menuntut kasih sayang dan ketaatan.
dalam hati ibu selalu memujuk insyallah nanti akan ok..tetapi sehingga dah beberapa bulan masih seperti biasa..dari mulut suaminya tak pernah nak tanya pasal anak kecil,kerisauan kepada anak kecil duduk seorang diri ,membesar tanpa kasih sayang sepenuhnya dan ini anak kecil itu akan bersekolah tidak lama lagi..si ibu pening memikirkan yuran,pakaian sekolah tetapi si ibu hanya diam malas nak bercerita biarlah penat kerja ot siang malam janji cukup untuk keperluan anak.dah 3minggu si ibu tak jumpa anaknya..dan selama itulah suami tak pernah tanya pasal anak kecil..jikalau bercerita pasal anak kecil pun pasti tiada jawapan hanya biar macam tuh sahaja.kadangkala si ibu nak juga suami dia menawarkan diri untuk menghadiahkan si anak beg ker atau bayar yuran sekolah ker..tapi dalan hati ibu tidak mengharapkan sebab tahu kedudukan suami dia.namun bila suami kerap bertanyakan kenapa lelaki yang menjaga anak kecil itu kerap telefon dia seolah -olah cemburu..bagi perempuan itu tidak perlu cemburu kerana perempuan itu telah sedaya upaya menjaga diri agar tidak timbul fitnah berhubung melalui telefon pun hanya untk pasal si anak kecil dan pasal sekolah yang bakal tiba.tidak ada mengena dengan hubungan yang lain2...kerana bagi si ibu yang penting hanya kegembiraan anak kecil dia...apa yang membuat anak kecil dia gembira itulah kegembiraan si ibu walaupun kadangkala akan menghiris jiwa ibu sendiri..
mengapa ibu tak meluahkan kepada suami?kerana bagi si ibu kalau meluahkan boleh mengeruhkan hubungan baiklah dia mendiamkan demi kebahagiaan semua..cuti sekolah ini tidak sekalipin si anak kecil di bawa berjalan oleh si ibu mujurlah anak kecil itu balik kg adalah kegembiraan sikecil..bila semalam lelaki itu call untuk bagi anak kecil itu bercakap dengan ibu pasal baju sekolah semua..gembira hati ibu iyerlah dah lama tak bercakap... namun pagi ini bila suami tengok call register hp si isteri boleh suami nak curiga dengan isteri..hati isteri mana mampu bersabar lagi... isteri malas nak bertekak pagi2 hanya diam..air mata boleh di tangisi di mana jua..janji anak kecil dia gembira..esok ibu akan ambil anak kecil itu untuk di bawa pulang ke kampung untk menghabiskan masa bersama...bagi ibu ini masa untuk kegembiraan si kecil...sebab ibu selalu fikir andai dia pergi dulu..macamana nasib si kecil itu....

4month checkup (pengalaman minum air gula)

salam semua..
22/12/2014

yeay pagi nie checkup....kan last cerita harituh en garang tak sempat nak tgk baby scan..so harinie dapat dia tgk heheeh..tapi sebenarnya lebih aku nak cerita pasal pengalaman minum air gula.
21/12/2014 tepat 10mlm dah kena puasa  tau..
petang lagi aku dah makan nasi..aku sumbat macam2 konon bagi kenyang iyerlah nak puasa sampai esok nak amik darah nak minum air gula lagi.. nak tunggu sampai 2jam hoiii jenuh kowt.
pagi pukul 8am aku dah sampai makmal terus daftar.alhamdulillah orang tak ramai cuti sekolah pulak kan..kejap jerk. dah panggil nama untuk ambil darah dan minum air gula.
sebelum aku minum macam2 orang duk cerita dekat aku pasal minum air gula nie konon muntah lah macam2..aku fikir nak elak jerk minum tapi elak pun nanti2 tetap kena minum jugak so set jerklah minda minum jangan sampai muntah.
hari nie ntah macamana amik darah sampai 3kali darah tak mau keluar dah lah aku jenis susah amik darah urat halus katanya..harap badan jerk besor urat halusss heheeh.. dah settle amik darah nurse tunjuk akak tuh air gula akak minum yer sekali tgk cawan..besornyer...aku tgk dia letak perisa oren..bolehlah aku kosongkan fikiran jangan duk ingat kata org yang suruh telan sekali gus..gila ko besar tuh cawan nak telan sekali gus mati tersedak pulak aku kang...masuk jerk tekak gula tuh meresap kat pipi kembang jugak tapi aku control minum pelan2 akhirnya berjaya kowt..settle minum aku duk kat luar sebab tunggu 2jam.

sekali..dalam 5minit nah kau kepala rasa pening gila mulut dah pijar rasa nak muntah sebab gula daapt rasa dalam mulut..sekali tgk en garang datang bawa air mineral..aku control tau takut muntah padahal tgk muka dia macam2 nak ngadu..terus aku ajak dia duk jauh ckit sebab bau rasa mual jerk..nak minum air mineral takut nurse nampak takut muntah plak.nasib en garang teman..lama lagi masa nak tunggu 2jam.sekali dia ajak teman dia makan tuh pun dia berkira2 jugak takut kesian tgk dia makan.tapi fikir aku dari muntah kena minum balik baik tengok dia makan so boleh bungkus dah lepas amik darah lagi sekali boleh makan btul tak?
kami pergi minum..lepak2 semua keja jerk rasa..sampai klinik tunggu jap terus amik darah balik.dah siap terus pergi KKIA sebab kena jumpa Dr nak scan baby..haaa bab nie lah en garang eksaited iyerlah nak tgk baby dia..rindu baby la tuh..kebetulan kejap jerk klinik takder orang...
samapi jerk daftar terus scan alhamdulillah aku tak der alahan apa2 segar jer orang kata penat pun disebabkan kerja aku yang banyak..hehehehe bila scan Dr panggil en garang masuk nampak muka dia happy.. Dr tunjuk semua kepala,badan,punggung,kaki,tangan huhuhhu tanya Dr dah lengkapker baby kami?dia kata dah cukup semuanya...Alhamdulillah ...waktu scan kedudukan baby macam sujud..tgk jam pukul 10.30am..aku senyum2 keluar dari jumpa Dr aku usik en garang ..baby abang solat dhuha yer?heheeh syukur sangat tau..dah makin besar baby kami...ibu dan abah tak sabar tau...untuk baby ibu dan abah membesar dengan sihat yer ibu dan abah tunggu baby keluar tau...

love you...so much en garang thanks teman kita harinie...

Friday, 19 December 2014

privasi dimana?

manusia datang atas rasa hormat menghormati
bila dua insan yang tidak mengenali bergabung menjadi satu bukan semua akan bersatu
ikatan halal mungkin bergabung namun rasa , jiwa , fikiran tak mungkin bergabung yang bergabung cuma zarah2 kecil dalam ertikata melengkapi..
kita mungkin merasakan kita berhak tahu kita berhak mengambil tahu..namun kita juga perlu memberi sedikit ruang privasi untuk mereka untuk dia menyelesaikan dengan cara MEREKA bukan dengan cara menghukum.
adakah kita tidak yakin dengan jiwa mereka hati mereka ? Mengapa? tentu sebab kita sendiri belum cukup membahagiakanya.. diam mereka bukan beeerti puas dengan cara kita,ketawa mereka bukan beerti mereka rasa lucu dengan omongan kita tapi kerana mereka berfikir satu kebahagiaan perlu di cari perlu dibahagi..bukan di galas sendiri...

Thursday, 18 December 2014

OOOOmok kiter..

salam...kiter rindu oooomok kiter hagemaru kita kah kah kah.. hagemaru kita sweet
sejak seminggu nieeeee kiter suker!!! walaupun muka garang garang dan garang

Tuesday, 16 December 2014

mommy journey

salam semua mari kita sambung entry mommy yer..

27/11/14....
hari checkup..selepas sebulan..
pagi tuh macam biasa bangun siap2 pergi kerja sebab klinik dekat dengan ofis . dalam 7.15am kami keluar rumah iyerlah dari bandar mahkota cheras ke tempat keje almost 40minit jugak tau itu pun ikut keadaan trafic entahlah sejak projek mrt nie kejap jem kejap elok aku pun tak paham tapi senang cerita tak nak terkejar2 dalam 7.15am elok keluar rumah kan...lagipun naik motor kan.. naik motor?naik motor? huhuhhu
jalan jem ok mommy malas bawa kereta doakan yerr...
tapi itulah nak jadi cerita, waktu keluar rumah elok depan jusco ntah macamana boleh ada satu kereta di pandu oleh budak perempuan boleh cross dari kiri ke kanan..kami di lane kanan..apalagi en garang tak sempat brake terus langgar belakang kereta tuh apalagi melambunglah dia dgn aku nie..nasib dapat laki tinggi dan gagah huhhuh.. dapat tahan motor dan aku tak jatuh tak dapat bayang kalau aku jatuh..dengan kandungan baru berusia 12minggu..dan ada lebih kurang 2 motor dan 3biji kereta di belakang..nasib menyebelahi kami...
part takut.....
en garang terus turun motor dia tak peduli dah jem ke apa kat belakang tuh terus suruh perempuan tuh turun aku risau dah takut suami aku macam kiki stereng tuh.. hahaah iyerlah dia kalau dah marah ikut hati dia jerk..aku tahu dia marah sangat sebab aku mengandung kowt.perempuan tuh tak nak turun dan berkeras aku tgk en garang dah marah2..orang ramai dah minta kami ketepi..en garang cakap kat perempuan tuh sekali kereta dia tak leh start pulak...ermm en garang lah pulak tolong haahah iyerlah kereta auto kaalu gear dekat D manalah boleh start huhuhh... lagipun aku tengok perempuan tuh dah gelabah..aku serius diam jerk malas nak campur lah.aku tak suka nak marah2 pagi2 boleh hilang mood satu hari.lagipun aku risau kandungan...sebab kaki aku lebam,perut rasa sakit ckit..risau sgt.nasib harinie checkup dan scan.hati nie tak sabar nak tgk baby.
dah park kat tepi jalan en garang sambung gaduh dengan perempuan tuh ermmm budak lagi nak mintak bayar pun takder duit..ermm aku fikir tgk motor en garang ok jerk cuma pecah ckit dan raga tak elok lah..tapi bagi aku sikit jerk tuh..aku tahu en garang lebih kepada risau aku mengandung..berapa kali duk cakap kat perempuan tuh aku mengandung...nasib budak tuh tak balas dah tahu mengandung kenapa naik motor?hahahaha..kalau tak mau kena hempuk dengan helmet budak tuh.
budak tuh kata nak tunggu ayah dia..tunggu dalam 15minit takder apa jugak..aku cakap dahlah nanti lambat checkup..budak perempuan tuh duk dalam kereta takut kowt..malas nak tunggu aku cakap jom jerklah ... en garang fikir macam tak ada guna jerk...
part paling best nak bla..en garang boleh kata kat aku awak pergilah cakap kat budak tuh takperlah kita jalan dulu..kira settle lah.aik tadi dia marah2 time tang cakap suruh aku..malas nak gaduh laki bini..aku pergi kat budak tuh...takperlah dik akak nak cepat akak nak checkup lagi budak tuh ulang kali cakap mintak maaf akak..hahaha akak ok jerklah dik..yang marah ituha...en garang..aku senyum jerklah kadangkala memang kita marah pada awalnya tapi dah lama2 kita pun cool so tak guna nak bertegang leher semua...

