Thursday, 29 January 2015

risau

harinie balik...ipoh,gerik....ntlah tak sabar nak tgk abah..mak kata abah ok tapi selagi tak tgk depan mata
hati nie risau..sgt2

Ya Allah permudahkan urusan familyku..sembuhkanlah abahku....

Wednesday, 28 January 2015

aku rindu...

sungguh aku rindu....
rindu sgt..pada dia mungkin memori itu sikit tapi di dalam pc yang aku luahkan setiap hari tersimpan beratus2 gambar kami dahulu...air mata mesti tumpah bila melihatnya....sungguh aku rindu dia...
bukan aku sengaja menjauh tetapi aku harap sangat dia mengerti apa yang berlaku...aku jua memohon maaf andai aku jua salah mungkin telah mengabaikan dia,tak jadi isteri seperti dia mahukan,tidak dapat memenuhi kehendak dia yang ingin senang...tapi insyallah berkongsi itu tidak akan merugikan mungkin hari ini aku memerlukan bantuan mu..mana tahu, akan datang allah swt berikan aku rezeki yang tidak dijangka dan aku pula dapat membantumu..doakan aku kearah itu yer...
andai diri ini menjauh dekatkanlah dirimu..aku sayang kepadamu...dibelakangmu aku jua menangis merinduimu..sayang aku kasih aku tak pernah kurang...aku suka mengenang sewaktu dulu denganmu...
entahlah....

kalau tgk gambar nie aku selalu senyum...sorang2 kisah air panas rindu sgt tgk gmbr nie...abg nampak happy je

abg ukir nama Zul Tawai erk..? ingt org dulu2 jer suka conteng pokok...abg pun suka..hehehehe memori sgt kan.


untuk abg....

Saya rindu ...
lagu ini khas untuk abg.... sebab syg memang sentiasa memerlukan abg
saat saya keluar rumah pagi tadi sepanjang perjalanan saya ingt abg... dan saat lagu nie keluar mmg betul2 apa yang lirik ini lagukan sayang memang perlukanMU.. Love u

BUAT AKU TERSENYUM

Datanglah Sayang Dan Biarkan Aku Berbaring
Di Pelukanmu,walaupun 'tuk Sejenak
Usaplah Dahiku Dan Kan Kukatakan Semua

Reff 1:
Bilaku Lelah Tetaplah Di Sini
Jangan Tinggalkan Aku Sendiri
Bilaku Marah Biarkan Ku Bersandar
Jangan Kau Pergi Untuk Menghindar
Rasakan Resahku Dan Buat Aku Tersenyum
Dengan Canda Tawamu,walaupun Tuk Sekejap
Kar'na Hanya Engkaulah Yang Sangggup Redakan Aku

Reff: Kar'na Engkaulah Satu-satunya Untukku
Dan Pastikan Kita Selalu Bersama
Kar'na Dirimulah Yang Sanggup Mengerti Aku
Dalam Susah Maupun Senang
Brigde:
Dapatkah Engkau Selalu Menjagaku
Dan Mampukah Engkau Mempertahankanku ...
Kembali Ke: Reff 1

Penat...

tak tahulah mungkin aku harus pergi...hati ini dah rasa sepi mengenang masa lalu membuat aku kuat...tahu satu ketika pernah ada kegembiraan kerana adanya duit dan kesenangan walaupun tidak halal...
aku akur dan redha mungkin kami bahagia kerana duit tapi bukan kerana cinta..
aku nak melupakan semua nie...tapi memori terlalu banyak..separuh dari badan aku pun zuriat dia yang kubawa...aku tak tahu apa lagi perlu ku lakukan...menangis ,meraung ,merintih pun hanya untuk apa kerana apa?untuk apa?adakah ia boleh berubah?bagiku mungkin harapan kegembiraan dia bukan denganku...
nthlah...adakah aku ego...tidak sejak bergelar isteri aku tak letak ego di depan sebab aku terlalu kasihkan dia....tapi semakin lama...aku makin menjauh dengan dia..bila di imbas gambar lama sungguh aku rindu...aku rindu dia yang dulu..aku tahu dulu dia tulus denganku...tapi jgn rindu aku yang lalu kerana aku dulu bukan isterimu masih bebas berkawan sehingga aku sah milikmu...
detik 7/6/14 saat org tuamu datang menemui keluargaku...dalam hatiku nekad hanya padamu aku setia aku kasih dan aku akan sayang kamu dan familymu seperti aku kasih pada keluarga sendiri..dan bila lafaz takliq 30/8/2014 kau lafazkan aku milikmu..hanya syukur kupanjatkan kerana kita berjaya dalam harungi fasa percintaan yang ibarat tidak dapat dipisahkan dan kadangkala membuat aku takut jadi benda yang memalukan family kita..alhamdulillah kita berjaya...namun angan2 tak selalu indah..kata2 orang suami isteri berkongsi suka duka susah senang bagi aku inilah rasanya sekarang....entahlah kuatkanlah hati tabahkanlah jiwa....menghadapi hari2 mendatang apa saja yang terlafaz terlarih aku redha...
aku harap luahan hati aku disini tidak disalah anggap bukan ungkit bukan menyalahkan dia tapi memohon sedikit pengertian dan lebih memahami kedudukan isteri darimu insan yang bergelar suamiku...

