Monday, 5 October 2015

our little caliph

part 2

malam selepas ada tanda tuh aku dah jadi resah tapi still boleh bangun dan jalan dan jalan lagi sebab nak bagi cepat proses kelahiran katanya...dalam hati aku fikir keluarlah wahai anak kalau harinie tak bersalin esok hari terakhir sebab kalau tidak en garang dah kena balik kl..oh tidakkkkk memang dalam mengandung lagi aku niat nak dia disisi bukan apa nak dia saksikan betapa susahnya kelahiran zuriat itu..
dalam kepala nie asyik mata tengok jam..sebab biasanya jam 5 pagi nurse akan datang cek tekanan darah dan akan suruh pergi cek jantung baby..ala yang orang panggil CTG tuh..dalam pada masa tuh stress aku juga bertambah sebab en garang asyik duk tanya tak rasa sakit lagi ker bila nak bersalin dan macam2 persoalan lagi..adoyai stress... aku cakap kat en garang apa2 tunggu subuh sebab biasanya time tuh nurse akan checkup dan di ikuti doktor pakar cek pagi2.
dalam pada letih mengira detik habis satu wad aku tawaf dan macam2 cerita aku berkongsi sembang kosong sebenanrnya..bagi mengisi masa...setiap kali tgk orang dah nak masuk ke labour room hati ini rasa bila lah time aku..bukan apa kalau dah masuk labour room bagi aku dah cukup lega..huhuh diam sikit en garang dari pertanyaan pertanyaan yang merunsingkan..iyerlah nak bersalin manalah tahu bila dan bila yer dok.
dah lah sakit menahan...
dalam jam 5.30 am nurse datang kat katil dia terkejut tgk aku tk tidur..dia tanya sakit ker aku jawab dah kerap cikit sakit dia..nurse suruh cek CTG baby...aku pun pergilah dekat bilik CTG..dalam 20 minit buat CTG untuk cek jantung baby dan kontraksi..nurse cakap dah nampak kontraksi tapi sikit..apa sikit?adoyai aku dah rasa banyak kali dah kontraksi..aku dah stress jerk rasa..jalan balik ke katil termenung kawan2 semua dah tanya macamana?sebab kalau kita nak ditolak ke labour room jarum drip akan dipasang di tangan so kalau tak pasang maksudnya kontraksi masih kurang dan dalam erti kata lain lambat lagi nak bersalin..stress hoi..
rileks2 dalam kul 7.00 pagi doktor pakar and the gang datang dia tanya aku ada sakit aku cakap ada dan kerap..dia baca2 sekejap aku punya data sepanjang dapat rawatan kemudian dia cakap dia nak cek jalan..aku berdoa dalam hati minta lah ada jalan dan dipermudahkan sebab apa2 bergantung kepada doktor huhuhh..
doktor pakar tuh seluk tangan..bagi ibu2 mengandung memang dah faham erti seluk nie iaitu cara doktor2 cek bukaan pintu rahim wanita..bila dia seluk dia kata baru 2cm dan masih jauh cuma aku dah rasa kontraksi..kemudian bila dia tengok aku dah macam sedih dia kata "ok i buka kan jalan untuk u yer..sakit ckit tau" tahu apa dia buat dia masuk kan hampir kesemua jari2 dia..kalau sebelum nie 2 jari jer..sakitttttt kowt hanya mampu tarik nafas dalam2 jerk... selesai proses bukaan jalan dia cakap dekat aku.. "ok  bagi masa 7 jam dari sekarang u mesti bersalin" aku nie anggukan jerklah...kemudian dia cakap apa ntah dekat doktor2 dan nurse2 yang lain mungkin beritahu pasal aku kowt..dah siap tuh..aku masih boleh jalan2 lagi cuma dah terasa ngilu dah rasa di bawah perut..
aku bagitahu en garang ..pasal tuh dia kata ok apa2 call dia..dalam pukul 9.00 pagi macam tuh aku rasa lain jer.dalam hati rasa nak bersalin dah kowt..aku terus pergi mandi bagi aku senang kalau nak bersalin dah ready semua sebelum ke labour room.siap mandi aku masih lagi ok dan boleh borak2..dalam pada borak2 aku rasa kaki aku dah krem rasa sakit yang tak leh cakap yang datang sekejap2..aku tahan lagi.kawan2 dah cakap panggil nurse..aku cakap ok boleh tahan tapi lama2 aku kalah jugak panggil nurse.nurse suruh cek ctg baby selepas cek datang seorang doktor perempuan kata nak cek jalan..aduhhhh cek jalan lagi..bila dia cek jalan jerk tengok dah bukaan 4cm..doktor tuh bagi arahan dekat nurse suruh prepare sebab aku akan dihantar ke labour room dalam hati aku dah cakap..dah sampai masa dah nie.. takutnyaaaa..selesai doktor pasang jarum drip.nurse minta aku kemas barang2 baby dan apa yang nak di bawa ke labour room..kawan2 di wad dah ucapakan selamat bersalin dah..aku dah start rasa takut..aku call en garang cakap aku dah nak masuk labour room dia kata ok nanti dia datang..dia tengah sarapan dengan family aku katanya..
siap semua aku di tolak ke labour room oleh nurse yang bertugas
sampai labour room setelah baca no RN nama semua..nurse suruh naik atas katil..waktu tuh dah rasa mak aihhhh sejuk gila labour room nie..hap kecil ku sentiasa di tangan..dan juga kain kecik untuk menahan kesakitan nanti.aku sentiasa bersms dengan en garang tentang situasi aku..
dalam hati...sentiasa zikir "lailahaila anta subha naka inni kuntum minal zolimin" berulang2 kali dibibir...
waktu nie aku masih lagi boleh rileks huhuhhuhu...
nak tengok waktu aku tak rileks..sambung part 3 yer huhuhhuhu