sampai klinik dalam jam 8.30am... en garang tak leh teman sebab tempat kerja baru cuma dia pesan papa bgtahu..aku kena amik darah dan kencing..ujian yang selalu kena hadap..tengah tunggu kat makmal dia dtg hantar makanan...dia tanya bila scan aku kata lambat iyerlah result tak dpt lgi selalu lama...eh eh alih2 elok dia balik result dapat..alhamdulillah semua tgk pada result darah dan air kencing cuma ada lah kurang di beberapa part dan kena banyak makan benda berkhasiat.
bagi result pada nurse dia kata tunggu nak scan.dalam 5 minit Dr panggil nak scan aku cerita kat Dr aku baru accident Dr terkejut..dia cepat2 buat scan ermm betul lah baby aku terkejut Dr susah nak scan sebab dia asyik bergerak aku pun dapat tgk..last2 Dr snap jerk mana yang dapat..konon Dr nak bagi kedudukan dia melentang dapatlah jugak..Dr kata rahim ada nampak bengkak ckit tapi alhamdulillah semua ok Dr pesan berhati2...syukur semua selamat..tapi en garang tak dapat tgk scan baby frust dia..
keluar nurse suruh timbang berat..sekali berat turun,nurse tanya tak makan ker?aku cakap ok jerk takder papa alahan makan elok jerk nurse pesan suruh makan bagi naik berat paling kurang 500g sebulan..aku cakap dalam hati kang mau berkilo2 naik korang marah pulak hahaah...

dah settle semua en garang call kata nak dtg tgk scan.aku cakap aku dah settle semua..frust dia aku kata next checkup lah pulak..tapi dia bersyukur aku selamat.petang tuh balik kerja aku call mak dan mak mertua aku..semua terkejut dan pesan jangan naik motor tapi......tak boleh mak kl nie jem...last2 pesan hati2 jerklah..huhuhuh..itulah kisah mommy hope everything dipermudahkan... i love my hubby haahaha.

Monday, 8 December 2014

happy news!!! mommy to be

hai salam semua..dah habis citer kahwin mari kiter story pasal mommy to be..alhamdulillah
now aku dah pregnant 12minggu = 3 bulan yer... (bunting pelamin ) kata orang syukur alhamdulillah mari kita throwback yer..

alkisah kami bernikah pada 30/8/2014...sekali jalan yer pagi nikah tghari sanding malam potong kek dan malam malam haahahah...
majlis belah lelaki pada 1/9/2014 kira lengkaplah semua kami start bekerja pun minggu depanya..alhamdulillah berkat perancangan awal balik kl jerk rumah dah sedia almost lengkap syukur kira balik kl terus fully tanggungjawab sebagai wife dapat dilaksanakan..
aku tak sangka pun aku akan mengandung terus iyerlah aku nie disifatkan sebagai irregular period..last period aku bulan 6..hahaha gila kan aku pun pelik dengan diri aku huhhu.
2minggu selepas naik kerja aku start penat rasa letih pastu ada satu hari tuh aku demam teruk secara tiba2..en garang memang take care siap beli ubat suruh makan..esoknya dia paksa aku pergi klinik 29/9/2014...pergi klinik semua ambil darah doktor dengar baru kahwin suruh aku jalani UPT Test untuk tengok mana tahu pregnant.. aku adoyai...lama kowt nak amik test semua tapi redha jerklah..sekali dah siap test semua yang memeranjatkan aku suspek denggi rupanya dan keputusan pregnantcy test aku NEGATIVE... ok NEGATIVE ok..see nampak tak sedikit sedih disitu walaupun kami tak berharap sebab baru lagi kan..tapi kalau ada alhamdulillah ye dok..ermmm aku sedikit risau yerlah aku 2kali kena denggi dalam setahun itu membahayakan tau sebab kat situ boleh tahu imunisasi badan tak kuat..takperlah aku redha.so aku jalani kehidupan macam biasa..
nak jadi cerita ada satu kejohanan futsal pada awal bulan 11 iaitu pada 5/11/13 so aku nie semangat lah ye dok dah namapun kaki sukan kebetulan en garang pun memang main jugak..dia pada mulanya tak bg aku main tapi dah aku degil dia bagi jugak.. aku pun konon kononya start lah trainning dalam pada masa trainning tuh aku start rasa lain macam..rasa penat letih dan rasa nak makan jerk..dalam hati mengandung ker?tapi aku diam jerk sebab tengah semangat sukan..dalam hati takut jugak..kalau mengandung aku bersukan futsal plak tuh..adoyai..ntah macamana sebab takut 29/10/14 aku cakap en garang jomlah kita pergi cek kat klinik sebab sehari sebelum tuh aku rasa pening jerk.. jadi subuh  29/10/14 aku cek dulu guna upt yang en garang ambil kat kawan dia ermm cek2 tgk mengandung dah eksited cuma tak tahu berapa minggu sempat lah snap gambar..tuh yang tambah semangat nak pergi klinik en garang teman bawa aku ke Poliklinik Tanglin ermm pergi lah aku jumpa Dr.. Dr cakap dengan aku mengandung ker aku cakap tak tahu sebab tgk last rekod negative kan..padahal nak double comfirmation Dr kata takperlah kita test lagi sekali..Tup2 bila test alhamdulillah mengandung masuk jumpa Dr .. Dr tanya last period bila aku cakap bulan 6..dia belek2 kalendar mengandung kira macam aku mengandung 4 bulan.. Eh mana boleh aku kahwin pun bulan 8 aku cakap lah period aku tak regular mana boleh.. dia kata takper dia bagi appointment dengan KKIA Tanglin aku ok..aku turun pergi KKIA dia kata kena booking tarikh.. so sebab kenal dia bagi tarikh 30/10/14..suruh bawak salinan KP suami dan sijil nikah konon nak buka buku terus..aku ok lah.
Balik tuh terus bgtahu En garang aku mengandung dia happy tapi still blur iyerlah bulan lepas tak pastu tup2 cek Dr kata dah 4 bulan..so marilah kita tunggu esok sebab esok dia akan scan semuanya..
30/10/14
 awal2 pagi lagi kami ke klinik en garang teman.sampai KKIA dia suruh pergi ambil darah ambil air kencing lagi sekali..dah dapat result aku jumpa Jururawat dia bagi penerangan tentang pregnant semua aku dengar jerlah angguk2 ntah apa aku fikir ntah yang aku tahu aku nak cepat jer lama gila kowt..tgk dia buka buku merah erm comfirm lah pregnant cuma en garang nak kepastian berapa bulan semua iyerlah pentingkan semua tuh..aku pun cakap kat nurse tuh yang aku IRREGULAR PERIOD so aku cakap aku punya tarikh bersalin tuh salah.. dia kata yer ker.. so dia cakap nak scan kena tanya Dr sebab takut Dr banyak appointment dan alhamdulillah dapat jugak..nurse suruh aku tunggu kat luar dan minum air masak banyak2 sebab nak scan.aku suruh en garang belikan air mineral...dah minum air semua Dr panggil masuk bilik
aku dah berdebar dah... dia tanya sikit2 lepastuh dia suruh baring nak scan..dah get ready semua dia tanya bawa suami tak?aku cakap ada..dia tanya nama aku jawab ZULFAHIZAN ermm aku rasa semacam jerk sekali Dr buka pintu panggil nama suami aku...aku rasa segan jerk yerlah kita terbaring pastu suami dipanggil aduh....Dr terang dekat dia apa dia nak buat pada aku kemudian dia scan..bila dia jalankan jerk benda tuh kat perut aku..sekali nampak kantung kecik....kecik sangat besar biji sawi jerk tau..Dr terus cakap pada suami aku nampak tak pada skrin..itulah baby Dr suruh tengok aku tgk suami aku happy giler aku tgk mata dia bergenang..tak taulah nak nangis ker apa..siap cakap kat Dr boleh tangkap gambar tak? Dr kata patut tak boleh tapi dia bagi mungkin sebab nampak suami aku eksited kowt..tapi kalau nak tahu dia dah snap banyak kali dah kat belakang tuh... Dr ucap tahniah dan bila dikira balik aku baru awal pregnant baru 6minggu waktu tuh kira sebulan lebih...patut buka buku 4 bulan..tapi dah kekeliruan aku buka buku awal hahaahha..awal buka jadi banyak kali lah ke klinik..redha jerk lah..so tarikh bersalin aku pada ketika tuh 9/6/2015.. tapi Dr kata tak comfirm lagi tunggu next visit mungkin akan dapat lebih tepat lagi...
keluar jerk dari bilik Dr tak tahu nak cakap macamana...suami isteri diam jerk tapi dalam hati fuhhhhhhhhh happy weh nak jadi abah dan ibu...
balik tuh terus suami bawa makan...terus hantar rumah rehat.
malam tuh dah start sembang2 pasal baby tgk balik gambar scan...

alhamdulillah happy..syukur padamu ya allah....
i love you..sambung next story..ada kejadian pulak..

Sunday, 7 December 2014

8/12/14 - #30 #thankabg

alhamdulillah syukur dipanjangkan umur...
8/12/84-8/12/14 - 30 tahun hurmmm terima kasih ya allah bagi aku menumpang di bumi mu..memberiku nikmat pelbagai rasa kehidupan bergelar hamba.hari ini ku masih bernafas dibumimu.. diberi kebahagiaan disamping insan -insan yang tersayang terima kasih YA ALLAH SWT...