buat suamiku....tgk renung lihatlah gambar ini fikir saat ini dan tarikh nie kat mana dan apa ada dalam hatimu......siapa dirimu dan apa matlamatmu terhadapku...tarik nafas dalam2 dan fikir apa yang jadi dengan kita sekarang adakah masih ceria seperti ini???
apapun....aku tetap menyayangimu sungguhpun aku nampak semakin menjauh darimu...
aku masih ingat pada ayat : kalau nak kawan dengan saya jgn pakai skirt lg....

airmata jangan tumpah terlalu banyak aku menangis...


Tuesday, 27 January 2015

hancur rasa

pernah tak rasa hancur hati,rasa pedih sgt bila org yang paling hampir dengan kita tidak memahami malah tidak dapat membantu terhadap diri kita malahan bertanya kembali apa yang kita cakapkan luahkan dan meragui apa yang kita cakapkan.aku tak faham dari segi ni sebab bagi aku mempercayai pasangan lagi penting dari kawan2..betul aku cakap waktu percintaan bagi aku,boleh kita main2 sebab tak melibatkan family tak melibatkan maruah keluarga tapi bila dah kahwin buruk baik terpalit nama family,terjadi sesuatu akan keruhkan lagi keadaan hubungan baik mesti renggang..ntahlah aku susah nak cakap..
bila perkahwinan nie dianggap mudah..seolah olah melepaskan tanggungjawab yang nampak remeh tapi besar bagi aku..
tak malu rasanya aku memang "broke" skang istilah lain memang pokai..tiada apa2 tiada simpanan kerana aku perlu dahulukan mana yang penting bagi aku,kadangkala nampak macam tak masuk akal..tapi kalau itu hakikat yang tak masuk akal tu lah aku kena hadap dengan hati lapang walaupun perit sebenarnya...
dari segi kewangan nampak macam aku bergaji besar tetapi lumrah kakitangan kerajaan hutang mesti ada...dan aku bukanlah anggota baru kerja yang baru nak hidup aku dah bekerja lebih 10 tahun...aku pernah menjadi satu2nya mata pencarian keluarga..aku hutang sana -sini pun sebab family aku....aku bangga dapat menolong family aku walaupun akhirnya walau dah bertahun2 aku masih lagi dihimpit kesusahan..aku tahu besar ganjaran untuk aku nanti..cuma sekarang aku menangis..
sebelum kahwin,aku memang nampak macam best ada kereta boleh shopping boleh jalan2..sebab apa aku tak terikat aku tak perlukan keizinan siapa,aku bebas berkawan...walaupun aku memang pokai tetapi aku boleh jerk makan dgn kawan2 yang nak belanja aku tak kisahlah lelaki pun..memang aku ramai kawan lelaki dari perempuan aku boleh bergantung hidup pada kawan2 pada aku istilah susah waktu bujang tk kisah sebab orang tak kan kaitkan dengan sesiapa tetapi bila dah kahwin?
soalan pertama org ajukan... laki tak tolong?suami tak tahu?tak kan lah?
hurmmmmmmm tolonglah aku memang bukan suka org jaga tepi kain aku aib aku tak kan aku buka...kalau aku minta tlg tapi tak nak tolong cakap.tapi jangan persoalkan sebab kalau persoalkan pastu bagi apa yang aku minta aku dengan rela berkata-kata tapi sekadar nak tahu kemudian bertanya macam2 lupakan...aku memang dididik..jangan cerita hal kain kita dekat org sebab orang bukan nak tolong sekadar menjaja..
semalam aku rasa kecewa sgt2..kalau lah semalam hari last aku hidup kat dunia nie..aku rasa aku mati dalam keadaan mata celik..ntahlah susah aku nak cakap..
semalam walaupun aku tahu birthday dia tapi..aku memang perlukan aku takut kalau kereta rosak.aku dah pernah rasa kereta rosak bukan salah aku tapi aku nak minta tlg pun terpaksa menangis nak minta pertolongan dia dgn alasan dia pun takder..ntahlah bagi aku kalau aku mampu aku tak kan minta dia tlg..aku akan usahakan tapi..bagus ker untuk seorang isteri (khas untuk perempuan berkahwin) minta tlg lelaki lain???
kenapa aku cakap lelaki?sebab hanya lelaki senang tlg perempuan kalau minta tlg perempuan bukan nya tolong tapi mengumpat adalah...aku sejak berkahwin aku memang simpan ssh aku nasib aku..sebab aku tak nak orang kata suami aku tak mampu tak bagi apa2 baru kahwin tak kan lah macam tuh..bagi aku diaorang tak duduk di tempat aku..
