Tuesday, 13 January 2015

Meluahkan dan melupakan

hai semua..
semalam belajar untuk meluahkan dari memendam..bukan apa perit memendam nie sebab orang tak akan dan takpernah akan faham kita secara semulajadi walaupundia adalah sekatil sebantal denganmu..
bagi aku meluahkan bukan nak cari salah sesiapa tetapi satu cara nak memberitahu dari memendam..kadang2 apa yang kita luah tuh adalah satu benda berbeza dengan cara kita bercakap seharian sebab benda terluah nie adalah benda kita pendam..benda pendam nie serius memang benda menyakitkan..mesti semua tahu kan kita manusia kadang2 akan pendam sebab satu ketika kita mesti akan berfikir nak cakap ker tak nak cakap ker tak?last2 tak cakap sebab fikir nanti gaduh,nanti kecil hati dan pelbagai lagi sudahnya kita pendam..tapi apa akibatnya kita makan hati sendiri sebab konon nak orang faham tapi tak faham2...jadi bagi aku kalau saat aku meluahkan itu tandanya aku dah tak leh sendiri..mungkin waktu tuh aku lemah atau perlukan bantuan cuma tidak di zahirkan..
aku selalu sebut pillowtalk..bagi aku pillowtalk nie penting sebab bukan semua bila sampai di katil akan tidur terus biasanya fikiran kita akan menerawang sebelum terlena sendiri..pillow talk nie tidak semestinya masalah tapi kadang2 kita boleh imbas kenangan lalu..insyallah pillowtalk nie ada kebaikan dan keburukanya...kalau baik bila kita habis pillowtalk kita akan semakin lena tidur sebab lega dengan keadaan sebelum..tapi awas kadang2 bila terlalu banyak meluah jadi bergaduh akibatnya malam tuh masing2 tidur dalam berdosa sebab tidur dalam keadaan marah dan tentunya kita tak ikut sunnah rasulullah untuk tidur seperti yang disarankan isteri di celah ketiak suami dan perlu menghadap muka masing2...huhhuhhu mana mungkin kan kalau dah gaduh comfirm bontot bertemu bontot punya...
apapun yang aku faham kadangkala kita perlu meluahkan agar pasangan kita tahu..meluahkan bukan untuk mencari salah tapi memperbaiki diri ke arah kebaikan..sebab kalau dibiarkan mungkin hati kita akan jadi sebal dan lama2 tiada lagi perasaan kasih syg malah bertukar kepada rasa tanggungjawab sahaja sebab telah termetrai ikatan suami isteri walhal bila balik ke rumah suasana harmoni tiada,gelak tawa tiada...hanya jasad dirumah tapi hati dan jiwa kosong..seperti dinding2 rumah yang kaku dan kebal...rutin dilakukan sebab tanggungjawab..bukan lagi tanggungjawab dan perasaan cinta,rindu dan sayang seiriing dengan tanggungjawab...
bagi aku semua nie bermula dari hubungan...kerana pabila pillowtalk dan diakhiri dengan bagus..kita pasti akan merasakan..
-tidur semakin lena
-perasaan pabila bangun pagi lebih indah dan pabila tgk wajah suami/isteri jiwa terasa senang
-kita akan lebih cergas dan bersemangat
-rindu nak balik rumah cepat2 kerana berharap malam nie akan ada pillowtalk yang lebih indah
-perasaan membuak buak terhadap pasangan

huhuhhu oleh itu,kesimpulan dia belajarlah meluahkan dan melupakan yang tidak perlu.. apa yang diluahkan perbaikilah kerana itu lebih indah... kalau rasa tidak perlu cukuplah sekadar dilupakan dan tidak dipanjangkan...kerana hubungan itu indah ,halal itu indah dan bukan mudah nak sampai kesini dan janganlah dipersiakan...

No comments:

Post a Comment

bulan kiter..... (sweet sweet month)

nothing to sayyyyyyyyyy cuma nak beritahu.... >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>...