Salam.. harinie genap hari lahirku 30tahun ermm tua dah rasa.. dapat ucapan pun selamat hari tua..kesian kan..bagilah ucapan bernas ckit kan tapi takperlah ada ucapan jugak kan..melalui kad kecil atas tv huhuh..
ada kisah disebalik ini hahaah..kesian en garang..

semalam kita kerja 7/12/14 ahad huhuh bangla pun cuti en garang ada job biasalah cari duit lebih
nak jadi cerita sehari sebelum kejadian hari sabtu malam..en garang ajak pg jalan2 kat jusco katanya...aku memeang dah lapar sebab sabtu tuh aku kerja en garang pun kerja..malam tuh kebetulan en garang ada nak jumpa kawan dia aku pulak tekak terasa nak makan char kuew teow en garang nak jumpa pulak dalam kul 10 masa awal lagi..en garang ajak jalan2 kat jusco area umah kami..aku dalam hati nak buat apa aku bukan ada nak beli pun plus duit bukan ada pun..untuk makan adalah.. cuma dalam hati boleh kowt nak tgk kasut kowt2 ada murah dalam harga 20 untuk di buat pergi kerja dan jalan..yerlah mengandung nie rasa penat jalan pakai kasut bertumit....sampai jusco aku rasa takder apa pun menarik lagipun tujuan aku kuar sebab lapar..pgi jusco rasa macam tkder mood jerk aku jalan lah tgk2 baju mengandung mak aiii mahal kowt walaupun ada sale.lupakan jerklah pakai jerlah sehelai baju yang en garang belikan tuh..sedih kan..yerlah masa nie nak suruh en garang belikan pun kena fikir baju mengandung mahal2 kowt sedihhh tau..
aku jalan usha jugak kasut semua mahal2.. tiba2 en garang sibuk pergi dekat tempat jam beria -ria tgk jam cakap dekat aku dua tiga kali aku serius memang aku pernah ingt time kahwin dia nak bg jam tapi dia belikan hp untuk aku..so takderlah dalam kepala otak aku dah target dah nie comfirm nak bg hadiah jam birthday aku.... yerlah en garang punya perangai cepat aku boleh baca mungkin sebab aku memang suka perhati cara dia kowt.aku memang buat tak tahu dia tunjuk2 pun aku tak pandang.bukan tak nak memang jam vincci kesayangan aku nie tali dah rosak tapi aku dalam kepala lebih kepada nak baju dan kasut baru iyerlah mengandungkan aku rasa macam selekeh jerk pergi kerja..
aku dari jauh tgk jerk en garang aku pulak duk sibuk2 test selipar asadi yerlah dalam hati nak jugak hahaah..
akhirnya aku beli jugak selipar jadilah kan...en garang punya ayat pgilah bayar kat kaunter aku dalam hati ceh..ingt nak tolong bayar...bukan mahal pun.tapi aku diamjerk..
balik dari jusco terus pergi jumpa kawan en garang ...
sampai umah kawan dia elok kawan dia makan rambutan aku memang satu ketika pernah teringin rambutan fikir takder aku beli yang dalam tin...hahahaha dapat jugak kan
nie kbetulan kawan dia kata kait kat pokok tapi buah pun dah takder sgt..en garang kait dapatlah setangkai..ermm rasa nikmat dapat makan... dalam hati ingt jugak en garang yang aku pernah teringin nak..
balik dari situ singgah kedai char kuew teow...
kat sini ada satu kisah....
untuk pengetahuan en garang memang jenis malas bawa kereta mental dia cepat koyak kalau hadap jem aku pun tak faham untuk apa marah2 tapi dah memang sifat kan terima jerk tapi malam tuh en garang aku suruh bawa kereta.iyerlah aku rasa mcm gentle kan kalau dia bawa tambah plak aku mengandung macam tak gentle bini perut boyot tapi drive laki duk sebelah sebelum korang kata laki aku baik aku cakap yer tak? ermm kejadian nie kali kedua tau berlaku dulu dah pernah sekali..parking di kedai nie ko kena menghadap longkang dan penghadang longkang tuh kalau tgk sekali imbas macam belah hujung jer ada belah depan takder...korang imagine sendiri lah longkang tuh guaner...tapi ini kali kedua okeh..en garang dulu parking dia boleh sodok penghadang longkang habis calar depan bumper kereta itu pengalaman pertama so kali nie aku harap dia beringat dan aku pun dalam kereta dah ingatkan ... dia masuk parking sekali senget...mula2 cakap biarlah lagipun parknig banyak aku dah sound tgk depan dia ok..sekali dah mati enjin dia kuar tgk senget dan bontot kereta terkeluar aku pun dah trun...eh dia boleh start balik enjin betulkan masuk elok2...aku ok lah tgk aku tgk dia brek dah..sekali sekilas aku toleh tgk kereta dah langgar penghadang longkang...
aku dah berkerut dahi...kuat hokey..habis no flat semua patah..dah lah aku yang buat no tuh masa mula-mula beli frust lah...en garang sifat dia kalau barang dia rosak org buat marah gila..siap muka2 tapi kali nie dia macam buat biasa aku memang betul rasa marah sebab benda dah cakap dan diingatkan..aku bisinglah dekat kedai makan dia boleh suruh aku diam..ermm aku order makan dia tak nak aku peduli apa aku makan jerk sumpah malam tuh sedap plak char kuew teow aku tak cakap kat dia..malas aku..sebab kereta tuh yang first buat calar pun dia..nama pun kereta dia ikut dia lah...aku tunggu dia betulkan flat sayang hoiiiiiiii duit dah lah mahal..
balik tuh aku diam jerk malas aku nak cakap sebab kalau dia buat aku tak marah mcm dia aku cool cuba kalau aku ermmm mesti ntah papa muka dia..
dalam kereta dia konon macam usik2 aku tapi aku buat bodoh jerk..biorler..huhuhuh
7/12/14 ahad..
aku kena kerja lagipun en garang pun ada dapat job ckit so baik aku kerja lagipun kerja memang banyak pagi tuh aku bawa kereta sampai ofis kawan dia amik dia dekat ofis aku... sambil nak turun pergi kerja dia suruh aku pergi servis kereta dengan tukar no flat aku macam eh2 kowt aku tapi bila aku macam melawan dia suruh fikir tanggungjawab aku malas nak bertekak..kalau ada aku tolong..
petang aku msg dia tanya kul brapa balik dia tak reply call kata kerja banyak aku nie nak cakap batery habis pun ssh..aku nak kuar pergi jalan2 aku tak berani takut dia menunggu aku sebab masing2 tak tahu kul brapa balik..aku turun dari ofis kul 6.30pm aku anggar kul 7.30 ada ermmm lama aku tunggu last2 aku tertidur dalam kereta dengan panas2 tuh hurmmm aku malas nak tgk muka dia kalau dia tunggu aku..kalau aku tunggu aku ok jerk..
alih2 dalam kul 8lebih aku tersedar tgk dia dah sampai dah sibuk2 cari aku kat ofis aku mamai2 kuar kereta dia terus tnya hp mana aku cakap batery habis..bg aku nak marah marahlah nak buat mcmana kan... tp dia diam jerk..dalam kereta otw balik dia tnya dah makan aku jawab blum iyerlah aku nie sejak kahwin dengan dia macam tak reti nak pergi mana2 tanpa dia..dah terbiasa kami terus balik..
sampai area rumah aku singgah kedai beli sabun basuh baju banyak tak basuh umah pun dah macam apa sejak kami kerja jerk skang..sabtu ahad pun kerja..
dah elok parking naik atas dia cakap nanti abg pergi beli makan aku ok jerk..tapi dalam pada masa tuh aku dah terfikir knp tak nak ajak aku..mesti nak pergi buat suprise untuk aku..
sampai umah dah mandi semua dia turun beli makan ..waktu dia turun aku baru basuhan pertama sampai aku hampir nak siap dia tak balik lagi setahu aku kedai kami selalu beli tuh cepat...aku dah fikir nie comfirm pg jusco beli jam..ntah kenapa rasa hati aku kuat..
dalam sejam lebih dia balik..aku pun makan dengan dia..
aku nampak en garang macam penat dah tapi dia tahan layan jugak aku tgk mentor dalam pada masa tuh dah nampak dia macam manja2 dan nantikan sesuatu..aku nie dah boleh agak dah..mesti tunggu jam 12 nak bagi hadiah..aku rileks jerk kebetulan plak mentor habis tepat jam 12mlm..
dah habis tuh aku dengar kat luar macam org berjalan denan cepat..aku kat bilik saja buat tidur padahal aku tunggu hahahaaha..aku kan gila tunggu org wish birthday haahah...aku dalam diri mengharapkan dia datang peluk aku cium aku dan bisik kat telinga happy birthday haahah aku kan romantik kah kah kah sekali dia masuk dia letak hadiah atas tv..pastu pura2 suruh aku tutup tv..aku dah tahu dah aku buat malas..sekali dia bgun buka lampu konon tak bagi aku tidur suruh tutup tv dulu padahal nak bgi aku nampak ada hadiah atas tv..paksa2 sampai tolak aku guna kaki aku aduh lain aku nak lain plak jadi paksa2 plak..aku trus bgn tidur bilik sebelah..dlm 10 minit dia dtg panggil aku hey hey hey...what...hari birthday panggil hey ..agak2 lah susah ker nak panggil syg..sedih tau..erm aku buat bodoh jerk sekali dia fedup yerlah nak suprise tak jadi pastu jadi ntah papa dia terus masuk tidur aku plak terus tak leh tidur dengan skang baby dah start rasa bergerak perut tak leh tertindih tidur kena selesa..aku masuk bilik balik dia sedar dia buat ayat plak suruh amik hp kat tv aku aduhhhhhhh dah tahu dah...last2 aku malas aku cakap ala abg nak suruh amik jam yang abg tunjuk kat jusco semalam kan..sy dah tahu lah..dia terus sakit hati amik selimut tutup muka..aku dalam hati..maaflah abg syg bukan tak hargai tapi syg tunggu wish abg kat telinga nie tak wish2 pun ... mana pelukan suami nie..hadiah tuh memang nak tapi sebab dah tahu bakal dapat apa..jadi tentulah suami..aku sejak mengandung suami memang rasa penting sehari kalau dia tak care rasa sedih tau...
hahaah kelakar kan...detik2 sebelum birthday aku...walaupun gaduh bengang marah tapi tuh suami aku..yang aku sayang...
pagi 8/12/14
siap2 nak pergi kerja lambat bgun sebab malam tadi kan tidur lewat tambah episod sedih2 lagi ermm aku ingt pagi tuh nak kiss dia nak ucap thanks..otak nak buat tp perbuatan tak buat mcmana?yerlah dah lambat kang nak romantik jadi kena marah plak sudahnya tak buat pun..aku tak buka lagi hadiah tuh sebab nak buka time rileks2 yerlah nak hargai pemberian suami walaupun aku tahu apa dia hahaha..
last2 sampai ofis msg dia bgthu..hurmmm thanks abg untuk sayang...harinie mood rasa rindu sgt kat abg tau..tak sabar nak balik dia pulak kata malam nie makan dgn abg..harap2 ada episod romantik hahaaha..aku kan nak romantik jerk iyerlah rindu saat bercinta so pas kahwin nie sebelum ada baby kita kasi romantik lah bersama2 yer dok...aduhhhh tak sabar nie nak balik nak jumpa abg..

