Monday, 5 October 2015

our little caliph

part 2

malam selepas ada tanda tuh aku dah jadi resah tapi still boleh bangun dan jalan dan jalan lagi sebab nak bagi cepat proses kelahiran katanya...dalam hati aku fikir keluarlah wahai anak kalau harinie tak bersalin esok hari terakhir sebab kalau tidak en garang dah kena balik kl..oh tidakkkkk memang dalam mengandung lagi aku niat nak dia disisi bukan apa nak dia saksikan betapa susahnya kelahiran zuriat itu..
dalam kepala nie asyik mata tengok jam..sebab biasanya jam 5 pagi nurse akan datang cek tekanan darah dan akan suruh pergi cek jantung baby..ala yang orang panggil CTG tuh..dalam pada masa tuh stress aku juga bertambah sebab en garang asyik duk tanya tak rasa sakit lagi ker bila nak bersalin dan macam2 persoalan lagi..adoyai stress... aku cakap kat en garang apa2 tunggu subuh sebab biasanya time tuh nurse akan checkup dan di ikuti doktor pakar cek pagi2.
dalam pada letih mengira detik habis satu wad aku tawaf dan macam2 cerita aku berkongsi sembang kosong sebenanrnya..bagi mengisi masa...setiap kali tgk orang dah nak masuk ke labour room hati ini rasa bila lah time aku..bukan apa kalau dah masuk labour room bagi aku dah cukup lega..huhuh diam sikit en garang dari pertanyaan pertanyaan yang merunsingkan..iyerlah nak bersalin manalah tahu bila dan bila yer dok.
dah lah sakit menahan...
dalam jam 5.30 am nurse datang kat katil dia terkejut tgk aku tk tidur..dia tanya sakit ker aku jawab dah kerap cikit sakit dia..nurse suruh cek CTG baby...aku pun pergilah dekat bilik CTG..dalam 20 minit buat CTG untuk cek jantung baby dan kontraksi..nurse cakap dah nampak kontraksi tapi sikit..apa sikit?adoyai aku dah rasa banyak kali dah kontraksi..aku dah stress jerk rasa..jalan balik ke katil termenung kawan2 semua dah tanya macamana?sebab kalau kita nak ditolak ke labour room jarum drip akan dipasang di tangan so kalau tak pasang maksudnya kontraksi masih kurang dan dalam erti kata lain lambat lagi nak bersalin..stress hoi..
rileks2 dalam kul 7.00 pagi doktor pakar and the gang datang dia tanya aku ada sakit aku cakap ada dan kerap..dia baca2 sekejap aku punya data sepanjang dapat rawatan kemudian dia cakap dia nak cek jalan..aku berdoa dalam hati minta lah ada jalan dan dipermudahkan sebab apa2 bergantung kepada doktor huhuhh..
doktor pakar tuh seluk tangan..bagi ibu2 mengandung memang dah faham erti seluk nie iaitu cara doktor2 cek bukaan pintu rahim wanita..bila dia seluk dia kata baru 2cm dan masih jauh cuma aku dah rasa kontraksi..kemudian bila dia tengok aku dah macam sedih dia kata "ok i buka kan jalan untuk u yer..sakit ckit tau" tahu apa dia buat dia masuk kan hampir kesemua jari2 dia..kalau sebelum nie 2 jari jer..sakitttttt kowt hanya mampu tarik nafas dalam2 jerk... selesai proses bukaan jalan dia cakap dekat aku.. "ok  bagi masa 7 jam dari sekarang u mesti bersalin" aku nie anggukan jerklah...kemudian dia cakap apa ntah dekat doktor2 dan nurse2 yang lain mungkin beritahu pasal aku kowt..dah siap tuh..aku masih boleh jalan2 lagi cuma dah terasa ngilu dah rasa di bawah perut..
aku bagitahu en garang ..pasal tuh dia kata ok apa2 call dia..dalam pukul 9.00 pagi macam tuh aku rasa lain jer.dalam hati rasa nak bersalin dah kowt..aku terus pergi mandi bagi aku senang kalau nak bersalin dah ready semua sebelum ke labour room.siap mandi aku masih lagi ok dan boleh borak2..dalam pada borak2 aku rasa kaki aku dah krem rasa sakit yang tak leh cakap yang datang sekejap2..aku tahan lagi.kawan2 dah cakap panggil nurse..aku cakap ok boleh tahan tapi lama2 aku kalah jugak panggil nurse.nurse suruh cek ctg baby selepas cek datang seorang doktor perempuan kata nak cek jalan..aduhhhh cek jalan lagi..bila dia cek jalan jerk tengok dah bukaan 4cm..doktor tuh bagi arahan dekat nurse suruh prepare sebab aku akan dihantar ke labour room dalam hati aku dah cakap..dah sampai masa dah nie.. takutnyaaaa..selesai doktor pasang jarum drip.nurse minta aku kemas barang2 baby dan apa yang nak di bawa ke labour room..kawan2 di wad dah ucapakan selamat bersalin dah..aku dah start rasa takut..aku call en garang cakap aku dah nak masuk labour room dia kata ok nanti dia datang..dia tengah sarapan dengan family aku katanya..
siap semua aku di tolak ke labour room oleh nurse yang bertugas
sampai labour room setelah baca no RN nama semua..nurse suruh naik atas katil..waktu tuh dah rasa mak aihhhh sejuk gila labour room nie..hap kecil ku sentiasa di tangan..dan juga kain kecik untuk menahan kesakitan nanti.aku sentiasa bersms dengan en garang tentang situasi aku..
dalam hati...sentiasa zikir "lailahaila anta subha naka inni kuntum minal zolimin" berulang2 kali dibibir...
waktu nie aku masih lagi boleh rileks huhuhhuhu...
nak tengok waktu aku tak rileks..sambung part 3 yer huhuhhuhu

bulan kiter..... (sweet sweet month)

nothing to sayyyyyyyyyy cuma nak beritahu.... >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>...