kalau aku susah pun aku minta tlg dengan orang yang aku percaya jerk..itupun kalau dah kerap adalah jugak dipersoalkan laki kau mana..aku dah tak mampu nak hadap.
aku cuba suarakan boleh tak dia bantu aku untuk barang2 dapur..sekurang2 nya aku ada duit dalam tangan dari tarikh dia gaji sehingga aku dapat ot..betul aku perit bila nak kena keluarkan duit untuk bahan basah dan kering kadang2 malu aku bayar guna duit 5sen,10sen tapi kalau itu yang perlu dan gembirakan hati semua org aku rela jerk..
sebab bagi aku kalau tak apa yang kami nak makan..dengan keadaan aku mengandung sekarang..emosi tersiksa,badan penat...aku perlukan benda yang mengembirakan tapi masuk 5 bulan aku tetap lalui yang sama jerk..menangis menangis dan terus menangis...aku tak salahkan anak aku kalau keluar esok jadi pemuram sebab emosi ibu dia memang begitu waktu mengandung..kadangkala aku fikir biarlah aku bisu dari bercakap tapi tak memberi apa2 makna..
aku kadangkala pelik kenapa susah sangat dia hendak memberi@menghulurkan duit yang sepatutnya buat aku?kenapa mesti aku minta dan kalau minta pun kenapa nak marah2??
jawapan yang selalu aku terima abg pun takder macamana?kalau ada abg bagi...tapi ada ker bagi?aku tak cakap benda nie satu ungkitan tapi aku soalkan pasal hak..aku terfikir kat mana dia letak diri aku?org gaji dia ker?cukuplah aku macam orang gaji sendiri di rumah...dah minum tak reti basuh,kalau bersemut tak payah lap,dapur berminyak tak payah lap,habuk rokok biar bersepah,tgk tv remote bersepah,tilam dan bantal dibiarkan,kusyen2 dipenye2kan macam aku ada duit nak beli tiap2 bulan,kain jemur biar berhari2,sampah busuk dibiarkan,kalau tiada plastik letak sahaja di sink..kalaulah yang buat nie budak atau taraf anak2 aku sebagai ibu rela hati kemas tapi kalau dah layak kahwin aku rasa tak releven aku tahu..erti kongsi dan bayar sewa tapi kalau aku sendiri rasa macam org gaji...kadang2 rasa menangis sendiri dengan kebebasan tiada.. yang suami semakin lama semakin sibuk dari balik kul 5.30 dah jadi kul 7 , 8,8.30,9.00 dan pernah sampai 10.00mlm..bila di soal kerja banyak..adakah department sendiri tapi tidak..nak cakap serba tak kena..aku tak kisah bab tuh sebenarnya tapi kalau dia berpenat lelah sebegitu untuk keperluan rumah aku rela hati malah senang hati nak sambut dia dgn senyuman,dgn masak mkn malam malah nak urutkan badan dia...namun
hancur hati aku kalau kerja bagai nak rak..jawapan cukup bulan abg pun takder!!! dah lah balik lewat hadap muka anak bini tak sampai setengah jam tak bercakap apa leka belek hp balik umah siap2 nak keluar main futsal..apa ingat aku tunggul?aku keluar rumah seawal 5.30pgi aku jumpa muka dia jam 8.00mlm aku tak bercakap papa dengan dia sebab dia main futsal bila balik aku dah tidur...dulu satu tempat kerja pun boleh msg boleh lg bg makan..nie lain tempat kerja msg pun ssh kalau nak suruh beli makan banyak alasan,alasan paling famous ingt saya ada duit ker?ok takper saya tahan biar baby lapar..janji tak habis duit awak...walaupun kat telinga dengar td laki kau belanja aku...nthlah kalau apa yang aku kisahkan nie macam satu ungkitan pada dia tapi percayalah aku tak ungkit aku nak dia faham sejauh mana dia berubah dan tolong berubah demi kebaikan bukan ke arah kehancuran rumah tangga..tak miskin darjat suami kalau hulurkan duit pada isteri malah allah swt gantikan rezeki lain untuk kau cari buat family..
aku tahu dia baca setiap luahan aku...
buat kamu wahai suamiku saya cuma nak awak tahu ini perubahan awak paling ketara sepanjang 1tahun 10bln kita kawan,bercinta dan berkahwin...