tahun lepas kita tak kahwin tahun nie kita kahwin..tahun lepas kita jumpa gambar di bawah dalam hp dia tahun nie tak nak buat benda sweet lagi ker?
tahun 2013....sweet abg tahun nie? apapun sayang tetap sayang abg bnyk2 mucuk kita manja kita

nota: abg apapun jadi sayang tetap sayangkan abang tau maafkan sayang kalau ada salah silap dengan abang ,terima kasih ada untuk sayang.... love u MR ARROGANT.. ZULFAHIZAN ZAINUDDIN

Friday, 5 December 2014

last entry -my wedding diaries

marilah kiter merangkumi gambar majlis Pn Atol & En Garang .. kita tgk dari nikah dan majlis kedua -dua belah pihak moga ikatan ini berkekalan hendaknya sehingga ke jannahMU.. anugerah awal diterima ini sebagai pelengkap cinta kami.. KAWAN - SAHABAT - BERCINTA - BERKAHWIN - ALAM RUMAHTANGGA - BAKAL IBU&ABAH I LOVE U MR ARROGANT!!!! EN ZULFAHIZAN B ZAINUDDIN

entry #old-skull

rasanya..ke laut jugak mood aku nak entry wedding so mari kita lakukan entry bergambar jerklah bior gambar berbicara

Monday, 24 November 2014

mommy to be!!

salam semua.... entry kahwin tak habis dah ada berita gembira mommy to be... nanti2 lah kiter update secara marathon k kemalsan melanda diri..entahlah huhhuhu fyi... Pn Atol dah pregnant..alhamdulillah rezeki kami..tq Allah s.w.t

Wednesday, 1 October 2014

inikah bahagia yang ku cari?

sedih..tak tahu nak kata apa

saat rasa nak pergi jauh tapi terhalang istilah ISTERI...
saat terlafaz aku terima nikahnya aku isterimu...ya sampai bila -bila sampai matipun aku isterimu yang tak boleh di pisahkan kecuali jika dirimu yang menolak ku..

tapi andai aku isterimu adakah aku hanya untuk pendamping tidurmu?
tapi yang lain2 aku akan bertukar jasi SUAMIMU??

andai tak bersedia mengapa memulakan
andai rasa sedia cuma dibibir mengapa heret aku ke gerbang perkahwinan
andai rasa tak mampu mengapa dulu berjanji?
adakah aku perlu jadi SUAMIMU bukan ISTERIMU??

TANGGUNGJAWAB SUAMI dalam lafaz takliq sedia makan pakai dan tempat tinggal
itu nafkah namanya..
ISTERI yang bekerja tiada nafkahkah?tiada hak kah?
soal pada siapa pun hatta ustaz mana2 pun hak isteri tetap hak isteri..
kenapa persoalkan..kenapa perlu dibahas?
kenapa mesti kenapa kenapa

bertanya pada diri bertanya pada hati inikah balasan diberi?
apa salah diri di layan begini..
kegembiraan mu di mana pada siapa kalau bukan pada diriku lagi
ungkaplah katalah aku boleh pergi..
bukan aku mudah menyerah... cuma aku pasrah.

aku ISTERI...syurga di kakimu
aku ISTERI
aku ISTERI

new chapter new life part 4

hai semua...
lama tak update tuan blog demam denggi..letih lesu penat macam2 ada
mari kiter sambung iyer

final day before tie the knot
jumaat.....
pagi aku dah bangun mak kejut iyerlah macam2 tak buat lagi kan..huhhuhu pagi2 pergi mydin dengan mak nak beli telur nak beli coklat dan buah semua untuk hantaran dan goodies.
balik dari mydin duk membuat goodies bag sampai ke petang.. kemas umah memang penat kowt
ada jerk yang nak buat tapi alhamdulillah settle sikit demi sikit.. ditambah plak dengan kehadiran jiran dan sepupu aku yang giler giler walaupun jarak usia kami jauh tapi nth lah dah besar nie jadi ngam plak kepala nie heheeheh..macam sebaya jerk huhuhuh azilawani tq for everything..

malam tuh pulak busy lagi kami nak buat photo booth plak katanya.. lagi satu yang jadi runsing nya.. pelamin aku apa pun tak pasang janji petang dah ke malam last2 kul 9 malam baru start pasang
abah aku dah sound2 atul apa jadi apa jadi..berdebor kowt menangis dalam hati jerk lah.. dalam duk pasang pelamin tuh aku pasang bunga manggar.. beli yang readymate jerk iyerlah ada jerk yang tak lengkap makin dekat duit mengalir macam air..stress stress tapi simpan dan pendam kan ajer iyer dok..
settle hal pelamin erm time for diy time.. buat photobooth sendiri iyerlah kan dulu gigih buat tempat kawan2 sign so kena ada photobooth nyer..

malam tuh bantuan sepupu sekepala segila gila azilawani dan naufal heeheh gigih kami membuat photobooth sehingga jam 2 pagi ko heheehe..itupun dah berapa kali kena sound pi tidur pi tidur esok nak bgn pagi nak nikah huhhu tapi iyerlah selagi tak siap selagi tuh tak rasa sempurna dia btul tak..malam tuh dah settle aku pun masuk mandi2 pastu terus solat sunat taubat iyerlah esok nak nikah kan..baik buat dulu masa dah teringat nie..tidur rasa macam tidur2 ayam jerk tau..

preparation pengantin dalam photobooth..tgk pengantin garu kepala stress

sepupu terbaekkk azilawani.. gelak menangis bersama

tgk kegunaan photobooth ku...bangga weh


settle detik2 persiapan.. menunggu cerita Cik Atol kepada Pn Atol

Tuesday, 23 September 2014

new chapter new life part 3

salam semua mari kiter sambung part hari yang palng busy bagi pengantinwati..
uhhuhu.
khamis 28/8/2014
 awal aku bangun tau..jam 6.30 aku dah siap mandi kowt dah buka pintu rumah iyerlah kan mak aku pengasuh so bila cuti mengejut takut menyusahkan parents so aku kena take over lah tugas mak aku..tak susah pun kebanyakan diaorang dah besar..heheh..tapi goods things nyer kebetulan harituh ada yang bercuti so cuma tinggal nana & irfan tuh pun sekolah cuma tghari kena ambil dari sekolah..ok lah tuh bisa di atur..iyerlah sebab pagi nie aku nak ke gerik..ambil acsesories untuk baju pengantin kat kedai maksu en garang..

tepat jam 8.30pg sepupu aku sampai..wah on time ko,nie lah sepupu penyelamat jiwa raga aku..syukur sgt..dia drive dari ipoh ke gerik memang kiranya aku kerahkan tenaga dia jerk..bersyukur weh..memang terbaik lah sepupu aku nie a.k.a pengapit aku heheeh..
ipoh ke gerik ambil masa dalam 1jam30minit jugak nak sampai..aku terus ke rumah en garang jumpa di dulu kemudian ke kedai maksu en garang  promosi sikit BUTIK SHIELA RASHID facebook/rosilawati abd rashid tau ...saper yang duk area gerik boleh ambil memang rekomen sgt tau banyak baju cantik2 dan hasil dia memang kelas..hehehe sampai butik jam dah kul 11.00 borak2 bincang2 nak apa
dalam kul 12.00 dah siap semua. perut dah berkeroncong seperti dah dijanji belanja kfc..aku belanja pengapit aku nie kfc hurm...tq tau.
alamak budak sekolah habis jam 12.45 tak sempat aku telefon sani (anak angkat family aku) suruh ambil budak2..so takder lah balik dalam terkejar2..
settle.. sampai ipoh balik jam dah kul 2ptg.. sampai2 tgk budak2 dah ada ok lah..settle satu bab alamak goodies bag satu apa pun tak usik lagi.. bergegas kami pergi tau ke BUNTONG saper orang ipoh memang tahu lah tempat jual segala macam kerepek..org yang nak kahwin memang kenal tempat nie aku jerk tak hahaah..so cakap kat sepupu aku jom pergi maklumlah pengantin ada driver kan heheeh..pergila sekali sampai mak aihh murah giler kowt..dah settle pilih2 balik adoyai nak packing ko bukan sikit2 600 kowt aduh..jam dah kul 3.00ptg.. balik bergegas kami packing dalam pada masa tuh pujuk sepupu aku jgn balik awal sbb dia kata nak balik jam 4.00 heheh..kami packing hehe aku arahkan anak yang mak aku jaga packing sama kah kah kah padan muka ...nana & irfan thanks tau tolong kak atul.. sani pun aku paksa suruh masak sendiri makanan merungut kowt dia kata kalau mak ada dah kenyang..hehehe ini darurat okeh..
dalam pada duk busy packing tetiba dengar salam..rupanya ibu aku dgn tok (mereka nie jiran tapi aku nie kan kesayangan semua jadi ramai yang mengaku anak dan cucu) datang nak membantu sebab tgk diam jerk rumah aku..hurm aku apalagi..terus cerita yang semua tak siap semalam duduk sorang pagi tadi ke gerik petang nie goodies bag tak siap bilik pengantin tak siap inai tak pakai..terkejut besar diaorang aku boleh rileks jer padahal tak tahu aku nak nangis tapi diam jerk..
apalagi dengan bantuan diaorang settle semua urusan..bilik pengantin cadar di pasang kemas umah vacuum barang2 disusun dalam pada duk busy2 teringat pasal inai tak pakai apapun katanya tak leh pakai lewat nanti nak buat kerja aduh dah satu hal plak..aku teringin nak ada yang corak2 tanya2 ibu dan tok boleh pakaikan yang biasa2 jerk..hurm sepupu ajak pergi little india a.k.a pekan lama kata orang ipoh.. ibu dan tok aku pesan beli inai picit nak pakaikan inai malam nanti nak cari pokok inai memang takderlah kat umah aku hehe..jam dah kul 6.15 aduh little india jam 7.00 dah tutup itupun kami tahu sebab aku dengan sepupu redah pergi kedai india masuk2 kedai kami gelak terbahak2 iyerlah dengan bau setangi dan patung2 budha diaorang lagi kami pakat duk gelak tapi macam2 tahu2 jerk india tuh tnya aku u nak kahwin yer?aku pelik tanya mana tahu diaorang kata nampak seri chit aku dengan sepupu aku dah buat andaian sendiri dah..settle beli inai kami redah ke little india harap2 ada kedai buat henna buka..tgk2 ada buka itupun mcm takut2 kami nak masuk tapi demi keinginan hati redah jerk..aku dengan sepupu dua2 buat inai dan waxing muka hahaah konon nak seri ptuihhh lah.. leeeeeeeeeeegaaaaaaaaaa kau settle jugak inai ku..
dalam kul 7.45 siap semua..fizah dah kelam kabut dah iyerlah umah aku dan umah dia jauhlah jugak..tapi tkper demi sepupu tercinta layankan ajer..sampai umah tgk mak dah balik..
tengok muka mak abah rasa lega sgt2 iyerlah banyak benda tak siap mau tak rasa nak nangis?
sekali...dalam duk sembang2 baru aku teringat hantaran tak buat apa pun tak gubah apa pun cuma berbekalkan alas bunga yang jue (kecik ofis) bagi pinjam..omg!! mak aku dah bising2 dah..aku stress jerk..cakap kat ibu dan tok..diaorang pesan buat pelan2 malam tuh buat alhamdulillah siap cuma tinggal coklat dan buah jerk..aku gubah ikut dan jerk tp alhamdulillah menjadi..hasil bantuan ibu dan tok.. malam tuh dalam jam 11.00 ibu pakai kan aku inai..kesian diaorang dari siang lagi tapi iyerlah aku pun dari pagi kowt kehulu kehilir dan macam2 buat rasa tak daya tapi demi perkahwinan budget sendiri ku gagahi jua...
alhamdulillah tamat cerita khamis aku..dengan segala daya usaha aku nak settlekan..alamak jumaat tinggal sehari lagi bak orang kata final touch kan..
sepupu2 semua dah balik abg dan akak ipar aku pun dah sampai..

