Monday, 29 December 2014

Birthday abah

salam semua lama tak update tuan blog cuti...nak balik ipoh sambut birthday abah katanya bukan setakat tuh dengan kerja2 sekali tak datang haahahah..sebenarnya penat dan malas dah nak hadap kerja bayangkan dah beberapa bulan asyik kerja balik lewat jerk badan rasa tak leh bawa..kalau kuat pun sebab tahan jerkkkk
untuk makluman birthday abah kita 25/12/ tau hari krismas kebetulan semua cuti..memang saja tak balik kan... en garang tak dapat balik kerja...opsss standby kang cakap kerja cakap aku tipu plak..krismas kan cuti..so standby...en garang kan orang baru so bagi peluang pada orang yang nak sambung menyambung cuti nie..heheeh macam aku nie haaaa..kan cuti lama sampai ayat en garang awak macam lama jerk tak masuk ofis...saya qada lah..saya dah penat hari2 ngadap akaun ..ngadap benda nak bayar..ngadap amaun juta2 kalau duit sendiri takper duit kerajaan semua "on paper " orang kata...
haahaah dah melalut tajuk birthday abah macam tajuk cuti jerk...cerita bab birthday abah nie banyak sebenarnya sebab kami adik beradik semua berkumpul dan yang bestnya tahun nie menantu perempuan abah belanja semua pergi peneng...yeay....

untuk entry nie kita sambung kemudian yerp..sebab banyak nak throwback dan letak picture.

untuk abah:
atul doakan abah panjang umur murah rezeki diberi kesihatan yang baik..maafkan atul kalau atul selalu sakitkan hati abah dalam sedar atau tidak.atul tahu abah sayang atul dari gerak mata abah pertanyaan abah..walaupun kadang2 banyak benda atul sorok demi tidak menyusahkan hati abah namun atul tahu abah dapat agak atul punya masalah..dalam diam abah baca pergerakan dan gerak geri atul..tahun 2014...umur abah 61tahun...abah kerapkali ungkap dah sampai waktu dah..abah atul belum sanggup kehilangan abah walaupun atul tahu kita semua pasti menghadap ilahi bila waktu tiba..namun atul berdoa berikan atul kasih sayang abah lagi...masih terasa abah peluk atul waktu atul nak balik kl..selepas hampir seminggu atul di kampung ..banyak kali abah tanya atul ada duit ker...abah ok kalau atul tak bagi pape janji atul balik..walau tiada ucapan indah tapi genangan airmata abah atul tahu abah terharu.. terima kasih abah...tahun nie abah jadi wali atul lepaskan atul kepada yang berhak..walaupun abah dah lepas tanggungjawab abah kepada menantu abah tetapi atul sebagai anak tetap bertanggungjawab sebagai anak terhadap abah...apapun atul gembira di usia 61tahun abah masih kuat masih sihat..dan yang best abah yang memandu di semua perjalanan sepanjang kita bercuti..abah happy dengan apa yang abah lakukan...

Monday, 22 December 2014

Apa Lagi?