Wednesday, 16 September 2015

zul jr part 1

salam semua mari kita story pasal kelahiran zul jr part 1..

30/5/2015 aku dah balik ipoh walaupun due zul jr pada 9/6/2015 kira aku amik cuti awal 2minggu faktor first rumah di kl tingkat 4 takut apa2 jadi dengan lif takder walk up apartment..
memandangkan 30/5/2015 adalah cuti dan masih ada berbaki banyak lagi masa sebelum due zul jr sempat lagi aku pergi berjalan ke lumut outbound huhuhhu..en garang tak balik lagi sebab dia akan balik bila aku dah start sakit katanya iyerlah kang balik awal aku tak bersalin sia2 jerk huhuhhu cuti pun habis.

duduk di umah mak sendiri adalah sangat heaven haahah semua mak sediakan..syok oooo aku bantai tidoq jer iyerlah kat kl banyak tenaga di perah walaupun mengandung..dgn kerja ofis dan ngadap jem pagi2 bangun seawal 4.30am fuhhhhhhhhhhh sungguh mencabar.hhuu so mari kita chills di rumah mak.
duduk kat rumah mak hari2 aku berjalan iyerlah nak bagi senang bersalin katanya..
dalam pada tuh sambil duk fikir macamana sakit bersalin bila tanda2 iyerlah kang sia2 pg hospital tak bersalin2..aku continue check up dekat klinik kesihatan ibu anak jelapang..serius tak best langsung..tak macam kat kl.staff ok tapi fasiliti hurm hampeh..tandas kongsi dengan org methadone kiranya tak hygine langsung untuk preggy mom nak buat urine test bagai..tapi apapun kalau itu yang ado hadap jerk lah....
cek zul jr semua masih ok lagi kiranya on due kalau tak bersalin baru serah diri kat hospital.