*kiter tunggu cerita part 4 plak k..sehari sebelum majlis heheeehheh
pengantin yang penat tapi janji dapat inai

tgk tukang buat henna tuh..import india mari tau tak tahu bahasa melayu speking ko!!

ini ler pengapit aku nur pijah heheehe.. tq tau bawa kiter kesana kemari...love u muah


*tunggu part 4 one day before!!!

Monday, 22 September 2014

new chapter new life part 2

salam semua..
mari kiter ber #throwback yer pasal my wedding..kalau dah hilang ingatan tuh maaf lah yer..maklumlah puan atul dah beku otaknya..

wedding lagi beberapa hari..a week before mak dan abah dah satu hari 5-6 kali call tnya bila nak balik walaupun ayat aku sama hari rabu..dan soalan yang kerap tanya..
emak: bila kamu balik
atul: rabu mak
emak: tak boleh balik awal ker?mcm2 tak siap
atul: exam mak kalau tak dah balik
emak: abah dah tanya mcm2 tak siap mak tak tahu nak tolong apa
atul:tkper mak jgn risau kejap jer tuh
emak : ok

(sesi pagi)

emak: kamu buat apa? keje mak.. bila balik ?
atul : rabu mak
emak : exam kan..kenapa exam tarikh tuh
atul : mana tahu dah kebetulan
emak:kalau takder exam mesti kamu dah balik kan
atul: yer lah mak dah ada kat umah
emak: banyak benda tak buat lagi abah asyik tanya
atul : takper kejap jerk atul dah uruskan dan dah set masa
emak : ok

(sesi petang)

see, tgk persoalan dia sama jer sebenarnya itulah conversation aku dan mak almost a week before stress oiiiiiiii tapi layankan ajerlah
aku nikah sabtu aku balik rabu petang hokey hahaah
dan satu apa pun tak buat aku sampai pun rumah aku macam tkder kenduri pun akan berlaku hahaah..
semua dengan ayat mak tak tahu nak buat mcmana mak tunggu kamu haha..tgk berkuasa tak aku?
aku balik rabu petang dengan en garang..
sebelum sampai tuh adalah drama exam dan tak exam hahaah apapun kena berkorban dan yang best en garang hadiahkan telefon samsung kt aku coz iphone aku dah pecah tapi..aku rasa mesti en garang menyesal beli sebab sampai skang aku still pinjam phone dia haaha..kata dah hubby wifey harta mu harta i tau..haha
rabu petang...
sampai jerk ipoh aku tgk mak takder tapi abah ada...
muka abah nampak senyum jerk..iyerlah sebelum nie bising tapi dekat mak lah iyerlah kerisauan kan nak kenduri pengantin tak nampak2..
dah sampai tuh dalam duk bincang dgn abah dan en garang pasal masa akad nikah berapa duit nak upah kadi dan wakil ada orang bg salam..hahaha nak pasang khemah abah aku dah terkejut ingt pasang hari khamis rupanya awal kebetulan masa aku kawin tuh ramai jugak yang kawin so kena awalkan pasang.. aku dan en garang dah senyum2 iyerlah en garang cakap mcmana kalau balik pastu nampak khemah mesti lagi teruja hahah..sekali betul.. semangat dah rasa tau..waktu tuh.. iyerlah dah nampak macam ada majlis kalau tak serius mcm tak rasa nak ada kenduri.
tak lama kemudian..mak balik
balik2 mak muka sedih dan nak nangis..panggil abah aku dan abah tnya kenapa sekali mak kata makcik aku meninggal sakit jantung..(adik abah no3) abah terus terdiam dia peluk mak aku..aku dgn en garang senyap jerk..aku sedih tapi tak tau nak ekspresi macamana iyerlah aku pun baru sampai..kot nak balik kl balik..nthlah aku tahu abah sedih tapi dia simpan dalam hati yang paling dalam..tgk dia peluk mak aku pun aku tahu..en garang tak tahu muka dia blur tgk kami sefamily..kami cuba setabah mungkin dah kebetulan kan..abah kata nak ke kl lepas maghrib..aku dah tak tau nak kata...abah suruh aku tunggu kat umah urus apa yg patut ialah semua benda tak buat..goodies bag,rumah dan mcm2 semua tak ada..
lepas maghrib mak abah bertolak ke kl en garang pun balik ke gerik..
aku?
huwaaaaaaaaaaa kat umah alone okeh..tak tahu nak kata rasa nth paper jerk perasaan tak tau lah memang rasa kesorangan nak kahwin tapi mcm tak kahwin jerk..aku pun buatlah apa yang patut kemas umah kemas bilik pengantin sendiri susun barang2 dalam umah..ermm nthlah rasa tak tahu apa nak buat..dengan esok nak kena pergi gerik amik acsecories kahwin aduhhhhhhhh...
so teribble hidup ini..
sepupu aku pun tak comfirm lagi..memang rasa menangis kowt dugaanku..

# heheeh tunggu entry pengantin super dupper bz... part 3

Wednesday, 17 September 2014

Alhamdulillah new chapter new life (part 1)

Salam semua...
lama tak update blog kan..
so mari kita mulakan blog nie dengan mood baru episod baru..

from gf to wife...
huhuh
seperti semua dah tahu..dah 3 minggu kami jadi husband and wife or suami isteri hahaah..seriusly rasa macam tak percaya skang masih dalam proses untuk mempercayai adakah kiter dah kahwin..hahaha
iyerlah dulu gf bf lain cara dia nak mengamuk tak tentu hala nak lari nak buang cincin nak putus tak mau kawin semua ada..kesabaran kadangkala di hujung nyawa..silap kesabaran ntahlah tapi alhamdulillah en garang kita sabar layan perempuan meroyan dan ntah pape nie..dan berkat kesabaran dia keterbukaan dia menerima buruk baik kisah silam aku dan dia so pada 30.8.2014..kami telah selamat dinikahkan oleh ayah tercintaku pakcik norawi a.k.a tok siak pada jam 10.00pagi..di masjid jamek taman kledang jaya,ipoh perak..dengan 2 kali lafazzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz huhuhhuhu (maaf yer 2 kali juge walaupun kamu tak puas hati yer en garang..) dah kamu suara tak keluar..nak buat guane yer dop..
pagi 30.8.2014
debor wehhhh..awal aku bangun 6.00 pagi awal dinihari tuh aku bangun solat sunat solat taubat iyerlah nak tempuh alam baru..kena lah bersihkan jiwa lapangkan hati..permudahkan cara.
so seawal pagi aku dah siap.makeup sendiri jerk senang baju pun simple pakai baju kelabu jerk lagi pun kejap jerk sebab lepas tuh nak bersiap untuk sanding pulak..
sempatlah aku dah siap2 pergi vacum rumah tgk persiapan akhir..debor kan semua buat dalam masa satu hari..
jam 9.25 bapak aku dah sound cepat2 pergi masjid takut tok kadi marah..aduh lagi tambah rasa dalam aku gelak2 bersama sepupu semua..sebelum masuk masjid di tangga masjid aku panjatkan doa permudahkan semua.mulakan dengan kaki kanan nak masuk alam baru alam penuh tanggungjawab no more sifat2 syaitan haaha..masuk2 wajah pertama aku nak tgk tentu wajah en garang..sekali tgk celah2 adik beradik dan mak mertuaku nampak dia..muka suci tapi..aku rasa nak marah plak..
en garang... muka bersih tapi baju melayu jerk pakai samping tak pakai lagi songkok takder aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh aku dah macam nak pergi kat dia jerk nasib akak ipar aku kata jgn nak mengada nanti dia pakai la tuh..
tgk dalam ruang tempat nikah tok kadi tgh sembahyang sunat.. jeling2 tgk pelan2 en garang bersiap..hurm bolehlah..
dalam jam 9.45 semua dah bersedia..en garang dah duduk di chiorr bak kata org perak aku pun sama
huh perasaan jangan kata sebak tak terkira di fikiran melayang2 dulu gf bf skang nak jadi husband n wife..di saat tok kadi melafazkan kata suruh selawat air mata dah bergenang dah..iyerlah isteri orang weh besor maknanya..tgk muka dia kesanggupan dia menerima aku kesungguhan dia memperisterikan aku..terbukti di saat dia melafazkan "AKU TERIMA NIKAH RABIAATUL ADAWIAH BT MOHAMMAD NORAWI DENGAN MAS KAHWINYA RM501.00 TUNAI.." (kali kedua) dan saat saksi mengatakan sah.. airmata meleleh keluar..doa dipanjatkan pada ilahi alhamdulillah aku sah isteri dia..saat en garang melakukan solat syukur aku bersalaman dengan semua saudara mara family dia yang bakal ku hormati seumur hidupku..lelehan airmata mengiringi sebak kowt iyerlah sebelum nie kita bergurau senda tapi bukan ikatan yang kukuh namun kali nie semua tuh family ku yang perlu ku hargai dan sayangi..usai en garang selesai solat aku lihat wajah dia penuh kelegaan tak tahulah perasaan dia sebab sehingga ke hari nie aku tak tanya..namun aku tahu dia lega semuanya selesai..mengikut perancangan..Allah S.W.T mempermudahkan urusan kami..
apalagi dah sah tuh tentulah lega..dalam sibuk2 meraikan kegembiraan satu peluk cium emak ku..aku menyalami abahku..terima kasih abah menikahkan atul harinie..ciuman aku di pipi abah aku rasa berlainan sekali abah atul mintak maaf banyak salah atul harinie abah serahkan atul pada zul untuk menjaga..abah aku lari pandang ke lain aku tahu abah juga sebak..hanya aku dan abah tahu pengertian nie..aku dan abah punya rasa yang sama..tapi mulut biasanya tidak mengungkapkan tapi bahasa badan aku tahu.
kesat air mata...
apalagi sesi bergambar di luar ruang solat..
wajah kami ceria dan kelegaan kami terpancar di wajah..huhhuhuhu banyak jugak gambar di ambil..
(nanti gambar aku upload tau)
.........................masa mencemburui..
harus cepat nak bersanding sblum zohor huhhu
ayuh balik rumah..

