Monday, 29 December 2014

Birthday abah

salam semua lama tak update tuan blog cuti...nak balik ipoh sambut birthday abah katanya bukan setakat tuh dengan kerja2 sekali tak datang haahahah..sebenarnya penat dan malas dah nak hadap kerja bayangkan dah beberapa bulan asyik kerja balik lewat jerk badan rasa tak leh bawa..kalau kuat pun sebab tahan jerkkkk
untuk makluman birthday abah kita 25/12/ tau hari krismas kebetulan semua cuti..memang saja tak balik kan... en garang tak dapat balik kerja...opsss standby kang cakap kerja cakap aku tipu plak..krismas kan cuti..so standby...en garang kan orang baru so bagi peluang pada orang yang nak sambung menyambung cuti nie..heheeh macam aku nie haaaa..kan cuti lama sampai ayat en garang awak macam lama jerk tak masuk ofis...saya qada lah..saya dah penat hari2 ngadap akaun ..ngadap benda nak bayar..ngadap amaun juta2 kalau duit sendiri takper duit kerajaan semua "on paper " orang kata...
haahaah dah melalut tajuk birthday abah macam tajuk cuti jerk...cerita bab birthday abah nie banyak sebenarnya sebab kami adik beradik semua berkumpul dan yang bestnya tahun nie menantu perempuan abah belanja semua pergi peneng...yeay....

untuk entry nie kita sambung kemudian yerp..sebab banyak nak throwback dan letak picture.

untuk abah:
atul doakan abah panjang umur murah rezeki diberi kesihatan yang baik..maafkan atul kalau atul selalu sakitkan hati abah dalam sedar atau tidak.atul tahu abah sayang atul dari gerak mata abah pertanyaan abah..walaupun kadang2 banyak benda atul sorok demi tidak menyusahkan hati abah namun atul tahu abah dapat agak atul punya masalah..dalam diam abah baca pergerakan dan gerak geri atul..tahun 2014...umur abah 61tahun...abah kerapkali ungkap dah sampai waktu dah..abah atul belum sanggup kehilangan abah walaupun atul tahu kita semua pasti menghadap ilahi bila waktu tiba..namun atul berdoa berikan atul kasih sayang abah lagi...masih terasa abah peluk atul waktu atul nak balik kl..selepas hampir seminggu atul di kampung ..banyak kali abah tanya atul ada duit ker...abah ok kalau atul tak bagi pape janji atul balik..walau tiada ucapan indah tapi genangan airmata abah atul tahu abah terharu.. terima kasih abah...tahun nie abah jadi wali atul lepaskan atul kepada yang berhak..walaupun abah dah lepas tanggungjawab abah kepada menantu abah tetapi atul sebagai anak tetap bertanggungjawab sebagai anak terhadap abah...apapun atul gembira di usia 61tahun abah masih kuat masih sihat..dan yang best abah yang memandu di semua perjalanan sepanjang kita bercuti..abah happy dengan apa yang abah lakukan...

Monday, 22 December 2014

Apa Lagi?