tapi dalam 3/6/2015 aku dah rasa tak senang duduk rasa resah..pergerakan baby aku tak rasa sangat sampai nak kira gerak pun aku main hentam..tgk buku merah cakap kalau baby kurang gerak segera ke hospital..aku ngadu kat en garang dia suruh pg hospital..aku nie malas sat lagi pergi tak bersalin penat jer..lagipun aku berdebar dah sebenarnya huhuh.duk terbayang2 ini ker sakit dia..tapi sebenarnya tak sakit pun huhuh..cuma risau zul jr kat dalam.en garang dh sibuk2 suruh pergi..aku cakap tgk esok lah huhuhuh..
zul jr tidur kowt malas dah nak gerak2.
esoknya 4/6/2015...baby still kurang gerak cakap dekat mak abah ajak pergi hospital.tapi tunggu ptg2 lepas mak aku habis mengasuh..petang tuh aku siap2 macam biasa sakit ckit2 jerk tapi kalau pergi shopping pun boleh lagi hahaaha.. sebelum pergi hospital sempat singgah mydin manjoi beli barang lagi hahaah tengok kan dah kata shopping pun boleh lagi.
sampai hospital doktor tanya kenapa aku cakap baby kurang gerak.diaorang suruh mak aku tunggu kat luar..aku dah rasa sedih ahaahah iyerlah en garang takder masanie serius rasa nak en garang jerk.en garang dah pesan apa2 bagitahu..dia terus balik.masuk dalam bilik rawatan dia timbang semua..omg sungguh berat okeh..
pastu di suruh baring untuk periksa jantung baby semua..alhamdulillah zul jr masih indah di dalam suka dia..gerak2 dalam perut ibu tak tahu ibu dah rasa gelisah.habis cek semua aku disuruh tunggu doktor pakar untuk cek bukaan hurm lama gila kowt tunggu..en garang dah tanya2 macamana2 aku dah malas nak jawab hahaah iyerlah dah kul 12 lbih kowt.
dekat kul 1 macam tuh doktor pakar datang cek bukaan baru 2cm.dia suruh aku tahan wad sebab kandungan dah 39minggu kira dah boleh deliver huhuh..waktu nie dah rasa dah hurmmm macamana lah rasanya.sempat tak en garang sampai..kita nak kamu sangat2.
aku keluar cari mak tapi mak tak der mak pergi makan aku dah rasa sedih dah adik aku datang minta tolong adik daftar masuk wad.dah lah jauh daftar masuk wad kowt aku nak berjalan tgh2 malam.
ermm settle daftar aku ditempatkan di wad kelas 2 bilik no 11.bilik berdua..ok lah.aku berjalan masuk wad mak teman lalu di bilik2 tgk macam2 ragam ada.ada yang resah ada yang rileks ada yang dah tidur.huh aku dh tak tau nak rasa...fikiran melayang jerk..en garang dah gerak balik katanya..risau takut aku bersalin malam tuh juga..dalam hati aku risau jugak bila lah zul jr nak keluar..
dah siap katil semua nak tidur nyamuk banyak gila hoi hospital kowt banyak nyamuk tapi serius....banyok dah besar2..panas pulak wad tuh.aku di suruh salin baju pink.aku terus mandi sekali biorler orang kata tgh malam tak elok mandi panas gila kowt dengan lapornyer..

dalam kul 3 am macam tuh en garang bgtahu dia dah sampai nak jumpa aku.aku mnta dgn guard nak keluar dia tak bagi..serius sedih kowt jumpa en garang ikut tingkap jerk..tgk muka rasa nak nangis kowt iyerlah aku kan jenis tak leh sakit cepat nangis jerk..lagilah saat2 gini..nak lahirkan zuriat kami.kebetulan nak jadi cerita malam tuh juga isteri adik angkat aku juga dah sakit2 nak bersalin jadi en garang adalah kawan menunggu bersama2 kegelisahan bersama2.dalam pada masa aku di dalam wad en garang di luar...dia boleh tanya banyak2 kali dekat aku tak sakit ker dan macam2 lagi.aku nie sumpah rasa nak nangis manalah aku tahu bila zul jr nak keluar..dah lah tak tidur.alih2 kul 6 am dia msg kata bini adik angkat aku dah bersalin...kul 5.00pagi 5/6/2015.aku?off coz stress..dia pulak duk cakap kalau tak bersalin jugak dia kena balik kl sbb takder cuti....serius aku rasa ntah apa2 jerk dan aku dah start marah2.memang orang kata masa nie jangan gaduh2 payah bersalin nanti tapi yerlah dah aku sendiri tak tahu bila...