* cerita selanjutnya tunggu cerita wedding part 2 huhuhuh

raikan cinta kami...


Sunday, 24 August 2014

This week till tie the knot!!!

salam semua...

hahahah lama giler tak update blog..cerita raya cerita semua tak update..maklumlah hp rosak hp berderai semua ada..dah rasa malas nak update bagai.cuma rasanya minggu nie dah hampir kepada wedding kami..

alamak haii ini minggu ler.. kita kawin ler aduhhh sebenarnya stress dah sampai satu ketika drama drama kecil wujud..nth r meluahkan perlu agar aku tak selamanya menjaga hati..biar sama- sama tahu kedudukan masing-masing kalau aku asyik duk sorok.. jerkk sampai bila-bila tak tahu konon ada jerk kan..tkperlah dah bgtahu kira lega..bukanlah perangai aku jadi ntah paper sebab selalu bnyk sangat sorok konon nak mengembirakan hati last2 aku makan hati..jadi bgthu hakikat sebenar biar dia tahu perit juga bersama.
alhamdulillah walaupun perit dan berdrama last2 redha jerk lah..

menunggu minggu ini .. 30/8/2014 tie the knot..

selepas ini saya bergelar Puan Zulfahizan a.k.a mrs always right huhhuhuh

#selepasnielahsayaupdateblogdgngambarbagaiitupunkalaudiabelikanakuhpbaru


salam semua doakan kami yang baik2 ok

bahagia bersama sehingga jannah yang maha esa...

insyallah...

Sunday, 3 August 2014

ogos??

salam isnin...............

mood kerja masih kelautttttttttttt....
tunggu lepas nie update blog yerp...

Thursday, 24 July 2014

selamat hari raya aidilfitri 2014

salam semua..salam jumaat salam lastday keje...

jumaat last day kerja..huhuhhu 27 ramadhan..
alamak tak sabarnya nak balik raya..mood pun dah kelaut nie mata tgk jam jerk bila nak kul 12..
boss tak bagi halfday pun aku nak jugak...nak marah tunggu lepas raya huhuhuh
aku kan samseng bak kata boss aku heheeh!!!
beg semua dah packing tunggu nak balik jerk..
tak sabar nak balik nak lepak2 kat rumah nak tempuh jemmmmmmmmmm...aduh ne dah tanya2 orang ramai kata dah jem..huhhu lagilah yerppp takper tabah2 demi mengharungi nak balik kg.
harap2 boleh balik dgn en garang tapi dia pulak nak balik lambat biarlah..malas nak fikir kalau fikir hal dia mood raya jadi mood ntahpape..letak mood ntahpape tuh ke tepi..kang berfikir sgt aku jadi takder perasaan tak ker haru..

persiapan raya tahun nie..50-50 kahwin dan raya..macam tuh ler so lepas raya kiter kawin kekdahnyer..hahaahah raya raya raya dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn aku terima nikahnya...
hope everything dipermudahkan..tabahkan hati untuk berdua.

salam aidilfitri semua semoga ceria di samping keluarga tercinta
salam 0-0 tau..

#hati2 di jalan raya
#salam aidilfitri bujang
#nakkawenlepasraya
#lemang
#rendang
#dodol
#perakdihati

Wednesday, 23 July 2014

#persiapan #wedding #throwback #omg...

salam semua..lama tak update pasal persiapan kawin aku kan..alhamdulillah semua dah ok cuma tinggal sikit2 jerk lagi..
mari kita recall apa dah di lakukan okeh...

majlis perempuan...

katering by MAKCIK SEENI
1 kepala RM6.50 x 600 orang
total RM3900.00
extra RM100.00 makan pengantin
JUMLAH : RM4000.00 (settle bayaran pada 16/7/2014)

Hidangan Tetamu :
nasi minyak/nasi putih
daging masak kicap
ayam goreng berempah/ayam masak merah
jelatah air
gulai lemak nangka
ikan masin
sambal belacan
dalca sayur
buah tembikai
air sirap selasih

Hidangan pengantin :

Nasi minyak
Ayam Golek
Udang panjat
Siakap / kerapu 3 rasa
dalca sayur
buah -buahan
kok tail
air sirap selasih

Khemah by Deen Canopy

4 khemah ( termasuk scallop kuning + purple)
RM600.00
Persiapan tempat makan pengantin (kuning + purple )
RM300.00
alas meja + scallop
RM100.00
JUMLAH BESAR : RM1000.00 (settle bayaran pada 16/7/2014)

Pelamin dan make -up by Butik Mya Irdina
myirdina.blogspot.com

mini pelamin vintage theme (pastel colour)
make -up sanding
pakej RM700.00 (settle deposit RM500.00 pada 16/7/2014)

baki RM200.00

Pakaian pengantin by Puchong Tailor

Emerald Green
Kuning

JUMLAH BESAR  : RM200.00 

Kad kahwin by LH Creative
lhcreative
kad 500 keping
JUMLAH BESAR :RM200.00 (alhamdulillah disponsor oleh abg ajis) -settle pada 17/7/2014

hurmmmmmmmm itu yang dah settle rasanya dah hampir 75%...yang penting2 dah siap alhamdulillah nanti kita cerita lagi yerp..



#THROWBACK

salam semua...lagi 3 hari menjelang hari raya..
lama gila tak update blog..kemalasan melanda di tambah hp blackberry dah rosak so nan ada gambor..
cuma ingatan haahh..
tu yang menjadi -jadi malas nak update haha
alhamdulillah kesempatan berbuka dgn mak abah di kampung waktu 15 ramadhan harituh ..puas jugak lah berbuka bersama hari-hari makan mak masak..sedap ditambah plak tak payah tolong2 yer lah anak perempuan sorang balik pun sorang ermmm memang mak masak jerklah tolong-tolong pun tak payah duk dalam bilik main hp jerk kekdahnyer huhuhhu...
.............skang nie mood raya ker mood apa aku pun tak tahu..hahah sebab aku dah split mood huhuh nak raya nak kawen nak handbeg raya dah beli tapi tk leh pakai ,nak kasut raya dah beli tapi tak leh pakai huhuhhuhu nak bergaya pun tunggu dah jadi bini orang ler esok...
sedihhhhhh....dalam gembira..
balik harituh...dapatlah settle semua untuk perkahwinan..borang2 dan pelbagai mak nenek..tapi tak disangka semua dipermudahkan..maybe bulan keberkatan semua dokumen lengkap dengan cepat wow...
good job to me dan en garang..so settle bab borang -borang..
syukur sangat -sangat...so skang nak fikir untuk halal di sisi dia jer hahaah...
kena upload entry persiapan perkahwinan nie kang ado lak lupo...

Wednesday, 9 July 2014

penat.......

salam 11 ramadhan

macamana puasa? ada yang dah tertinggal?aku alhamdulillah masih berpuasa..ermm harinie tgk tajuk pun tahu kau kepenatan tau..terkejar -kejar menguruskan hal2 yang ada...
adoyai...lambatnya rasa nak mengakhiri zaman bujang nie adalah pembantu di kala susah nie hahaha
bukan kadang-kadang bila ada pembantu kan memudahkan kerja heheeh

tak per bersabar insyallah nnti tiba masa lagi berdebar kan..
tadi call mak mengadu penat hahaah manja kan..
sebenarnya nak tahu mak masak apa..mak pun jawab slow2 jerk mak masak udang dan sotong...hurmmmmmmm tak berkesempatan lagi berbuka dengan mak dan abah ..moga2 dipermudahkan urusan aku minggu ni dapat balik kg berbuka puasa...insyallah

#en garang kiter rindu kamu sangat2

Tuesday, 8 July 2014

#digi

eh eh....

salam 10 ramadhan

hahaha tgk tajuk pun macam apa jerk kan..nak tahu kenapa?
pagi nie aku pergi kerja merempit..iyerlah jimat masa jimat duit ckit yer dok..lagipun sekarang nie bulan puasa cepat ckit sampai kalau tak yer jemmmmmm jerk kat kl nie..uhhuhuh

yang boleh jadi tajuk macam tuh sebab ...pagi2 waktu bawa motor atas motor fikir sekali kalau terserempak en garang kan best..hahah sekali dekat simpang nak sampai ofis tuh..toleh kanan nampak en garang terus feeling -feeling eh eh eh ....

waktu nak punch nak toleh pun macam malu -malu haahaha..konon sweet -sweet..kah kah kah yang dia bukan main lagi hai hai..aku nie sebenarnya tahap rindu kebetulan jumpa huh perasaan feeling happy sampai petang

opssssssssss jangan lupa ramadhan tak lama dah nak counting days........