dulu :(fasa berkawan & bercinta)

1- sibuk macamana pun awak sms tetap ada,even atas tangga pun boleh lagi walau sekadar msg watper?
2- walaupun gaji awak kecil dan awak sendiri tak cukup makan duduk di kl tapi awak akan senang hati belanja saya bila awak ada rezeki lebih walau saya tak minta.
3- awak pernah buat saya terharu balik2 dari projek awak terus bagi duit projek tuh pada saya untuk sy simpan walaupun awak yang buat kerja tuh bukan sy
4- awak akan luangkan masa lebih dengan saya berbanding kawan2
5- kalau balik kg 3kali awak balik dgn saya..awak keluarkan duit poket awak untuk minyak dan tol tak minta sy..malah kalau saya bawa mak awak keluar awak bagi sy duit untuk belanja walau sy tak minta.
6- awak pernah tawarkan duit untuk saya pakai dalam akaun awak waktu kereta sy rosak...sehingga last2 awak sanggup korban beli kereta demi saya.waktu tu awak bagi tanpa perlu saya minta dan menangis pun
7- awak sanggup dengar luahan saya bebelan saya walaupun jam dah angka 2pagi.
8-kalau saya cakap saya teringin nak dan minta awak belikan awak akan bagitahu bila awak boleh belikan dan tiba masa tak perlu cakap awak sendiri akan ajak saya pergi beli..awal2 saya pakai tudung ada 2-3 helai awak bg duit untuk sy beli.
9-saya selalu perhati awak dulu duduk di rumah sewa ada beli gula,bawang,sabun,kicap tanpa perlu disuruh kerana itu keperluan awak tapi sekarang tidak
10-kalau dulu balik kerja awak boleh singgah kedai beli makan walaupun cuma goreng pisang atau keropok untuk kudap2 tapi sekarang tiada