salam .. didatangi dengan cerita yang aku sendiri rasa sedih ..
bila seorang lelaki bujang berkahwin dengan seorang perempuan yang ada anak ... yang sedang belajar erti kasih sayang ibu dan ayah .. anak kecil tinggal bersama ayah kerana ibu dia belum mampu dan stabil dalam erti kata lain tengah bersedia untuk menjaga anak kecil itu sepenuhnya.ibu berkahwin dengan seorang lelaki bujang tetapi sebelum berkahwin telah dijelaskan dia mempunyai seorang anak kecil dan telah memberi peluang untuk lelaki itu berfikir samada meneruskan hubungan atau tidak namun lelaki itu bersungguh untuk meneruskan dan pada pandangan perempuan itu lelaki itu bersedia menerima siapa dia seadanya dan juga bersedia fizikal dan mental untuk sama2 menjaga anak tersebut bukan dari segi kasih sayang tetapi wang ringgit.
perempuan itu berkahwin dengan lelaki tersebut.dihari perkahwinan mereka anak kecil itu tidak dibawa walhal anak kecil itu nak sangat melihat ibunya berkahwin.perempuan itu tidak mahu anak kecil itu merasa tersisih bila melihat ibu dan abah dia bersanding dan sebenarnya perempuan itu sedih mengenang nasib anak kecil dia.perempuan itu pendam semua sedih dia demi memikirkan selepas ini tentu lebih baik..
perempuan itu memilih lelaki bujang ini kerana beranggapan di mempunyai sikap tanggungjawab,ada asas agama dan berharap dapat membimbing dia dan anak kecil dia nanti kerana perempuan ini mempunya masa silam tersendiri.dan si ayah yang membantu perempuan ini selama ini terus menjaga anak kecil ini walaupun hatinya sakit kerana perempuan ini tidak memilih dia untuk membina keluarga.dan semestinya perempuan ini mempunyai sebab mengapa tidak memilih dia.namun sudah menjadi sikap perempuan ini tidak suka hidupnya di ganggu di pertikai dan seboleh boleh dia ingin menjaga hati semua orang yang baik denganya dengan mengetepikan perasaan dia sendiri..walaupun perempuan ini dah berkahwin seboleh boleh dia cuba menjadi isteri yang sebaiknya..sanggup ketepikan perasaan rindu seorang ibu demi menjaga hubungan dengan suaminya.tidak mahu timbul fitnah kalau masih pergi ke rumah lelaki itu tinggal bersama anak kecil beliau.
sekali sekala dia akan call untuk tanya khabar anak dan perkembangan anak.itupun hanya melalui panggilan sebab memikirkan hati suaminya perlu dijaga.
kadangkala bila ada perkembangan yang baik tentang anak kecil dia jarang nak cerita dengan suaminya kerana suami dia bersikap acuh tak acuh dan jarang nak tanya pasal perkembangan anak hanya kerana pernah satu ketika bila anak kecil itu tidak mahu bersalam dan memanggil beliau abah..dengan si kecil itu dia membuat musuh..padahal boleh diajar kerana sekarang adalah proses pembelajaran..tetapi lelaki itu tegas dengan pendirian sejak kecil lah kena ajar..kita yang besar nie pun masih salah padahal sudah diajar dari kecil apalah sangat budak kecil yang beru 5tahun hidup didunia berbanding kita.sudahlah membesar seorang diri,tanpa pengawasan...bila ibu itu mengenang dia kerap menangis sendiri..tetapi apalah daya si ibu antara suami dan anak sama2 menuntut kasih sayang dan ketaatan.
dalam hati ibu selalu memujuk insyallah nanti akan ok..tetapi sehingga dah beberapa bulan masih seperti biasa..dari mulut suaminya tak pernah nak tanya pasal anak kecil,kerisauan kepada anak kecil duduk seorang diri ,membesar tanpa kasih sayang sepenuhnya dan ini anak kecil itu akan bersekolah tidak lama lagi..si ibu pening memikirkan yuran,pakaian sekolah tetapi si ibu hanya diam malas nak bercerita biarlah penat kerja ot siang malam janji cukup untuk keperluan anak.dah 3minggu si ibu tak jumpa anaknya..dan selama itulah suami tak pernah tanya pasal anak kecil..jikalau bercerita pasal anak kecil pun pasti tiada jawapan hanya biar macam tuh sahaja.kadangkala si ibu nak juga suami dia menawarkan diri untuk menghadiahkan si anak beg ker atau bayar yuran sekolah ker..tapi dalan hati ibu tidak mengharapkan sebab tahu kedudukan suami dia.namun bila suami kerap bertanyakan kenapa lelaki yang menjaga anak kecil itu kerap telefon dia seolah -olah cemburu..bagi perempuan itu tidak perlu cemburu kerana perempuan itu telah sedaya upaya menjaga diri agar tidak timbul fitnah berhubung melalui telefon pun hanya untk pasal si anak kecil dan pasal sekolah yang bakal tiba.tidak ada mengena dengan hubungan yang lain2...kerana bagi si ibu yang penting hanya kegembiraan anak kecil dia...apa yang membuat anak kecil dia gembira itulah kegembiraan si ibu walaupun kadangkala akan menghiris jiwa ibu sendiri..
mengapa ibu tak meluahkan kepada suami?kerana bagi si ibu kalau meluahkan boleh mengeruhkan hubungan baiklah dia mendiamkan demi kebahagiaan semua..cuti sekolah ini tidak sekalipin si anak kecil di bawa berjalan oleh si ibu mujurlah anak kecil itu balik kg adalah kegembiraan sikecil..bila semalam lelaki itu call untuk bagi anak kecil itu bercakap dengan ibu pasal baju sekolah semua..gembira hati ibu iyerlah dah lama tak bercakap... namun pagi ini bila suami tengok call register hp si isteri boleh suami nak curiga dengan isteri..hati isteri mana mampu bersabar lagi... isteri malas nak bertekak pagi2 hanya diam..air mata boleh di tangisi di mana jua..janji anak kecil dia gembira..esok ibu akan ambil anak kecil itu untuk di bawa pulang ke kampung untk menghabiskan masa bersama...bagi ibu ini masa untuk kegembiraan si kecil...sebab ibu selalu fikir andai dia pergi dulu..macamana nasib si kecil itu....

4month checkup (pengalaman minum air gula)