en garang tunggu aku sampai pagi pastu kul 8 dia balik umah mak aku kemudian time melawat dia datang.tanya aku bila bersalin..huhuhuhu nthlah nak kata semua petua aku ikut jalan banyak lah tapi kuasa allah swt manalah kita tahu.lagipun aku masuk wad bukan sebab sakit cuma baby tak aktif.cuma pada 5/6/2015 aku dah start rasa gesaan nak bersalin tapi orang kata takut itu "false contraction" so rileks jerk...
dalam pada tu aku juga berdoa biarlah zul jr keluar dalam tempoh cuti nie..kalau sampai ahad aku tak bersalin maknanya en garang kena balik kl dulu..huuhuh aku tak nak..aku nak en garang di sisi time bersalin.

serius waktu nie perasaan macam2 rasa...iyerlah tgk orang lain bersilih ganti ditolak masuk ke labour room..aku nie tak rasa apa cuma rasa ckit2 jerk sakit tapi tanda darah apa semua takder...tanya misi semua tanya dah ada tanda ker?
aku jawab takder sungguh hampa...bagi aku dah tak fikir apa dah fikir nak cepat2 deliver zul jr..sebab aku nak tgk en garang happy..nak tgk macamana dia jadi abah.. petang tuh en garang dtg melawat aku lagi..mak cakap tgk en garang tidur kesian..tahu dia penat sungguh... time dia datang pesakit sebelah aku dah selamat lahirkan baby...aku tgk dia tak pandang pun..iyerlah kami kan ternanti-nanti kelahiran zul jr..
aku tengok muka en garang petang tuh keruh jerk..aku dah tk reti nak sembang sebab aku pun tak leh nak kata bila nak bersalin.. maghrib tuh lepas en garang balik..aku mandi alih2 ada darah keluar banyak juga..
aku happy gila bukan rasa takut sebab bagi aku itu satu tanda zul jr nak keluar...aku doa dalam hati mintalah zul jr keluar kalau tak malam tuh biorlah esok 6/6/2015 sabtu dan kebetulan hari jadi agong hahaahah...

dah siap mandi aku terus msg en garang kata dah ada tanda....malam tuh aku gelisah jalan lah macam2 aku buat bagi gesaan sakit tuh kuat..macam2 petua aku tanya.sambil tuh aku tolong kawan katil sebelah jaga anak dia yerlah baru lepas bersalin nak duduk bangun amik anak menyusu badan agak payah..ditambah pulak katil wad bersalin tinggi nak mampus..serius rasa bengang jerk..aku yang pendek nie setiap kali nak naik kena golek kan badan..perut aku gosok setiap kali baca ayat baca zikir moga dipermudahkan bersalin..
time nurse datang buat round aku dah cakap aku dah ada tanda dan nurse cakap kalau sakit panggil..
tapi takder pulak tanda sakit gila2 cuma gesaan tuh dah semakin kerap.. nurse pesan banyak berjalan supaya mudah..

en garang masih setia menanti aku..nasib dia ada kawan2 di ipoh sempatlah dia main futsal lah..patutlah zul jr kuat menendang rupanya abah dia sambil tunggu dan lagi main futsal..

haaaa...kita sambung part 2 yer..macamana zul jr nak keluar.

Tuesday, 8 September 2015

preggy mom #throwback

sesi refresh minda sebelum kita buat rekod siri bersalin huhuhhu






gambar 1 dan 2 adalah di awal2 kehamilan dan yang pergi cameron tuh waktu dah 7 bulan dna yang paling win adalah gambar last....tuh dh sarat menanti hari jerk tuh huhuhuh
kiranya zul jr memang banyak berjalan waktu dalam perut sampai kan dekat2 nak bersalin pun masih boleh pergi lumut outbound huhuhu...