salam .. didatangi dengan cerita yang aku sendiri rasa sedih ..
bila seorang lelaki bujang berkahwin dengan seorang perempuan yang ada anak ... yang sedang belajar erti kasih sayang ibu dan ayah .. anak kecil tinggal bersama ayah kerana ibu dia belum mampu dan stabil dalam erti kata lain tengah bersedia untuk menjaga anak kecil itu sepenuhnya.ibu berkahwin dengan seorang lelaki bujang tetapi sebelum berkahwin telah dijelaskan dia mempunyai seorang anak kecil dan telah memberi peluang untuk lelaki itu berfikir samada meneruskan hubungan atau tidak namun lelaki itu bersungguh untuk meneruskan dan pada pandangan perempuan itu lelaki itu bersedia menerima siapa dia seadanya dan juga bersedia fizikal dan mental untuk sama2 menjaga anak tersebut bukan dari segi kasih sayang tetapi wang ringgit.
perempuan itu berkahwin dengan lelaki tersebut.dihari perkahwinan mereka anak kecil itu tidak dibawa walhal anak kecil itu nak sangat melihat ibunya berkahwin.perempuan itu tidak mahu anak kecil itu merasa tersisih bila melihat ibu dan abah dia bersanding dan sebenarnya perempuan itu sedih mengenang nasib anak kecil dia.perempuan itu pendam semua sedih dia demi memikirkan selepas ini tentu lebih baik..
perempuan itu memilih lelaki bujang ini kerana beranggapan di mempunyai sikap tanggungjawab,ada asas agama dan berharap dapat membimbing dia dan anak kecil dia nanti kerana perempuan ini mempunya masa silam tersendiri.dan si ayah yang membantu perempuan ini selama ini terus menjaga anak kecil ini walaupun hatinya sakit kerana perempuan ini tidak memilih dia untuk membina keluarga.dan semestinya perempuan ini mempunyai sebab mengapa tidak memilih dia.namun sudah menjadi sikap perempuan ini tidak suka hidupnya di ganggu di pertikai dan seboleh boleh dia ingin menjaga hati semua orang yang baik denganya dengan mengetepikan perasaan dia sendiri..walaupun perempuan ini dah berkahwin seboleh boleh dia cuba menjadi isteri yang sebaiknya..sanggup ketepikan perasaan rindu seorang ibu demi menjaga hubungan dengan suaminya.tidak mahu timbul fitnah kalau masih pergi ke rumah lelaki itu tinggal bersama anak kecil beliau.
sekali sekala dia akan call untuk tanya khabar anak dan perkembangan anak.itupun hanya melalui panggilan sebab memikirkan hati suaminya perlu dijaga.
kadangkala bila ada perkembangan yang baik tentang anak kecil dia jarang nak cerita dengan suaminya kerana suami dia bersikap acuh tak acuh dan jarang nak tanya pasal perkembangan anak hanya kerana pernah satu ketika bila anak kecil itu tidak mahu bersalam dan memanggil beliau abah..dengan si kecil itu dia membuat musuh..padahal boleh diajar kerana sekarang adalah proses pembelajaran..tetapi lelaki itu tegas dengan pendirian sejak kecil lah kena ajar..kita yang besar nie pun masih salah padahal sudah diajar dari kecil apalah sangat budak kecil yang beru 5tahun hidup didunia berbanding kita.sudahlah membesar seorang diri,tanpa pengawasan...bila ibu itu mengenang dia kerap menangis sendiri..tetapi apalah daya si ibu antara suami dan anak sama2 menuntut kasih sayang dan ketaatan.
dalam hati ibu selalu memujuk insyallah nanti akan ok..tetapi sehingga dah beberapa bulan masih seperti biasa..dari mulut suaminya tak pernah nak tanya pasal anak kecil,kerisauan kepada anak kecil duduk seorang diri ,membesar tanpa kasih sayang sepenuhnya dan ini anak kecil itu akan bersekolah tidak lama lagi..si ibu pening memikirkan yuran,pakaian sekolah tetapi si ibu hanya diam malas nak bercerita biarlah penat kerja ot siang malam janji cukup untuk keperluan anak.dah 3minggu si ibu tak jumpa anaknya..dan selama itulah suami tak pernah tanya pasal anak kecil..jikalau bercerita pasal anak kecil pun pasti tiada jawapan hanya biar macam tuh sahaja.kadangkala si ibu nak juga suami dia menawarkan diri untuk menghadiahkan si anak beg ker atau bayar yuran sekolah ker..tapi dalan hati ibu tidak mengharapkan sebab tahu kedudukan suami dia.namun bila suami kerap bertanyakan kenapa lelaki yang menjaga anak kecil itu kerap telefon dia seolah -olah cemburu..bagi perempuan itu tidak perlu cemburu kerana perempuan itu telah sedaya upaya menjaga diri agar tidak timbul fitnah berhubung melalui telefon pun hanya untk pasal si anak kecil dan pasal sekolah yang bakal tiba.tidak ada mengena dengan hubungan yang lain2...kerana bagi si ibu yang penting hanya kegembiraan anak kecil dia...apa yang membuat anak kecil dia gembira itulah kegembiraan si ibu walaupun kadangkala akan menghiris jiwa ibu sendiri..
mengapa ibu tak meluahkan kepada suami?kerana bagi si ibu kalau meluahkan boleh mengeruhkan hubungan baiklah dia mendiamkan demi kebahagiaan semua..cuti sekolah ini tidak sekalipin si anak kecil di bawa berjalan oleh si ibu mujurlah anak kecil itu balik kg adalah kegembiraan sikecil..bila semalam lelaki itu call untuk bagi anak kecil itu bercakap dengan ibu pasal baju sekolah semua..gembira hati ibu iyerlah dah lama tak bercakap... namun pagi ini bila suami tengok call register hp si isteri boleh suami nak curiga dengan isteri..hati isteri mana mampu bersabar lagi... isteri malas nak bertekak pagi2 hanya diam..air mata boleh di tangisi di mana jua..janji anak kecil dia gembira..esok ibu akan ambil anak kecil itu untuk di bawa pulang ke kampung untk menghabiskan masa bersama...bagi ibu ini masa untuk kegembiraan si kecil...sebab ibu selalu fikir andai dia pergi dulu..macamana nasib si kecil itu....