salam semua..
22/12/2014

yeay pagi nie checkup....kan last cerita harituh en garang tak sempat nak tgk baby scan..so harinie dapat dia tgk heheeh..tapi sebenarnya lebih aku nak cerita pasal pengalaman minum air gula.
21/12/2014 tepat 10mlm dah kena puasa  tau..
petang lagi aku dah makan nasi..aku sumbat macam2 konon bagi kenyang iyerlah nak puasa sampai esok nak amik darah nak minum air gula lagi.. nak tunggu sampai 2jam hoiii jenuh kowt.
pagi pukul 8am aku dah sampai makmal terus daftar.alhamdulillah orang tak ramai cuti sekolah pulak kan..kejap jerk. dah panggil nama untuk ambil darah dan minum air gula.
sebelum aku minum macam2 orang duk cerita dekat aku pasal minum air gula nie konon muntah lah macam2..aku fikir nak elak jerk minum tapi elak pun nanti2 tetap kena minum jugak so set jerklah minda minum jangan sampai muntah.
hari nie ntah macamana amik darah sampai 3kali darah tak mau keluar dah lah aku jenis susah amik darah urat halus katanya..harap badan jerk besor urat halusss heheeh.. dah settle amik darah nurse tunjuk akak tuh air gula akak minum yer sekali tgk cawan..besornyer...aku tgk dia letak perisa oren..bolehlah aku kosongkan fikiran jangan duk ingat kata org yang suruh telan sekali gus..gila ko besar tuh cawan nak telan sekali gus mati tersedak pulak aku kang...masuk jerk tekak gula tuh meresap kat pipi kembang jugak tapi aku control minum pelan2 akhirnya berjaya kowt..settle minum aku duk kat luar sebab tunggu 2jam.

sekali..dalam 5minit nah kau kepala rasa pening gila mulut dah pijar rasa nak muntah sebab gula daapt rasa dalam mulut..sekali tgk en garang datang bawa air mineral..aku control tau takut muntah padahal tgk muka dia macam2 nak ngadu..terus aku ajak dia duk jauh ckit sebab bau rasa mual jerk..nak minum air mineral takut nurse nampak takut muntah plak.nasib en garang teman..lama lagi masa nak tunggu 2jam.sekali dia ajak teman dia makan tuh pun dia berkira2 jugak takut kesian tgk dia makan.tapi fikir aku dari muntah kena minum balik baik tengok dia makan so boleh bungkus dah lepas amik darah lagi sekali boleh makan btul tak?
kami pergi minum..lepak2 semua keja jerk rasa..sampai klinik tunggu jap terus amik darah balik.dah siap terus pergi KKIA sebab kena jumpa Dr nak scan baby..haaa bab nie lah en garang eksaited iyerlah nak tgk baby dia..rindu baby la tuh..kebetulan kejap jerk klinik takder orang...
samapi jerk daftar terus scan alhamdulillah aku tak der alahan apa2 segar jer orang kata penat pun disebabkan kerja aku yang banyak..hehehehe bila scan Dr panggil en garang masuk nampak muka dia happy.. Dr tunjuk semua kepala,badan,punggung,kaki,tangan huhuhhu tanya Dr dah lengkapker baby kami?dia kata dah cukup semuanya...Alhamdulillah ...waktu scan kedudukan baby macam sujud..tgk jam pukul 10.30am..aku senyum2 keluar dari jumpa Dr aku usik en garang ..baby abang solat dhuha yer?heheeh syukur sangat tau..dah makin besar baby kami...ibu dan abah tak sabar tau...untuk baby ibu dan abah membesar dengan sihat yer ibu dan abah tunggu baby keluar tau...

love you...so much en garang thanks teman kita harinie...

Friday, 19 December 2014

privasi dimana?

manusia datang atas rasa hormat menghormati
bila dua insan yang tidak mengenali bergabung menjadi satu bukan semua akan bersatu
ikatan halal mungkin bergabung namun rasa , jiwa , fikiran tak mungkin bergabung yang bergabung cuma zarah2 kecil dalam ertikata melengkapi..
kita mungkin merasakan kita berhak tahu kita berhak mengambil tahu..namun kita juga perlu memberi sedikit ruang privasi untuk mereka untuk dia menyelesaikan dengan cara MEREKA bukan dengan cara menghukum.
adakah kita tidak yakin dengan jiwa mereka hati mereka ? Mengapa? tentu sebab kita sendiri belum cukup membahagiakanya.. diam mereka bukan beeerti puas dengan cara kita,ketawa mereka bukan beerti mereka rasa lucu dengan omongan kita tapi kerana mereka berfikir satu kebahagiaan perlu di cari perlu dibahagi..bukan di galas sendiri...

Thursday, 18 December 2014

OOOOmok kiter..

salam...kiter rindu oooomok kiter hagemaru kita kah kah kah.. hagemaru kita sweet
sejak seminggu nieeeee kiter suker!!! walaupun muka garang garang dan garang

Tuesday, 16 December 2014

mommy journey

salam semua mari kita sambung entry mommy yer..