sekarang: (berkahwin)
1- kalau saya tak msg awak boleh tak msg sy sampai ptg..alasanya dah tentu pergi kerja sekali balik sekali..msg pun untuk penting2...sahaja tiada lagi macam dulu sehingga msg bapak mertua sakit pun dipandang sepi..
2- gaji awak lagi besar malahan ada ot takperlu tunggu duit projek tapi tak seperti dulu malah kalau nak belanja pun saya kena meminta -minta.kadangkala ok kadangkala dibalas dgn jawapan saya mana ada duit walhal saya tak minta apa2 pun
3- sekarang tiada lagi huluran seikhlas hati dari awak sendiri untuk saya,kalau nak kena minta itupun untuk untuk yang perlu kadangkala dipersoalkan mana duit awak.
4- masa untuk saya tiada,sudahlah dirumah sendiri tiada privasi..saya terima sebab faham situasi tapi kalau sehari suntuk dahlah kerja,balik lewat  nak keluar lagi dengan kat rumah ditinggalkan dengan org2 bukan muhrim..kadangkala timbul rasa tak sedap hati suami keluar isteri ditinggalkan
5- sekarang kalau balik kg mesti saya kena bantu awak..kalau saya minta awak dahulukan semua awak akan cakap tak kan saya seorang..saya pun susah nak jawab hal nie..sebab benda nie kalau saya ada saya tak lokek untuk berkongsi
6- saya sekarang takut kalau kereta rosak sebab saya takut dieprsalahkan dan saya masih teringat pergaduhan kita hanya sebab kereta rosak...yang bagi saya bukan saya tahu kereta nak rosak
7- kalau saya luah,awak tak percaya awak kata tak masuk akal,saya saja nak ungkit2 saya ambil tahu hal family awak saya campurtgn hal adik beradik awak tapi kadangkala saya sebenarnya nak kebaikan untuk semua
8- kalau saya cakap saya teringin saya nak papa awak akan cakap takder macamana nak bagi..tapi bagi saya kalau saya ada lebih ckit pun sy mesti fikir apa yang awak perlukan..minyak rambut,spender,deodorant sebab bagi saya hati saya gembira dapat penuhi kehendak awak walaupun saya sendiri kena korbankan tak boleh beli bedak muka atau myak wangi,pernah satu bulan saya balik kg dan bila balik sini tgk awal beli brg keperluan awak sendiri tak terfikir ke nak belikan saya juga walaupun minyak wangi harga RM10.tapi tak hanya untuk awak
9-saya perhatikan awak tak lagi alert seperti dulu,kalau bawang habis awak tak beli..awak tak pernah nak tnya minyak,beras,bawang,susu,kicap,sos,gula,teh itu semua kalau habis kadangkala sampai habis baru awak nak beli dan kebetulan kalau habis waktu duit awak takder dgn muka masam awak pergi beli itupun bila disuruh..tak boleh ker beli atau hulur duit suruh beli apa yang takder..saya pun segan terhegeh2 minta kat awak untuk keperluan umah tangga sebab muka awak tak pernah manis time memberi
10-awak tak lagi macam dulu,kalau dulu ptg2 ada awak naik motor beli goreng pisang atau beli kudap2 sementara dapat makan malam tapi sekarang tak even sebuku roti kelapa untuk cicah air teh pun payah awak nak singgah beli...


entahlah kalau di baca dari atas macam saya ungkit macam2 tapi percayalah saya tulis nie bukan nak tala atau tuding jari pada awak.saya tahu mungkin saya pun banyak berubah,banyak buat awak beban sebab awak berkahwin dgn saya,mungkin saya buat diri awak tak bahagia...awak tak patut dengan saya atau seumpanya..
tapi percayalah saya luahkan untuk kebaikan untuk sama2 tidak berdosa biar kita rasa kahwin itu lagi indah dari bercinta..janganlah kita biarkan sebaliknya..
saya hargai kesanggupan awak ambil saya sebagai isteri...
saya tahu awak tak senang dengan saya

saya rabiaatul adawiah sebenarnya sayangkan awak tk kira macamana diri awak tapi saya juga berhak bersuara agar keluarga kita harmoni..kerana saya taknak andai apa2 jadi hubungan yang elok antara family kita jadi tak elok sebab masalah kita berdua...

maafkan saya kalau saya bukan insan pilihan hati awak..anggaplah saya apapun asal awak menghargai saya.


Monday, 26 January 2015

babymoon...

salam semua banyak sangat rasa nak cerita sedih suram macam2 rasa ada tapi adatlah hadap jangan tak hadap..

mari kita cerita yang best campur tak best yerlah tuan blog kan angan2 tinggi bila tak dapat sentap sendiri nak luah jadi gaduh plak..ntahlah kadang2 rasa meluahkan tuh jadi semakin ntah pape tapi kalau tak cakap mendiamkan diri rasa perit sgt sedar2 airmata mengalir hati jadi keras macam batu kepala lagilah ada angin pusar2...nak calmdown memang lambat...