4month checkup (pengalaman minum air gula)

salam semua..
22/12/2014

yeay pagi nie checkup....kan last cerita harituh en garang tak sempat nak tgk baby scan..so harinie dapat dia tgk heheeh..tapi sebenarnya lebih aku nak cerita pasal pengalaman minum air gula.
21/12/2014 tepat 10mlm dah kena puasa  tau..
petang lagi aku dah makan nasi..aku sumbat macam2 konon bagi kenyang iyerlah nak puasa sampai esok nak amik darah nak minum air gula lagi.. nak tunggu sampai 2jam hoiii jenuh kowt.
pagi pukul 8am aku dah sampai makmal terus daftar.alhamdulillah orang tak ramai cuti sekolah pulak kan..kejap jerk. dah panggil nama untuk ambil darah dan minum air gula.
sebelum aku minum macam2 orang duk cerita dekat aku pasal minum air gula nie konon muntah lah macam2..aku fikir nak elak jerk minum tapi elak pun nanti2 tetap kena minum jugak so set jerklah minda minum jangan sampai muntah.
hari nie ntah macamana amik darah sampai 3kali darah tak mau keluar dah lah aku jenis susah amik darah urat halus katanya..harap badan jerk besor urat halusss heheeh.. dah settle amik darah nurse tunjuk akak tuh air gula akak minum yer sekali tgk cawan..besornyer...aku tgk dia letak perisa oren..bolehlah aku kosongkan fikiran jangan duk ingat kata org yang suruh telan sekali gus..gila ko besar tuh cawan nak telan sekali gus mati tersedak pulak aku kang...masuk jerk tekak gula tuh meresap kat pipi kembang jugak tapi aku control minum pelan2 akhirnya berjaya kowt..settle minum aku duk kat luar sebab tunggu 2jam.

sekali..dalam 5minit nah kau kepala rasa pening gila mulut dah pijar rasa nak muntah sebab gula daapt rasa dalam mulut..sekali tgk en garang datang bawa air mineral..aku control tau takut muntah padahal tgk muka dia macam2 nak ngadu..terus aku ajak dia duk jauh ckit sebab bau rasa mual jerk..nak minum air mineral takut nurse nampak takut muntah plak.nasib en garang teman..lama lagi masa nak tunggu 2jam.sekali dia ajak teman dia makan tuh pun dia berkira2 jugak takut kesian tgk dia makan.tapi fikir aku dari muntah kena minum balik baik tengok dia makan so boleh bungkus dah lepas amik darah lagi sekali boleh makan btul tak?
kami pergi minum..lepak2 semua keja jerk rasa..sampai klinik tunggu jap terus amik darah balik.dah siap terus pergi KKIA sebab kena jumpa Dr nak scan baby..haaa bab nie lah en garang eksaited iyerlah nak tgk baby dia..rindu baby la tuh..kebetulan kejap jerk klinik takder orang...
samapi jerk daftar terus scan alhamdulillah aku tak der alahan apa2 segar jer orang kata penat pun disebabkan kerja aku yang banyak..hehehehe bila scan Dr panggil en garang masuk nampak muka dia happy.. Dr tunjuk semua kepala,badan,punggung,kaki,tangan huhuhhu tanya Dr dah lengkapker baby kami?dia kata dah cukup semuanya...Alhamdulillah ...waktu scan kedudukan baby macam sujud..tgk jam pukul 10.30am..aku senyum2 keluar dari jumpa Dr aku usik en garang ..baby abang solat dhuha yer?heheeh syukur sangat tau..dah makin besar baby kami...ibu dan abah tak sabar tau...untuk baby ibu dan abah membesar dengan sihat yer ibu dan abah tunggu baby keluar tau...