27/11/14....
hari checkup..selepas sebulan..
pagi tuh macam biasa bangun siap2 pergi kerja sebab klinik dekat dengan ofis . dalam 7.15am kami keluar rumah iyerlah dari bandar mahkota cheras ke tempat keje almost 40minit jugak tau itu pun ikut keadaan trafic entahlah sejak projek mrt nie kejap jem kejap elok aku pun tak paham tapi senang cerita tak nak terkejar2 dalam 7.15am elok keluar rumah kan...lagipun naik motor kan.. naik motor?naik motor? huhuhhu
jalan jem ok mommy malas bawa kereta doakan yerr...
tapi itulah nak jadi cerita, waktu keluar rumah elok depan jusco ntah macamana boleh ada satu kereta di pandu oleh budak perempuan boleh cross dari kiri ke kanan..kami di lane kanan..apalagi en garang tak sempat brake terus langgar belakang kereta tuh apalagi melambunglah dia dgn aku nie..nasib dapat laki tinggi dan gagah huhhuh.. dapat tahan motor dan aku tak jatuh tak dapat bayang kalau aku jatuh..dengan kandungan baru berusia 12minggu..dan ada lebih kurang 2 motor dan 3biji kereta di belakang..nasib menyebelahi kami...
part takut.....
en garang terus turun motor dia tak peduli dah jem ke apa kat belakang tuh terus suruh perempuan tuh turun aku risau dah takut suami aku macam kiki stereng tuh.. hahaah iyerlah dia kalau dah marah ikut hati dia jerk..aku tahu dia marah sangat sebab aku mengandung kowt.perempuan tuh tak nak turun dan berkeras aku tgk en garang dah marah2..orang ramai dah minta kami ketepi..en garang cakap kat perempuan tuh sekali kereta dia tak leh start pulak...ermm en garang lah pulak tolong haahah iyerlah kereta auto kaalu gear dekat D manalah boleh start huhuhh... lagipun aku tengok perempuan tuh dah gelabah..aku serius diam jerk malas nak campur lah.aku tak suka nak marah2 pagi2 boleh hilang mood satu hari.lagipun aku risau kandungan...sebab kaki aku lebam,perut rasa sakit ckit..risau sgt.nasib harinie checkup dan scan.hati nie tak sabar nak tgk baby.
dah park kat tepi jalan en garang sambung gaduh dengan perempuan tuh ermmm budak lagi nak mintak bayar pun takder duit..ermm aku fikir tgk motor en garang ok jerk cuma pecah ckit dan raga tak elok lah..tapi bagi aku sikit jerk tuh..aku tahu en garang lebih kepada risau aku mengandung..berapa kali duk cakap kat perempuan tuh aku mengandung...nasib budak tuh tak balas dah tahu mengandung kenapa naik motor?hahahaha..kalau tak mau kena hempuk dengan helmet budak tuh.
budak tuh kata nak tunggu ayah dia..tunggu dalam 15minit takder apa jugak..aku cakap dahlah nanti lambat checkup..budak perempuan tuh duk dalam kereta takut kowt..malas nak tunggu aku cakap jom jerklah ... en garang fikir macam tak ada guna jerk...
part paling best nak bla..en garang boleh kata kat aku awak pergilah cakap kat budak tuh takperlah kita jalan dulu..kira settle lah.aik tadi dia marah2 time tang cakap suruh aku..malas nak gaduh laki bini..aku pergi kat budak tuh...takperlah dik akak nak cepat akak nak checkup lagi budak tuh ulang kali cakap mintak maaf akak..hahaha akak ok jerklah dik..yang marah ituha...en garang..aku senyum jerklah kadangkala memang kita marah pada awalnya tapi dah lama2 kita pun cool so tak guna nak bertegang leher semua...

sampai klinik dalam jam 8.30am... en garang tak leh teman sebab tempat kerja baru cuma dia pesan papa bgtahu..aku kena amik darah dan kencing..ujian yang selalu kena hadap..tengah tunggu kat makmal dia dtg hantar makanan...dia tanya bila scan aku kata lambat iyerlah result tak dpt lgi selalu lama...eh eh alih2 elok dia balik result dapat..alhamdulillah semua tgk pada result darah dan air kencing cuma ada lah kurang di beberapa part dan kena banyak makan benda berkhasiat.
bagi result pada nurse dia kata tunggu nak scan.dalam 5 minit Dr panggil nak scan aku cerita kat Dr aku baru accident Dr terkejut..dia cepat2 buat scan ermm betul lah baby aku terkejut Dr susah nak scan sebab dia asyik bergerak aku pun dapat tgk..last2 Dr snap jerk mana yang dapat..konon Dr nak bagi kedudukan dia melentang dapatlah jugak..Dr kata rahim ada nampak bengkak ckit tapi alhamdulillah semua ok Dr pesan berhati2...syukur semua selamat..tapi en garang tak dapat tgk scan baby frust dia..
keluar nurse suruh timbang berat..sekali berat turun,nurse tanya tak makan ker?aku cakap ok jerk takder papa alahan makan elok jerk nurse pesan suruh makan bagi naik berat paling kurang 500g sebulan..aku cakap dalam hati kang mau berkilo2 naik korang marah pulak hahaah...

dah settle semua en garang call kata nak dtg tgk scan.aku cakap aku dah settle semua..frust dia aku kata next checkup lah pulak..tapi dia bersyukur aku selamat.petang tuh balik kerja aku call mak dan mak mertua aku..semua terkejut dan pesan jangan naik motor tapi......tak boleh mak kl nie jem...last2 pesan hati2 jerklah..huhuhuh..itulah kisah mommy hope everything dipermudahkan... i love my hubby haahaha.