Tuesday, 1 September 2015

MASIH ADA KER?

salam hahah dah berkurun tak menaip kalau ikutkan banyak giler cerita ..cerita mommy cerita raya cerita zul jr dan pelbagai lagi haahahah..
tapi dah dasar pemalas dan dasar memori simpan dalam otak tapi sebenarnya lama -lama hilang ingatan guane tuh..takper i will update sikit sikit tapi mana yang saya ingatlah yer huhuhuh..sebab banyak urat putus dan dengan nak biasakan diri suasana baru nie huhuhu,
tkperlah kiter bagi teaser bergambar yer nnti aku update secara rawak jerlah yer...
tapi yang best nak jugak buat catatan bersalin sendiri yerlah banyak sangat do and dont dalam bersalin huhuhhu so better share sendiri alami sendiri rasa sebab nama pun pengalaman ibu nie lain2 dan sakit pun lain2 yer dok...
huhuhuhuhhu
zul jr

raya kami...#mak kau ijooo tapi kami #coklat

three of us??

zul jr in the house
hahahaah itulah teaser yer...banyok2 nak cerita tapi gambar dlm hp en suami so nantikan yer...throwback kami hahaahah

Tuesday, 28 April 2015

Dia Suami saya...

salam semua...
lama kan mommy to be tak karang cerita..ahaahah baik2 sahaja cerita saya cuma semakin mengah semakin tak sabar semakin malas dan macam2 melanda huhuhuh skang dah 34minggu alamak lagi sebulan insyallah akan jadi ibu dan abah...yeay..
sepanjang tak update blog nie bukan takder cerita bnyk sgt tapi ntah dah dasar malas..bukan tak nak kongsi cerita aku,suami tapi dah kata malas memang malas lah huhuhuh..

bila dah nak jadi ibu nie kan...sebenarnya macam2 bermain di minda..tgk suami renung suami ingt nanti nak balik pantang nak tinggal dia nak tinggal suami yang manja tapi kalau kat luar nampak macam sado jerk haahaha..
walaupun kadang2 geram marah pada sesuatu tapi bila datang sweet dia...memang rasa cuma biasalah dasar perempuan ego...tak nak ngaku sebanarnya kita cinta sayang sangat dekat kamu...
alhamdulillah dalam proses mengandung nie dia ada jugak tolong kemas rumah walaupun tak sama macam aku buat dan tidak teliti lebih kepada macam tak nak dengar aku bebel tapi org kata adalah....
tapi aku sebenarnya..lebih puas buat sendiri tapi kalau dah sakit aku nak buat macamana...
perut dah besar nak aktif pun takut...

tgk rumah bersepah.........aku perhati jerk.tgk bilik air macam tandas awam aku tahan jerk..tgk karpet tak sapu aku diam jerk.tgk kain dalam bakul tgk kain dalam mesin tgk kain tak lipat tgk cadar katil kemot kemot..tgk dapur aku tak lap aku urut dada tgk sampah bau busuk aku tahan nafas aku tgk remote sepah2 aku tolak pakai kaki..tgk meja makan tak lap aku tgk tempat lain..tgk tempat sidai kain penuh tahik burung aku tgk langit aku tgk lantai rumah macam corak tapak kaki aku anggap tuh lukisan..

tapi dalam hatiiiiiiiiiiiiiiii................................... abg tolonglah buat..sayang tak boleh tgk rumah macam nie sayang penat sayang nak nangis sayang tak suka sayang tak boleh macamana sayang tinggal abg balik berpantang nanti..huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kalau balik umah kita tak macam rumah macamanaer?

tiap2 malam rasa macam boleh ker boleh ker?

owhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
tolong lah yer..tolong sayang huhuhhuh
wahai suamiku

Wednesday, 25 March 2015

catatan kehamilan 30 minggu

salam semua lama tak update malas lah huhuh..
harinie genap 30minggu usia kandungan 25/3/15...