love you...so much en garang thanks teman kita harinie...

Friday, 19 December 2014

privasi dimana?

manusia datang atas rasa hormat menghormati
bila dua insan yang tidak mengenali bergabung menjadi satu bukan semua akan bersatu
ikatan halal mungkin bergabung namun rasa , jiwa , fikiran tak mungkin bergabung yang bergabung cuma zarah2 kecil dalam ertikata melengkapi..
kita mungkin merasakan kita berhak tahu kita berhak mengambil tahu..namun kita juga perlu memberi sedikit ruang privasi untuk mereka untuk dia menyelesaikan dengan cara MEREKA bukan dengan cara menghukum.
adakah kita tidak yakin dengan jiwa mereka hati mereka ? Mengapa? tentu sebab kita sendiri belum cukup membahagiakanya.. diam mereka bukan beeerti puas dengan cara kita,ketawa mereka bukan beerti mereka rasa lucu dengan omongan kita tapi kerana mereka berfikir satu kebahagiaan perlu di cari perlu dibahagi..bukan di galas sendiri...

Thursday, 18 December 2014

OOOOmok kiter..

salam...kiter rindu oooomok kiter hagemaru kita kah kah kah.. hagemaru kita sweet
sejak seminggu nieeeee kiter suker!!! walaupun muka garang garang dan garang

Tuesday, 16 December 2014

mommy journey

salam semua mari kita sambung entry mommy yer..