Monday, 8 December 2014

happy news!!! mommy to be

hai salam semua..dah habis citer kahwin mari kiter story pasal mommy to be..alhamdulillah
now aku dah pregnant 12minggu = 3 bulan yer... (bunting pelamin ) kata orang syukur alhamdulillah mari kita throwback yer..

alkisah kami bernikah pada 30/8/2014...sekali jalan yer pagi nikah tghari sanding malam potong kek dan malam malam haahahah...
majlis belah lelaki pada 1/9/2014 kira lengkaplah semua kami start bekerja pun minggu depanya..alhamdulillah berkat perancangan awal balik kl jerk rumah dah sedia almost lengkap syukur kira balik kl terus fully tanggungjawab sebagai wife dapat dilaksanakan..
aku tak sangka pun aku akan mengandung terus iyerlah aku nie disifatkan sebagai irregular period..last period aku bulan 6..hahaha gila kan aku pun pelik dengan diri aku huhhu.
2minggu selepas naik kerja aku start penat rasa letih pastu ada satu hari tuh aku demam teruk secara tiba2..en garang memang take care siap beli ubat suruh makan..esoknya dia paksa aku pergi klinik 29/9/2014...pergi klinik semua ambil darah doktor dengar baru kahwin suruh aku jalani UPT Test untuk tengok mana tahu pregnant.. aku adoyai...lama kowt nak amik test semua tapi redha jerklah..sekali dah siap test semua yang memeranjatkan aku suspek denggi rupanya dan keputusan pregnantcy test aku NEGATIVE... ok NEGATIVE ok..see nampak tak sedikit sedih disitu walaupun kami tak berharap sebab baru lagi kan..tapi kalau ada alhamdulillah ye dok..ermmm aku sedikit risau yerlah aku 2kali kena denggi dalam setahun itu membahayakan tau sebab kat situ boleh tahu imunisasi badan tak kuat..takperlah aku redha.so aku jalani kehidupan macam biasa..
nak jadi cerita ada satu kejohanan futsal pada awal bulan 11 iaitu pada 5/11/13 so aku nie semangat lah ye dok dah namapun kaki sukan kebetulan en garang pun memang main jugak..dia pada mulanya tak bg aku main tapi dah aku degil dia bagi jugak.. aku pun konon kononya start lah trainning dalam pada masa trainning tuh aku start rasa lain macam..rasa penat letih dan rasa nak makan jerk..dalam hati mengandung ker?tapi aku diam jerk sebab tengah semangat sukan..dalam hati takut jugak..kalau mengandung aku bersukan futsal plak tuh..adoyai..ntah macamana sebab takut 29/10/14 aku cakap en garang jomlah kita pergi cek kat klinik sebab sehari sebelum tuh aku rasa pening jerk.. jadi subuh  29/10/14 aku cek dulu guna upt yang en garang ambil kat kawan dia ermm cek2 tgk mengandung dah eksited cuma tak tahu berapa minggu sempat lah snap gambar..tuh yang tambah semangat nak pergi klinik en garang teman bawa aku ke Poliklinik Tanglin ermm pergi lah aku jumpa Dr.. Dr cakap dengan aku mengandung ker aku cakap tak tahu sebab tgk last rekod negative kan..padahal nak double comfirmation Dr kata takperlah kita test lagi sekali..Tup2 bila test alhamdulillah mengandung masuk jumpa Dr .. Dr tanya last period bila aku cakap bulan 6..dia belek2 kalendar mengandung kira macam aku mengandung 4 bulan.. Eh mana boleh aku kahwin pun bulan 8 aku cakap lah period aku tak regular mana boleh.. dia kata takper dia bagi appointment dengan KKIA Tanglin aku ok..aku turun pergi KKIA dia kata kena booking tarikh.. so sebab kenal dia bagi tarikh 30/10/14..suruh bawak salinan KP suami dan sijil nikah konon nak buka buku terus..aku ok lah.
Balik tuh terus bgtahu En garang aku mengandung dia happy tapi still blur iyerlah bulan lepas tak pastu tup2 cek Dr kata dah 4 bulan..so marilah kita tunggu esok sebab esok dia akan scan semuanya..
30/10/14
 awal2 pagi lagi kami ke klinik en garang teman.sampai KKIA dia suruh pergi ambil darah ambil air kencing lagi sekali..dah dapat result aku jumpa Jururawat dia bagi penerangan tentang pregnant semua aku dengar jerlah angguk2 ntah apa aku fikir ntah yang aku tahu aku nak cepat jer lama gila kowt..tgk dia buka buku merah erm comfirm lah pregnant cuma en garang nak kepastian berapa bulan semua iyerlah pentingkan semua tuh..aku pun cakap kat nurse tuh yang aku IRREGULAR PERIOD so aku cakap aku punya tarikh bersalin tuh salah.. dia kata yer ker.. so dia cakap nak scan kena tanya Dr sebab takut Dr banyak appointment dan alhamdulillah dapat jugak..nurse suruh aku tunggu kat luar dan minum air masak banyak2 sebab nak scan.aku suruh en garang belikan air mineral...dah minum air semua Dr panggil masuk bilik
aku dah berdebar dah... dia tanya sikit2 lepastuh dia suruh baring nak scan..dah get ready semua dia tanya bawa suami tak?aku cakap ada..dia tanya nama aku jawab ZULFAHIZAN ermm aku rasa semacam jerk sekali Dr buka pintu panggil nama suami aku...aku rasa segan jerk yerlah kita terbaring pastu suami dipanggil aduh....Dr terang dekat dia apa dia nak buat pada aku kemudian dia scan..bila dia jalankan jerk benda tuh kat perut aku..sekali nampak kantung kecik....kecik sangat besar biji sawi jerk tau..Dr terus cakap pada suami aku nampak tak pada skrin..itulah baby Dr suruh tengok aku tgk suami aku happy giler aku tgk mata dia bergenang..tak taulah nak nangis ker apa..siap cakap kat Dr boleh tangkap gambar tak? Dr kata patut tak boleh tapi dia bagi mungkin sebab nampak suami aku eksited kowt..tapi kalau nak tahu dia dah snap banyak kali dah kat belakang tuh... Dr ucap tahniah dan bila dikira balik aku baru awal pregnant baru 6minggu waktu tuh kira sebulan lebih...patut buka buku 4 bulan..tapi dah kekeliruan aku buka buku awal hahaahha..awal buka jadi banyak kali lah ke klinik..redha jerk lah..so tarikh bersalin aku pada ketika tuh 9/6/2015.. tapi Dr kata tak comfirm lagi tunggu next visit mungkin akan dapat lebih tepat lagi...
keluar jerk dari bilik Dr tak tahu nak cakap macamana...suami isteri diam jerk tapi dalam hati fuhhhhhhhhh happy weh nak jadi abah dan ibu...
balik tuh terus suami bawa makan...terus hantar rumah rehat.
malam tuh dah start sembang2 pasal baby tgk balik gambar scan...