24/1/15-25/1/15...first honeymoon..dah tak leh pakai honeymoon sbb anak abah ikut sekali dalam perut ibu..jadi babymoon huhuhhu..sebenarnya takderlah honeymoon sgt tapi lebih kepada nak duduk berdua habis masa bersama..iyerlah benda tuh tak dapat kat rumah sendiri so kenalah cari ruang sendiri konon nak rasa kan huhuhhu.. kira babymoon kami nie merangkap sekali hadiah birthday en garang patutnya 26/1/15 (isnin) tapi sebab dia takleh cuti kena awalkan sehari lah...
tak jauh pun kami pergi PD jerk sesuai dengan jiwa kami nak laut kononya nak repeat pg cherating kos besar..so kita pergi dekat2 ckit ada rezeki kita repeat tempat best ckit yer sambil bawa baby nnti tak pun baby bagi mak jaga huhhuh boleh tak gitu?
niat di hati nak hotel ada kolam dalam bilik boleh feeling2 dalam kolam tapi sebab aku mampu setakat tuh jadilah...janji hadiah buat dia dan kami dapat bersama..
sebab sebelum pergi nie pun banyak kali gaduh banyak kali masam muka..aku pun tak tahulah..aku doa banyak2 dipermudahkan urusan kami dalam melayari bahtera umah tangga.
pagi sabtu sebelum bertolak aku sempat siap2kan umah dulu kemas2 masak sarapan sempatlah en garang main gitar dulu..iyerlah PD dengan rumah tak jauh pun lalu ikut LEKAS tapi hahaah tak lekas pun jem dekat bandar seremban..en garang tanya aku ,aku jawab kejap jerk setengah jam..berbulu jerk dia dgr jawapan aku..nthlah aku mungkin suka travel kowt so rasa jerk dekat sebab dia tak suka bawa kereta jadi dia rasa lama...lagi satu jalan pun dia tak hafal..aku sebenarnya bukan hafal jalan sgt tapi suka baca signboard tuh sebab aku kadang2 lambat bgthu..selalunya mmg kena marah..bagi aku apa salah sambil bawa tgk sendiri signboard jgn tanya org...aku dahlah rabun dah dekat baru nampak signboard jadi lambat bgthu dah marah2...pelik aku...aku kalau drive sendiri kalau tempat baru aku jarang nak laju2 nie..sebab safety kan..tapi manusia berbeza even suami sendiri tahu nak senang jerk...bukan nak tgk signboard tanya jerk budget aku pro giler...lambat dan salah mula marah2..heran jerk diri aku..ada jugak dalam kereta aku sentap dengan soalan dia samapi hilang mood dah aku tapi bila dah sampai aku cuba hilangkan rasa tuh yerlah dah lama rancang kowt nak masam muka kan..
kami bertolak dalam kul 12.30tgh sebab aku target sampai2 terus nak check in lepak2 ptg pergi mandi laut...
en garang tnya aku nak mandi laut ker?aku cakap nak lah sebab aku teringin dari pergi peneng lagi tapi tak dapat...sebab dia tak ikut..sampai jerk PD dalam 2.30pm terus check in dapat bilik..tgk hotel bolehlah..tapi pasni aku tetap azam nak simpan duit nak pergi hotel best ckit .... lepak2 dalam bilik layan hindustan huhuhu one2ka4 dulu...pastu kami siap2 pergi laut..
alhamdulillah senang jgk dapat parking iyerlah PD kalau hujung minggu agak ramai org iyerlah itu jer yg dekat dgn KL..dalam kul 6 kami kat pantai aku dah target nak tgk sunset..konon nak mood romantikaku kan cita2 besar...yerlah dulu2 bercinta boleh kenapa dah kahwin nthpape..tapi betulalah haram tuh nampak indah dari halal..dah halal nie jadi ala kadar jerk..terkilan aku..
kami jalan2 takder pegang2 tgn ok..tak romantik langsung nthlah..ingt nak jgk pegang tgn aku jalan pantai sama2 tapi takder pun lebih kepada macam kawan jerk..sampai tepi pantai aku cuba ingt balik gambar kat cherating konon nak samakan...balik yerlah sweet waktu dulu..aku letak tepi lah perasaan tuh ambil lah gambar2 jugak..pastu duduk tepi laut ingt dia nak lah main air sama2 dgn aku tapi tak duduk jerk tgk laut katanya air kotor tak best cetek...bagi aku tak salah pun sekali sekala bukan selalu dtg pantai pun aku pun bukan bawa baju nak salin sebab sengaja aku pakai jersi dgn seluar senang kering sebab balik hotel boleh mandi..lagipun hotel tuh bukan marah pun aku dah survey awal2...