#missusomuch

Sunday, 6 July 2014

monday......

salam ramadhan ke 9...
alhamdulillah syukur..kejap jerk dah hari ke 9 kita berpuasa..nanti dah nak raya..bulan puasa nie bulan yang syok bagi kau sebab semua orang macam menunggu2 sesuatu beria2 beribadat kerana apa..sebab bulan kemuliaan bulan mendapat bekalan akhirat...kenapa nak lepaskan yer tak?

hari ini hari isnin...
aku ada terbaca dekat beberapa artikel tentang kita kalau yang bekerja nie,sekolah nie,tentu tak gemar hari isnin kerana apa kerana permulaan minggu tgh2 syok cuti tetiba kena kerja kena sekolah..
meh sini aku betulkan tanggapan sikit..
kerja itukan ibadah sekolah itukan ilmu...dan yang paling syokkkkkkkk satu artikel menyebut..yang tak suka hari isnin nie orang2 yahudi jerk tau...
kita sepatutnya gembira sebab isnin 12 rabiulawal kan ulangtahun kelahiran nabi muhammad s.a.w kita...jadi kenapa kita menolak hari isnin sepatutnya jadikan sebagai satu iltizam yer dok...

so marilah kiter mengubah tanggapan tersebut tau..........bukan peringatan kat korang jerk dekat aku jugak tau...heheeheh sebab aku pun dulu-dulu tak baca artikel nie isnin comfirm keluar ayat on no monday blues...ala bosan esok dah isnin ...
jadi lepas nie mari kita ucap syukur alhamdulillah isnin kembali permulaan minggu untuk perjalanan kehidupan
insyallah....

Thursday, 3 July 2014

kerana terpaksa aku relakan...

salam ramadhan 5

haha tgk tajuk pun tahu kan..alamak saat tulis nie memang terbayang2 wajah indah semalam..episod 22 okeh serius saper nak tgk sila pergi www.tonton.com tau...jangan lupa login password baru dapat tgk k...serius meleleh leleh airmata aku sambil berbuka puasa..opssssss kantoi makan depan tv..yerlah penat tau berkejar masak semua semata2 nak tgk indah dah lah kl nie jem hoiiiiiiiii bulan puasa aku pulak balik 5.30..nasiblah badan...itu yang kul 9 jer mata dah berat...tapi gagah jaga sebab nak tgk ceriter ramadhan jangan pergi uhhuhu statement sgt kan kan kan

nampak sangat aku nieeee tgk tv sesajer..huhuhuh tapi apapun aku tetap tengah feeling feeling indah
#Kerana terpaksa aku relakan....
aku tahu en garang pun tengok jugak...hurmmmm rindu nak tgk sama2 dengan en garang cerita2 melayu nie hahaha sebab dia pun layan..
mula2 dia tak layan jugak tapi tgk aku duk layan hari2 akhirnya dia pun terjebak...

bulan2 puasa nie taip kepala ingat makan jerk..
lupa nak cerita mari kita review menu kita dari first ramadhan...kiter tgk jimat tak heheeh

ramadhan 1

rendang ayam
nasi impit
bubur kacang
kuih2
roti john

ramadhan 2

ayam masak kicap

ramadhan 3

ayam goreng
ikan singgang
roti john

ramadhan 4

telur masak kicap
sup ayam


ramadhan 5

tak tahu lagi sebab masih kat ofis... hahaahah jimat tak lauk aku beli ayam sekor masak sampai 4 hari....

ok daaaa nak balik nak balik...

#miss u en garang nnti kiter berbuka puasa sama2 k...


Tuesday, 1 July 2014

terhalangkah rasa?

salam ramadhan 4

harinie 2 julai fuhhhhhhh bnyk kerja panas dan rasa sungguh dahaga..tahan tahan dugaan nie
tapi tak tau nak kata memang dahaga sgt2...dah lah kerja banyak..
tak banyak nak bicara..sekadar nak luah rasa..walaupun penat tapi bila tgk draft kad kahwin yang kedai hantar sedikit sebanyak rasa hilang stress walaupun tahu diri nie seakan tak bersedia nak hadap..
ntahlah...
aku takut banyak benda dalam fikiran aku..tapi aku berpegang pada satu benda..kalau dia berani mengaku depan orang tua ku bahawa di sanggup menjaga anak perempuan mereka..aku harap kata -katanya betul..
aku tak perlukan kemewahan namun cukup untuk kehidupan seharian..biarlah aku menjadi isteri yang mendengar kata dan turut perintah allah swt..asalkan dia mampu menjagaku..jaga dari sudut diri aku bermaksud

1- dapat membayar tempat tinggal
2- dapat membayar segala yang sepatutnya seorang suami,ayah dan anak sediakan
3- dapat membimbing aku
4- dapat memberikan kasih sayang yang sewajarnya dan membela diri aku kalau itu bukan kesalahan ku

aku bukan perempuan yang penting diri namun kalau ini mampu dilakukan insyallah..aku juga bekerja dan sedikit sebanyak aku dapat menolong tetapi bukan tanggungjawab..tolong kalau tidak mampu tapi bukan tanggungjawab aku..maksudku..dia perlu sedia semua dan kalau betul2 tak dapat baru aku tolong kerna apa?
tolong ingat janji sewaktu ingin mengambil aku dari orang tua ku...tentu kamu ingt susah orang tua ku nak yakin oleh itu hargailah keyakinan itu kerna apa...kerna itu janjimu bukan pada orang tua ku namun kepada Allah SWT...jua..bukan aku sahaja sebenarnya begini malahan semua wanita..bohonglah kalau perempuan tidak begini..kerna apa?kami adalah sama wanita yang ingin dilindungi dan ingin dicintai bukan untuk dihambakan...

aku rela berkorban sekarang...kerana aku inginkan jannah itu bersamamu...tapi aku harap bila aku sah menjadi milikmu..jagalah aku,kerna aku tidak mampu lagi berbuat apa2 tanpa izinmu kerna apa?kerna aku milikmu..jagalah aku jangan biarkan aku berbuat dosa di belakangmu..kerna aku tahu..halalnya aku disisimu..tiada lagi perlu di selindungkan tiada lagi yang perlu di endahkan kerna apa..kerna aku milikmu halal disisimu...dosa bagiku jika berbuat sesuatu tanpa kerelaanmu dan keizinanmu...

ya allah ya tuhanku..aku memilih dia..kerana aku tahu di mampu menjagaku..
yakinlah aku bahawa dia pilihanku..
duhai hati tenanglah..kerana perjalanan kita masih panjang..

#aku yakin dia pilihanku...

Why I choose u??

salam semua salam ramadhan 3

tak tahu nak berbicara apa..banyak benda yang berlaku..kejap rasa ok kejap rasa tak ok
aku tak faham susah nak mengerti..kadang2 aku rasa give up...teruk ker bersama dengan aku..kalau aku berterus terang segalanya tak banyak pun boleh mengubah sesuatu mungkin sekadar dia tahu tapi pengakhiranya aku jugak yang fikir..sama jerk kan tahu dengan tak?adakah bila dah tahu akan jadi marah?bagi aku sama sahaja..selagi aku boleh bekorban aku teruskan tetapi tak kan setelah berkorban aku derita tak adil kan..tapi kalau aku korban dan dia tak apa aku dapat?sedih meratap ..bukan sifat aku nak cerita tapi kalau tak cerita dia asyik cerita kepedihan dia..aku? time gembira jerk kena ada?apa aku nie tkdeer kisah duka ker?aku tak perit untuk cipta bahagia itu ker?
atau bahagia jerk aku dapat dia time susah aku kena hadap muka yang ntah pape..marah yang ntah pape
aku nie tempat kena marah ker tempat dia senang jer atau bila susah aku sorang -sorang?

bukan aku nak cerita semua sebab kalau cerita semua rasanya tak tertanggung akalmu nak fikir macamana aku boleh hidup sebegitu..memang bukan sifat mu nak menjadi seperti aku dan aku juga bukan sifat begitu nak jadi begini..cuma keaadaan dan situasi buat aku kena jadi begitu...
kenapa aku begitu??
-sebab aku nak tgk kau tersenyum
-sebab nak tgk kau tak buat muka
-sebab nak kau tak rasa susah walau hakikat aku dah hampir mati
-sebab nak kau tahu aku bukan ada di kala senang
-sebab nak kau tahu aku sanggup susah sebab kamu


tapi........... jauh di sudut hati aku..juga mahu kau tahu kadangkala aku tak mampu buat semua tuh
aku nak kau jadi seperti aku walau apa cara pun..aku nak kau usaha untuk aku seperti aku usaha untukmu
dan aku mengharapkan kalau aku susah untuk kamu..hargai lah aku dengan cara yang lain kalaupun bukan dengan wang ringgit tapi banyak yang boleh kau tunjukan..
aku bukan perlukan wang sahaja tapi kasih sayang pengorbanan dan perhatian
sebab aku tahu mati sekalipun aku sanggup untuk beroleh kebahagiaan




#ntahlah aku tak mampu lagiiiiiiiiiiiiiiiiii

Sunday, 29 June 2014

#random story

hai semua salam ramadhan...

harinie dah hari kedua ramadhan..alhamdulillah aku berpuasa..
lama dah tak menulis di blog kan..sebenarnya macam-macam jadi tapi aku malas haha malas menaip malas mengenang heeh sebab banyak pahit dari manis..tapi dari terus lupa mari kita mengarang secara random..

1- persiapan kahwin berjalan perlahan -lahan slow n steady..alhamdulillah ada orang nak sponsor kad kahwin kami..alhamdulillah #terima kasih abg ajis..huhuhuh barang -barang kahwin dah prepare..apa yang nak untuk goodies bag dah terbayang di mata..cuma tak buat lagi.katering dah cari..alhamdullilah berpatutan..khemah,pelamin hurmm sikit -sikit..harap-harap berjalan lancar..

2- badminton makwsip..gaduh tentulah sebab en garang bukan bagi bermain
3- kereta rosak...benda paling mencabar minda..sehingga saat nie aku masih teringat pergaduhan itu.
4- pergi Seremban setelah kekusutan terlerai..nak jadi cerita boleh pergi berjalan ke seremban sehari sebelum ramadhan..daaptlah melawat pengantin baru..din & mira (thanks nasi hujan panas-sedap sgt)
wan& keluarga -kawan en garang..puas hati katanya dapat jumpa kawan lama....
5- Berbuka pertama kali bersama en garang ayam rendang,nasi impit,bubur kacang,roti john dan kuih muih
alhamdulillah walaupun sedih sikit haahah

haahahaah itulah cerita random aku sekadar nak ingt..apapun dugaan nak kahwin nie memang perit lah..dalam perit -perit ada penyelesaian..alhamdulillah doa bnyk2 nie tak mau dugaan banyak2 hambamu nie tak sanggup tau..

#en garang kiter sayang kamu sangat2 tau
#jaga diri sebab kita skang dah start counting days...journey to be bride

Tuesday, 17 June 2014

feeling or without feeling

wednesday..all people said today less work less talk and less everything cause today was middle of week but for me..today was very unwell day unwell feeling and everything was messy..didnt know why but it all about feelings...OMG..need calm need something...

perasaan?tanpa perasaan?