alhamdulillah happy..syukur padamu ya allah....
i love you..sambung next story..ada kejadian pulak..

Sunday, 7 December 2014

8/12/14 - #30 #thankabg

alhamdulillah syukur dipanjangkan umur...
8/12/84-8/12/14 - 30 tahun hurmmm terima kasih ya allah bagi aku menumpang di bumi mu..memberiku nikmat pelbagai rasa kehidupan bergelar hamba.hari ini ku masih bernafas dibumimu.. diberi kebahagiaan disamping insan -insan yang tersayang terima kasih YA ALLAH SWT...

Salam.. harinie genap hari lahirku 30tahun ermm tua dah rasa.. dapat ucapan pun selamat hari tua..kesian kan..bagilah ucapan bernas ckit kan tapi takperlah ada ucapan jugak kan..melalui kad kecil atas tv huhuh..
ada kisah disebalik ini hahaah..kesian en garang..

semalam kita kerja 7/12/14 ahad huhuh bangla pun cuti en garang ada job biasalah cari duit lebih
nak jadi cerita sehari sebelum kejadian hari sabtu malam..en garang ajak pg jalan2 kat jusco katanya...aku memeang dah lapar sebab sabtu tuh aku kerja en garang pun kerja..malam tuh kebetulan en garang ada nak jumpa kawan dia aku pulak tekak terasa nak makan char kuew teow en garang nak jumpa pulak dalam kul 10 masa awal lagi..en garang ajak jalan2 kat jusco area umah kami..aku dalam hati nak buat apa aku bukan ada nak beli pun plus duit bukan ada pun..untuk makan adalah.. cuma dalam hati boleh kowt nak tgk kasut kowt2 ada murah dalam harga 20 untuk di buat pergi kerja dan jalan..yerlah mengandung nie rasa penat jalan pakai kasut bertumit....sampai jusco aku rasa takder apa pun menarik lagipun tujuan aku kuar sebab lapar..pgi jusco rasa macam tkder mood jerk aku jalan lah tgk2 baju mengandung mak aiii mahal kowt walaupun ada sale.lupakan jerklah pakai jerlah sehelai baju yang en garang belikan tuh..sedih kan..yerlah masa nie nak suruh en garang belikan pun kena fikir baju mengandung mahal2 kowt sedihhh tau..
aku jalan usha jugak kasut semua mahal2.. tiba2 en garang sibuk pergi dekat tempat jam beria -ria tgk jam cakap dekat aku dua tiga kali aku serius memang aku pernah ingt time kahwin dia nak bg jam tapi dia belikan hp untuk aku..so takderlah dalam kepala otak aku dah target dah nie comfirm nak bg hadiah jam birthday aku.... yerlah en garang punya perangai cepat aku boleh baca mungkin sebab aku memang suka perhati cara dia kowt.aku memang buat tak tahu dia tunjuk2 pun aku tak pandang.bukan tak nak memang jam vincci kesayangan aku nie tali dah rosak tapi aku dalam kepala lebih kepada nak baju dan kasut baru iyerlah mengandungkan aku rasa macam selekeh jerk pergi kerja..
aku dari jauh tgk jerk en garang aku pulak duk sibuk2 test selipar asadi yerlah dalam hati nak jugak hahaah..
akhirnya aku beli jugak selipar jadilah kan...en garang punya ayat pgilah bayar kat kaunter aku dalam hati ceh..ingt nak tolong bayar...bukan mahal pun.tapi aku diamjerk..
balik dari jusco terus pergi jumpa kawan en garang ...
sampai umah kawan dia elok kawan dia makan rambutan aku memang satu ketika pernah teringin rambutan fikir takder aku beli yang dalam tin...hahahaha dapat jugak kan
nie kbetulan kawan dia kata kait kat pokok tapi buah pun dah takder sgt..en garang kait dapatlah setangkai..ermm rasa nikmat dapat makan... dalam hati ingt jugak en garang yang aku pernah teringin nak..
balik dari situ singgah kedai char kuew teow...
kat sini ada satu kisah....
untuk pengetahuan en garang memang jenis malas bawa kereta mental dia cepat koyak kalau hadap jem aku pun tak faham untuk apa marah2 tapi dah memang sifat kan terima jerk tapi malam tuh en garang aku suruh bawa kereta.iyerlah aku rasa mcm gentle kan kalau dia bawa tambah plak aku mengandung macam tak gentle bini perut boyot tapi drive laki duk sebelah sebelum korang kata laki aku baik aku cakap yer tak? ermm kejadian nie kali kedua tau berlaku dulu dah pernah sekali..parking di kedai nie ko kena menghadap longkang dan penghadang longkang tuh kalau tgk sekali imbas macam belah hujung jer ada belah depan takder...korang imagine sendiri lah longkang tuh guaner...tapi ini kali kedua okeh..en garang dulu parking dia boleh sodok penghadang longkang habis calar depan bumper kereta itu pengalaman pertama so kali nie aku harap dia beringat dan aku pun dalam kereta dah ingatkan ... dia masuk parking sekali senget...mula2 cakap biarlah lagipun parknig banyak aku dah sound tgk depan dia ok..sekali dah mati enjin dia kuar tgk senget dan bontot kereta terkeluar aku pun dah trun...eh dia boleh start balik enjin betulkan masuk elok2...aku ok lah tgk aku tgk dia brek dah..sekali sekilas aku toleh tgk kereta dah langgar penghadang longkang...
aku dah berkerut dahi...kuat hokey..habis no flat semua patah..dah lah aku yang buat no tuh masa mula-mula beli frust lah...en garang sifat dia kalau barang dia rosak org buat marah gila..siap muka2 tapi kali nie dia macam buat biasa aku memang betul rasa marah sebab benda dah cakap dan diingatkan..aku bisinglah dekat kedai makan dia boleh suruh aku diam..ermm aku order makan dia tak nak aku peduli apa aku makan jerk sumpah malam tuh sedap plak char kuew teow aku tak cakap kat dia..malas aku..sebab kereta tuh yang first buat calar pun dia..nama pun kereta dia ikut dia lah...aku tunggu dia betulkan flat sayang hoiiiiiiii duit dah lah mahal..