harinie ada scan..
dah seminggu kami suami isteri teruja nak tunggu scan baby sebab nak tgk jantina...
iyerlah kami teruja sebab barang kan dah beli hahaah..ikut naluri ibu..baby boy!!!!
pagi2 lagi kami dah sampi klinik..ibu pakai baju baru sebab teruja..
en garang teman pergi klinik..kalau anc biasa en garang tak teman kalau ada scan dia teman iyerlah...kalau tiap kali teman jenuhlah pulak lagipun takder apa sgt...
kali nie perasaan kami berbeza sebab nak tahu sgt jantina anak..ramai dah tanya smpai en garang kata kalau boy dia nak botak rambut nanti..huhuhuh insyallah
aku dapat angka giliran no 2..huhhu cepat almaklumlah semua aku kenal kat situ..
mula2 misi yang jaga aku panggil ajar cara kira pergerakan baby..alhamdulillah kesihatan aku baik cuma kaki membengkak..katanya kurangkan aktiviti..huhuhuh mana boleh saya aktif mama kowt..
dalam 10minit lepas tuh doktor panggil masuk bilik...
en garang tunggu dulu...dr ok dia panggil terangkan satu persatu..al kisah darah aku bacaan normal tapi dia risau benda lain sudahnya aku kena ambil bacaan darah selang sehari..takperlah..waktu dr suruh baring nak scan nak tgk baby aku cakap...aku nak panggil husband sebab nak tahu jantina..dr kata boleh awak panggil jerk..huhhu baik dr nie..nie dr kedua..dr yang baik dulu dah naik pangkat lor..
time baring...waktu dr tgh siap2kan alat tgk muka en garang nampak teruja...aku tgk lama2 screen rindu adik baby kat dalam tak sabar tau.....
bila dr start scan..nampak adik baby aku dah senyum2..muka en garang nampak sgt teruja.
bila dr tunjuk satu persatu..pastu dr cari jantina baby...susah jugak nak cari sebab kepala baby kat atas dr kata insyallah nanti pusing kalau dah 33minggu..doa -doakan yer kawan2.. cari2 sekali dr pause..dr cakap tgk nampak tak..nampak bulat dan pistol dia..haahahah..dr buat lagi sekali bagi jelas dan sekali jelas..bila dr kata comfirm boy..air mata aku meleleh..teruja gila..tgk muka en garang nampak teruja sgt2... pastu en garang cuit2 kaki aku..suka la tew...aku tahu en garang gembira sgt2... dr main2 lagi dgn baby bagi baby tgk hidung mata...semua alhamdulillah sempurna..sekali bila duk main2 nampak tangan baby,jari baby gerak2 jelas gila..terharu sgt2..lagi sekali air mata meleleh emosi sungguh aku iyerlah teruja..en garang pun cakap bukan main kuat lagi..nampak jari dia..amboiiiiiiiiiiiiii abg suka yer tgk jari adik baby..
bila dr closeup kat muka sekali nampak baby macam tgh mengomel..wah lagilah aku emosi..dr cakap dia nak say hi kat mama dan papa..ermmm sweet jerk..aduhh ibu tak sabar tunggu kamu lahir sayang...
nanti lengkap dah family kecil ibu dan abah...
settle semua dr cakap semua ok..baby alhamdulillah cuma ibu lah kena pantau pasal darah..takperlah anak ku sayang ibu sakit amik darah cek darah tkper janji kamu sihat..malam2 ibu suruh abah urut ibu yer sampai kamu lahir..duduk elok2 dalam perut ibu yer...nie cucu lelaki pertama haji norawi dan puan sariah..waris nie..huhhuhu kalau belah en garang dah banyak dah...tapi tetap cucu untuk semua yer dak...
apapun harinie memang sweet dan kata2 yang dapat diungkapkan adalah

TERUJA.....................................

huhuhuh bye.

bulan kiter..... (sweet sweet month)

nothing to sayyyyyyyyyy cuma nak beritahu.... >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>...