Mana perginya perasaan?hilang?mati?tinggalkan kau?
ntahlah serba tak kena tak tahu apa yang kena?

manusia dicipta punya perasaan punya pasangan..agar lengkap melengkapi..bolehker hidup sorang2?tak boleh mati pun perlukan talkin perlukan orang nak angkat jenazah kita kan..tinggi amalan ringan jasad kamu rendah amalan hanya dia maha mengetahui...bukan kita tentukan salah silap manusia..keampunanya hanya padanya bukan kita manusia atau hambanya menentukan..cuma diminta olehnya berbuat baik sesama kita kerna kita hambanya...dunia hanya pinjaman..yang kekal cuma alam barzakh..

sempurnakah kita? tidakkkkkkkk..kerana tidak sempurna itu adanya suami isteri ..kerna perasaan itu adanya senyuman dan tangisan.kayukah jiwa jika manusia itu tidak menangis?hinanya manusia jika meratapi...mengenal erti hidup mencari kebahagiaan diri..siapakah mereka untuk menentukan diri kita?
setiap jalan yang dilalui ada bahagia ada derita ada sinar ada malap...
setiap perasaan perlu ada perkongsian
setiap manusia mesti ada cerita
setiap insan ada aib dan dosa
setiap kita punya kekhilafan
setiap yang berlaku ada hikmah setiap perancangan akan ada dugaan
setiap yang di rencana bukan seelok jawapan
setiap kita ini ada rahsia....
dan........................ setiap kita ada karektornya...karektor itu yang perlu di fahami dan di rencana untuk menjadi permaidani syurga andai kita tidak ke neraka..ampuni aku YA Allah andai aku berada di landasan yang salah ...tapi aku terlalu ingin mengenal erti kebahagiaan erti permulaan mu yang baik mungkin aku pernah gagal dalam kehidupan mu tapi aku faham perancangan ku tidak seindah rancanganmu buatku..rancangan ku adalah rancangan hamba yang tidak mengetahui apa akan ada pada esok hari sedangkan rencanamu buatku adalah seindah ciptaanmu terhadapku....kuatkan jiwaku ya allah izinkan aku memulakanya kembali..berilah aku insan yang memahami yang meredakan hati ini..bukan aku manusia sempurna bukan aku insan cemerlang tapi aku hanya manusia yang punya hati dan perasaan..
bukan ...
aku nak menerangkan segala perihal bukan aku suka mecanangkan hidup..tapi aku selalu bertindak untuk orang memberi pengertian...manusia tidak hanya mampu dengan pengertian..perlukan penjelasan tapi bukan aku bersifat menceritakan..sifatku jiwaku hanya perlukan pengertiannnnn..arghhhhhhhhhhhh susah di ungkapkan.bahagiakah aku hanya untuk bahagia kan orang?mana pergi bahagiaku?adakah terletak pada orang?kenapa orang tak seperti aku?seperti kata kawan.....kau nak orang paham kau,kau kena paham orang...oh kawan oh teman..adakah kamu juga selalu memahami orang?memahami erti manusia yang perlukan pengertian bukannya persoalan dan penjelasan...hidup kalau disoal soal dan akhirnya beri duka apa perlu kau berikan jawapan dan penjelasan?sungguh tidak bukan!!! so apa pentingnya faham kalau kita tak nak faham..letaklah faham kamu di dalam hati..kerna satu ketika faham itu akan datang pada situasi kamu...ingat yer...dunia berputar bukan statik...kita manusia bukan robotik ciptaan sendiri..

pada jiwaku hari ini..cukup aku katakan...maafkan jasad beri kamu kedukaan..kerna aku juga tak memahami siapa diriku..
pada dirimu...aku memerlukanmu sama seperti saat kau lihat ku terjatuh tanpa tangan yang menggapai dan kau datang untuk beri aku nafas hidup..nafas gembira nafas ketawa..untukmu cintaku masih utuh.insyallah doakan bersama yer...

#kerana terpaksa aku relakan....


Thursday, 12 June 2014

bayangan hati....

Buat En Garang......terima kasih..hayatilah lirik nie untuk menggambarkan betapa aku memerlukan dirimu
maaflah kalau entry nie rasa semacam jerk..yer skang nie..kami dalam proses macam serba tak kena tapi ketahuilah hanya ini yang kurasakan kalau tanpa diri en garang...

LIRIK LAGU PATAH SAYAP - NADIA AQILAH

Kerinduan dalam hati
Bagai ditusuk sembilu bisa
Ku tak sanggup menahan sakit di hati
Ku mengharap kesakitan ini sementara
Ku terjaga kau tiada di sisi
Bila sedar erti cintamu padaku

Airmata yang mengalir
Menemani ruang hati ini
Namun kini ku tahu tiada yang pasti
Bila sedar erti cintamu

Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti

Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri
Limpah hidup

Pernahkah pernahkah engkau terfikir
Fikirkan tentangku sakit merinduimu
Tak mungkin tak mungkin aku mampu
Menahan beban sakit hidup tanpa dirimu

Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti

Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri

Patah sayap ku patah
Tak mampu terbang lagi
Bila tanpa cintamu
Hidupku tak bererti

Terbang tinggi ku terbang
Menggapai angkasa
Bila berpaut di sayapmu
Ku mensyukuri
Limpah hidup


PS:
aku tahu sekarang en garang pun jadi layan cerita yang aku tengok petang2...#Kerana Terpaksa Aku Relakan..sweetkan kan kan kan...
mode: #sedih #merinduimu #menyayangimu

Wednesday, 11 June 2014

kisah silam

maafkan aku andai punya kisah silam
maafkan aku andai ada dosa silam
maafkan aku andai aku punya silap
maafkan aku jika aku bukan terbaek
maafkan aku jika selama ini kamu merasa tertipu
maafkan aku jika aku berkasar
maafkan aku jika kamu tak bahagia
maafkan aku jika kerena aku kau menderita
maafkan aku andai hariini kau menangis keranaku
maafkan aku andai diri ini punca kau lemah
maafkan aku andai aku menjadi punca
maafkan aku jika aku tak setaraf denganmu
maafkan aku jika hari ini kau mengetahui sesuatu yang perit
maafkan aku maafkan aku maafkan aku....

NAMUN.....

Terima kasih menerimaku
terima kasih menyayangiku
terima kasih menyimpan kisah silamku
terima kasih buat diriku bahagia
terima kasih memberi penawar duka dalam hidupku
terima kasih membuatku tertawa dengan selokamu
terima kasih berada disisiku
terima kasih kerna menjaga maruahku
terima kasih dengan sikapmu yang menjaga
terima kasih atas keberanianmu
terima kasih untuk susah senangku
terima kasih kerana menyempurnakanku

........................................ aku tak kuat aku tak mampu menghalang untukmu mengetahui..tapi aku tak berdaya untuk menyimpanya lagi..andai itu melukakanmu..ambilah peluang ini untuk mu merasa bahagia..aku bukan terbaik aku bukan sempurna jika inginmu sesuatu yang baik dan sempurna aku bukan untuk itu namun andai kau mahukan untuk sama -sama ke jannahNYA...aku ingin bersamamu melakukan itu...

INSYALLAH WAHAI TEMAN.

Tuesday, 10 June 2014

7.6.2014

salam semua..........lama dah tak berblog kan..hahahah tgk date
hurmmm tentu ada makna kan..so just nak review... 7.6.14 we are officialy..finalized our wedding...

aturcara majlis:

1.00 pm - family en garang datang makan -makan..mak aku masak tau bukan aku..coz aku pemalas yerp..kat umah en garang jerk aku rajin hahaah

1.50pm - en garang bawa family dia yang lelaki untuk pergi solat di masjid taman kledang....

2.15pm - seram kowt everything....dibincangkan secara details no more sorok -sorok dan ikut kepala sendiri...everything was settle down

2.45pm - settle everything...................................................... then HAPPY MOMENT...


Decision we get on that day..

Tie The Knot : 29/8/14 selepas asar
Reception Atul & Zul : 30/8/14
Reception Zul & Atul : 01/9/14

heheeheheheeheheehehehhehehehehheheheheehe..Syukur Ya Allah ku bersyukur everything was done smothly i love u so much my En Garang....


Wednesday, 28 May 2014

kisah boring

manusia lahir atas dasar cinta...itu kata ada apa dengan cinta? tapi kehidupan??? mewarnai suka duka setiap orang bernama manusia...

kekecewaan hati!!!!
mana datangnya kekuatan?dari pengalaman ke? satu ketika gembira tuh datang dunia kecil bersama tiada masalah melalui usia remaja sama seperti orang lain...nakal remaja..indahnya dunia itu.siapa sangka siapa pernah tahu dihadapan akan ada kedukaan kealpaan dan kehinaan..mana perginya hatiku?

S
I
A
P
A

disisku?TIADA???

menepis hinaan mencari kebahagiaan mewarnai diri..mementingkan manusia yang disayangi namun mana perginya hati..?yang kadangkala rapuh kadangkala sedih kadangkala seolah olah akan mati sesaat lagi?kuatkah hati?hari ini.....hati ini masih ada tapi mana pergi denyut rasa itu?sebab sendiri...alpa diri.

berdiri  aku di satu sudut,merenung syiling mencari keputusan..padamu Ya Allah ku bermohon serah..melangkah pergi,deraian airmata...satu saat ku terasa lapang kuterasa kesyahduan..inikah pencarianku..walaupun bukan denganya...kekuatan itu perlu..menumpang disatu ruang kosong cuba tenangkan hati.lelapkan jiwa..arghhhhhhhhhh jiwa ini kosong masih mencari..air jernih mengalir lagi..mengalir bagai tiada henti..diusir diamuk perasaan marah itu..benarkah itu benarkah ini yang dilalui..
pergiku bukan tidak bertanggungjawab namun satu nekad yang perlu untuk kebahagiaan diri..
kutemui bahagia itu..namun adakah ia juga untuk seketika..dicelah-celah kemanisan saat angin duka datang terselit khilafkah aku meninggalkan??kerana pentingnya diri..
memulakan duniaku..dengan satu harapan satu kepastian kerna itu harapan..agar diri ini tenang..bukan diriku mencari simpati bukan diriku nak menjaga hati namun bukan aku jua tuk kedua kali...
tenanglah wahai hati...
sabarlah wahai diri
Jannah Amirah Batrisyia perlukan kekuatan diri
kerana kita perlu memulakan sekali lagi....


untuk apa kali ini kerna ini adalah untuk terakhir kali


bulan kiter..... (sweet sweet month)

nothing to sayyyyyyyyyy cuma nak beritahu.... >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>...