balik tuh aku diam jerk malas aku nak cakap sebab kalau dia buat aku tak marah mcm dia aku cool cuba kalau aku ermmm mesti ntah papa muka dia..
dalam kereta dia konon macam usik2 aku tapi aku buat bodoh jerk..biorler..huhuhuh
7/12/14 ahad..
aku kena kerja lagipun en garang pun ada dapat job ckit so baik aku kerja lagipun kerja memang banyak pagi tuh aku bawa kereta sampai ofis kawan dia amik dia dekat ofis aku... sambil nak turun pergi kerja dia suruh aku pergi servis kereta dengan tukar no flat aku macam eh2 kowt aku tapi bila aku macam melawan dia suruh fikir tanggungjawab aku malas nak bertekak..kalau ada aku tolong..
petang aku msg dia tanya kul brapa balik dia tak reply call kata kerja banyak aku nie nak cakap batery habis pun ssh..aku nak kuar pergi jalan2 aku tak berani takut dia menunggu aku sebab masing2 tak tahu kul brapa balik..aku turun dari ofis kul 6.30pm aku anggar kul 7.30 ada ermmm lama aku tunggu last2 aku tertidur dalam kereta dengan panas2 tuh hurmmm aku malas nak tgk muka dia kalau dia tunggu aku..kalau aku tunggu aku ok jerk..
alih2 dalam kul 8lebih aku tersedar tgk dia dah sampai dah sibuk2 cari aku kat ofis aku mamai2 kuar kereta dia terus tnya hp mana aku cakap batery habis..bg aku nak marah marahlah nak buat mcmana kan... tp dia diam jerk..dalam kereta otw balik dia tnya dah makan aku jawab blum iyerlah aku nie sejak kahwin dengan dia macam tak reti nak pergi mana2 tanpa dia..dah terbiasa kami terus balik..
sampai area rumah aku singgah kedai beli sabun basuh baju banyak tak basuh umah pun dah macam apa sejak kami kerja jerk skang..sabtu ahad pun kerja..
dah elok parking naik atas dia cakap nanti abg pergi beli makan aku ok jerk..tapi dalam pada masa tuh aku dah terfikir knp tak nak ajak aku..mesti nak pergi buat suprise untuk aku..
sampai umah dah mandi semua dia turun beli makan ..waktu dia turun aku baru basuhan pertama sampai aku hampir nak siap dia tak balik lagi setahu aku kedai kami selalu beli tuh cepat...aku dah fikir nie comfirm pg jusco beli jam..ntah kenapa rasa hati aku kuat..
dalam sejam lebih dia balik..aku pun makan dengan dia..
aku nampak en garang macam penat dah tapi dia tahan layan jugak aku tgk mentor dalam pada masa tuh dah nampak dia macam manja2 dan nantikan sesuatu..aku nie dah boleh agak dah..mesti tunggu jam 12 nak bagi hadiah..aku rileks jerk kebetulan plak mentor habis tepat jam 12mlm..
dah habis tuh aku dengar kat luar macam org berjalan denan cepat..aku kat bilik saja buat tidur padahal aku tunggu hahahaaha..aku kan gila tunggu org wish birthday haahah...aku dalam diri mengharapkan dia datang peluk aku cium aku dan bisik kat telinga happy birthday haahah aku kan romantik kah kah kah sekali dia masuk dia letak hadiah atas tv..pastu pura2 suruh aku tutup tv..aku dah tahu dah aku buat malas..sekali dia bgun buka lampu konon tak bagi aku tidur suruh tutup tv dulu padahal nak bgi aku nampak ada hadiah atas tv..paksa2 sampai tolak aku guna kaki aku aduh lain aku nak lain plak jadi paksa2 plak..aku trus bgn tidur bilik sebelah..dlm 10 minit dia dtg panggil aku hey hey hey...what...hari birthday panggil hey ..agak2 lah susah ker nak panggil syg..sedih tau..erm aku buat bodoh jerk sekali dia fedup yerlah nak suprise tak jadi pastu jadi ntah papa dia terus masuk tidur aku plak terus tak leh tidur dengan skang baby dah start rasa bergerak perut tak leh tertindih tidur kena selesa..aku masuk bilik balik dia sedar dia buat ayat plak suruh amik hp kat tv aku aduhhhhhhh dah tahu dah...last2 aku malas aku cakap ala abg nak suruh amik jam yang abg tunjuk kat jusco semalam kan..sy dah tahu lah..dia terus sakit hati amik selimut tutup muka..aku dalam hati..maaflah abg syg bukan tak hargai tapi syg tunggu wish abg kat telinga nie tak wish2 pun ... mana pelukan suami nie..hadiah tuh memang nak tapi sebab dah tahu bakal dapat apa..jadi tentulah suami..aku sejak mengandung suami memang rasa penting sehari kalau dia tak care rasa sedih tau...
hahaah kelakar kan...detik2 sebelum birthday aku...walaupun gaduh bengang marah tapi tuh suami aku..yang aku sayang...
pagi 8/12/14
siap2 nak pergi kerja lambat bgun sebab malam tadi kan tidur lewat tambah episod sedih2 lagi ermm aku ingt pagi tuh nak kiss dia nak ucap thanks..otak nak buat tp perbuatan tak buat mcmana?yerlah dah lambat kang nak romantik jadi kena marah plak sudahnya tak buat pun..aku tak buka lagi hadiah tuh sebab nak buka time rileks2 yerlah nak hargai pemberian suami walaupun aku tahu apa dia hahaha..
last2 sampai ofis msg dia bgthu..hurmmm thanks abg untuk sayang...harinie mood rasa rindu sgt kat abg tau..tak sabar nak balik dia pulak kata malam nie makan dgn abg..harap2 ada episod romantik hahaaha..aku kan nak romantik jerk iyerlah rindu saat bercinta so pas kahwin nie sebelum ada baby kita kasi romantik lah bersama2 yer dok...aduhhhh tak sabar nie nak balik nak jumpa abg..