aku mula2 main air sorang2 jalan jauh2 sebab kebetulan air surut..kena ketengah baru best..sambil jalan aku fikir tak risau ker dia kalau tiba2 air pasang aku lemas dah dia takder aku dgn baby..aku perhati dia buat bodoh jerk duk tepi pantai...aku memang kecewa gila sikap dia..takleh nak happykan isteri sendiri...kotor pasir tu apalah sgt cuba kalau dgn kawan comfirm main air dah...beza kan bercinta dan kahwin nie..aku dari nak main air terus aku mandi jerk..layan jiwa sorang2...puas aku main aku naik kat pantai dia marah2 aku konon tk bawa baju nanti basah lah aku cakaplah kereta kita seat leather boleh lap..mood aku dah tension jerk aku malas nak balik lagi nak tgk sunset..aku sedih aku main pasir sorang2..niat nak tulis kata i love you pun malas dah kat pasir bagi aku..kalau macam nie baik duk rumah jerk..datang tapi tak seronok..aku diam jerk tahan air mata bila sunset dah ada...aku cakaplah jugak dgn dia ..dia nak amik gambar aku layankanlah gambar nampak indah tapi dalam hati sayu habaq ang..iyerlah nak feeling romantik mmg takder aku perhati sekeliling tgk couple2 macam indah jerk rasa tak adil jerk bg aku dulu time tak sah boleh jerk manja2 mesra2 dah sah nie sekadar ada jerk...kenapa tak ulang masa dulu...kadang2 dalam kepala tnya best ker kahwin?tapi itulah hakikat kita kan...
maghrib kami dah ada kat hotel..siap mandi semua...dia dah sibuk ajak keluar...aku konon nak manja2 dulu lepak2 tapi fikir kuar jerklah ...kuar2 nampak pasar malam boleh singgah beli barang makan plus perut pun dah lapar...maaf en garang saya tak berapa nak ada kalau ikut hati nak belanja awak dekat restoran yang kita pergi dulu..awak ada tunjuk saya saja buat2 tak nampak..nanti kalau ada kita repeat ok..
malam tuh lah adalah romantik sikit jalan pegang tgn aku..tapi kejap jerk..pastu balik macam biasa malam jalan kat pantai pun tak pegang tgn..tak salah pun kalau peluk2 aku..dah halal..atau malu tgk perut aku semakin besar?aku malas dah nak fikir mood romantik tuh bagi aku jadilah dah dpt sampai dan hadiahkan dia percutian tak seberapa nie sempena birthday dia..aku mmg ingt nak celebrate lagi 26/1/15 tapi sebab kekurangan pada aku nie aku rangkum sekali..babymoon,birthday boy...
ahad 25/1/15
bangun pagi aku ajak dia sarapan kat hotel walaupun tak best ala kadar tapi ok lah kenyangkan perut..
kul 12tgh kami balik ke umah kejap jerk masa perjalanan huhuhhu...en garang dah start tak sihat memang dari malam lagi dia dah tak sedap badan..tekak dia tak sedap nak makan kfc katanya..ok lah aku belanja dia sebab bg aku birthday boy...kami pergi kfc dekat jusco umah kami jerk..huhuhuhuh senang..dalam kereta aku ada tanya jugak kat dia kalau dulu orang lain nak kat dia dia nak tak..dia tak jawab pun dia buat2 tak dengar..sebenarnya..aku kadang2 menangis jugak iyerlah sebenarnya betul ker dia sayangkan aku sorang?dia mmg nak peristerikan aku ker?atau dia suka kat aku yg dulu bukan yang dah jadi isteri nie..ntahlah kadang2 aku rasa macam tak padan..tapi aku dah usaha sehabis baik nak gembirakan dia walau aku bnyak terluka...aku cuba untuk dia family dia sebaiknya..nthlah..
samapi umah kul 3pm..kami terus rehat..dia terus tidur almaklumlah badan pun tak sihat..malam tuh aku masak lauk simple jerk ayam kicap dgn kangkung goreng belacan..
dalam hati aku target nak tunggu kul 12 nak wish birthday tapi aku dah ngantuk..maaflah bukan tak nak wish tapi sayang dah kata semuan ie sempena birthday awak dan honeymoon kita yang first...nnti insyallah ada rezeki kita repeat k...
akhirnya pagi 26/1/15 aku wish birthday dia guna sms..aku cuti,saja jer konon nak dia cuti atau mc sebab dia tak sihat tapi dia nak kerja so ikutlah....hari birthday dia ada benda tak best tapi aku tetap doakan jodoh kami berpanjangan...aku sayang dia Ya Allah