27/11/14....
hari checkup..selepas sebulan..
pagi tuh macam biasa bangun siap2 pergi kerja sebab klinik dekat dengan ofis . dalam 7.15am kami keluar rumah iyerlah dari bandar mahkota cheras ke tempat keje almost 40minit jugak tau itu pun ikut keadaan trafic entahlah sejak projek mrt nie kejap jem kejap elok aku pun tak paham tapi senang cerita tak nak terkejar2 dalam 7.15am elok keluar rumah kan...lagipun naik motor kan.. naik motor?naik motor? huhuhhu
jalan jem ok mommy malas bawa kereta doakan yerr...
tapi itulah nak jadi cerita, waktu keluar rumah elok depan jusco ntah macamana boleh ada satu kereta di pandu oleh budak perempuan boleh cross dari kiri ke kanan..kami di lane kanan..apalagi en garang tak sempat brake terus langgar belakang kereta tuh apalagi melambunglah dia dgn aku nie..nasib dapat laki tinggi dan gagah huhhuh.. dapat tahan motor dan aku tak jatuh tak dapat bayang kalau aku jatuh..dengan kandungan baru berusia 12minggu..dan ada lebih kurang 2 motor dan 3biji kereta di belakang..nasib menyebelahi kami...
part takut.....
en garang terus turun motor dia tak peduli dah jem ke apa kat belakang tuh terus suruh perempuan tuh turun aku risau dah takut suami aku macam kiki stereng tuh.. hahaah iyerlah dia kalau dah marah ikut hati dia jerk..aku tahu dia marah sangat sebab aku mengandung kowt.perempuan tuh tak nak turun dan berkeras aku tgk en garang dah marah2..orang ramai dah minta kami ketepi..en garang cakap kat perempuan tuh sekali kereta dia tak leh start pulak...ermm en garang lah pulak tolong haahah iyerlah kereta auto kaalu gear dekat D manalah boleh start huhuhh... lagipun aku tengok perempuan tuh dah gelabah..aku serius diam jerk malas nak campur lah.aku tak suka nak marah2 pagi2 boleh hilang mood satu hari.lagipun aku risau kandungan...sebab kaki aku lebam,perut rasa sakit ckit..risau sgt.nasib harinie checkup dan scan.hati nie tak sabar nak tgk baby.
dah park kat tepi jalan en garang sambung gaduh dengan perempuan tuh ermmm budak lagi nak mintak bayar pun takder duit..ermm aku fikir tgk motor en garang ok jerk cuma pecah ckit dan raga tak elok lah..tapi bagi aku sikit jerk tuh..aku tahu en garang lebih kepada risau aku mengandung..berapa kali duk cakap kat perempuan tuh aku mengandung...nasib budak tuh tak balas dah tahu mengandung kenapa naik motor?hahahaha..kalau tak mau kena hempuk dengan helmet budak tuh.
budak tuh kata nak tunggu ayah dia..tunggu dalam 15minit takder apa jugak..aku cakap dahlah nanti lambat checkup..budak perempuan tuh duk dalam kereta takut kowt..malas nak tunggu aku cakap jom jerklah ... en garang fikir macam tak ada guna jerk...
part paling best nak bla..en garang boleh kata kat aku awak pergilah cakap kat budak tuh takperlah kita jalan dulu..kira settle lah.aik tadi dia marah2 time tang cakap suruh aku..malas nak gaduh laki bini..aku pergi kat budak tuh...takperlah dik akak nak cepat akak nak checkup lagi budak tuh ulang kali cakap mintak maaf akak..hahaha akak ok jerklah dik..yang marah ituha...en garang..aku senyum jerklah kadangkala memang kita marah pada awalnya tapi dah lama2 kita pun cool so tak guna nak bertegang leher semua...

sampai klinik dalam jam 8.30am... en garang tak leh teman sebab tempat kerja baru cuma dia pesan papa bgtahu..aku kena amik darah dan kencing..ujian yang selalu kena hadap..tengah tunggu kat makmal dia dtg hantar makanan...dia tanya bila scan aku kata lambat iyerlah result tak dpt lgi selalu lama...eh eh alih2 elok dia balik result dapat..alhamdulillah semua tgk pada result darah dan air kencing cuma ada lah kurang di beberapa part dan kena banyak makan benda berkhasiat.
bagi result pada nurse dia kata tunggu nak scan.dalam 5 minit Dr panggil nak scan aku cerita kat Dr aku baru accident Dr terkejut..dia cepat2 buat scan ermm betul lah baby aku terkejut Dr susah nak scan sebab dia asyik bergerak aku pun dapat tgk..last2 Dr snap jerk mana yang dapat..konon Dr nak bagi kedudukan dia melentang dapatlah jugak..Dr kata rahim ada nampak bengkak ckit tapi alhamdulillah semua ok Dr pesan berhati2...syukur semua selamat..tapi en garang tak dapat tgk scan baby frust dia..
keluar nurse suruh timbang berat..sekali berat turun,nurse tanya tak makan ker?aku cakap ok jerk takder papa alahan makan elok jerk nurse pesan suruh makan bagi naik berat paling kurang 500g sebulan..aku cakap dalam hati kang mau berkilo2 naik korang marah pulak hahaah...

dah settle semua en garang call kata nak dtg tgk scan.aku cakap aku dah settle semua..frust dia aku kata next checkup lah pulak..tapi dia bersyukur aku selamat.petang tuh balik kerja aku call mak dan mak mertua aku..semua terkejut dan pesan jangan naik motor tapi......tak boleh mak kl nie jem...last2 pesan hati2 jerklah..huhuhuh..itulah kisah mommy hope everything dipermudahkan... i love my hubby haahaha.

bulan kiter..... (sweet sweet month)

nothing to sayyyyyyyyyy cuma nak beritahu.... >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>...