tahun lepas kita tak kahwin tahun nie kita kahwin..tahun lepas kita jumpa gambar di bawah dalam hp dia tahun nie tak nak buat benda sweet lagi ker?
tahun 2013....sweet abg tahun nie? apapun sayang tetap sayang abg bnyk2 mucuk kita manja kita

nota: abg apapun jadi sayang tetap sayangkan abang tau maafkan sayang kalau ada salah silap dengan abang ,terima kasih ada untuk sayang.... love u MR ARROGANT.. ZULFAHIZAN ZAINUDDIN

Friday, 5 December 2014

last entry -my wedding diaries

marilah kiter merangkumi gambar majlis Pn Atol & En Garang .. kita tgk dari nikah dan majlis kedua -dua belah pihak moga ikatan ini berkekalan hendaknya sehingga ke jannahMU.. anugerah awal diterima ini sebagai pelengkap cinta kami.. KAWAN - SAHABAT - BERCINTA - BERKAHWIN - ALAM RUMAHTANGGA - BAKAL IBU&ABAH I LOVE U MR ARROGANT!!!! EN ZULFAHIZAN B ZAINUDDIN

entry #old-skull

rasanya..ke laut jugak mood aku nak entry wedding so mari kita lakukan entry bergambar jerklah bior gambar berbicara

bulan kiter..... (sweet sweet month)

nothing to sayyyyyyyyyy cuma nak beritahu.... >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>...