pic babymoon kami

sekarang 24/1/15

cherating...style sama

PD 24/1/15

Cherating dulu....
sunset...

sunset.....

PD 24/1/15 style

Cherating style sama....

preggy mom

muka happy sebelum bertolak
jatuh cinta dengan suami sendiri..makin renung makin sayu rasa...harap2 berkekalan awak suami saya


dear en garang....
apapun jadi awak saya dah letak dalam hati saya paling dalam..doa2 kita kuat hadap semua nie ketahui lah luahan saya rintihan saya untuk kebaikan kita tidak sedikitpun nak bebankan awak..sayangilah saya seperti mana saya menyayangi awak...bukan untuk sekarang malah sehingga ke jannah amin..
happy till end

Wednesday, 21 January 2015

alahan

huh harinie rasa teruk sgt..
pagi tadi rasa ngantuk jerk ingt biasalah sebab awal pagi dah bgn ...alas perut dengan makan bekal yang dibawa...ok lah tghari rasa melayang bawa kereta tahan jerklah..sekali dah settle semua rasa berpinar mata...msg dia sebab tekak rasa teringin sgt nak nasi ayam..tunggu2 tak jawab..nangis sebab rasa sgt macam tak dapat benda makan..kul 1.45 dah ada kat ofis tak larat..tunggu ingt dia dtg hantar makan..tak jugak sekali msg kata tak dpt msg kata dekat tmpat kerja.ntah malas nak cakap apa dah...sebab rasa lah tekak nie mcm tak dapat pape..
kepala memang tak larat sgt..nthlh tnya org alahan kowt..tp ntahlah alahan nie kadang2 jerk tp kalau kena memang tak larat..kadang2 tak dapat mkn nasi,bau pun tak bleh..tp kadang2 ok jerk..nthlah nie bertahan jerk..dahlah balik nak bawa kereta jalan jem..aduhhhh janganlah jadi pape..tak larat nak fikir..dengan bila balik nak fikir keadaan rumah lagi..sekarang nie macam2 ada macam2 hal pun ada...nak luah jadi tak kena nak cakap jadi ntah pape...

Tuesday, 20 January 2015

#faraim wedding@putrajaya

salam semua sabtu lepas aku berpeluang pergi ke majlis kenduri kahwin.. kawan ofis merangkap adik lah..
walaupun dia sekejap jerk kerja dengan aku sbb berjawatan sambilan namun bonding kami kuat ditambah pulak dia memang kepala gila2 sempatlah kami share memories kan huhuh
aku memang dah set awal2 tarikh dgn en garang 17/1/15 memang aku dah tanda siap2 kat kalender rumah...sbb aku kan tgh mengandung rasa sgt nak makan nasi kenduri huhuhuh..

aku sebenarnya tak tahu nak pakai baju apa sebab time preggy mmg tak pakai langsung bju kurung rasa lemas jerk...tiba2 hari nak pergi boleh terfikir nak pakai baju kahwin plus kami pernah janji dgn fara kahwin nak pakai hijau emerald inspirasi #schawal huhuhuhh...
sekali kau ha comfirm kami punya kaler samer....huhuhhuhu

so terimalah gambar aku malas nak tulis pagi2 nie haahah

tgk sama tak..apersal pic nampakc macam flawless jerk nie...aku suka huhuhhu

berseri-seri pengantin..aku amik seri ibu mengandung sudahlah yer...nasib en garang nak jugak bergambar walaupun dah start marah2 kata lambat..bg aku kalau dah kawan rapat nak jugak bergambar..penat jerk dtg tau...kalau kawan saja2 aku rasa cukup makan balik huuhhu..lagi pulak bukan senang en garang nak pergi kenduri kahwin kawan2 aku sepanjang kawan dan dah jadi #hubbywifey nie nie lah first time dia hadir ke majlis kahwin kawan aku...kalau kawan dia ada jugak 2-3 org kami pergi..tgk sungguh tak adil kan..tapi tkperlah dah ada gmbar ok lah....

apapun to faraaim kak atul doakan korang bahagia untul jannah be wife and good husband



rindu rasa nak bersanding dgn en garang.....

bulan kiter..... (sweet sweet month)

nothing to sayyyyyyyyyy cuma nak beritahu.... >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>...