Wednesday 28 May 2014

kisah boring

manusia lahir atas dasar cinta...itu kata ada apa dengan cinta? tapi kehidupan??? mewarnai suka duka setiap orang bernama manusia...

kekecewaan hati!!!!
mana datangnya kekuatan?dari pengalaman ke? satu ketika gembira tuh datang dunia kecil bersama tiada masalah melalui usia remaja sama seperti orang lain...nakal remaja..indahnya dunia itu.siapa sangka siapa pernah tahu dihadapan akan ada kedukaan kealpaan dan kehinaan..mana perginya hatiku?

S
I
A
P
A

disisku?TIADA???

menepis hinaan mencari kebahagiaan mewarnai diri..mementingkan manusia yang disayangi namun mana perginya hati..?yang kadangkala rapuh kadangkala sedih kadangkala seolah olah akan mati sesaat lagi?kuatkah hati?hari ini.....hati ini masih ada tapi mana pergi denyut rasa itu?sebab sendiri...alpa diri.

berdiri  aku di satu sudut,merenung syiling mencari keputusan..padamu Ya Allah ku bermohon serah..melangkah pergi,deraian airmata...satu saat ku terasa lapang kuterasa kesyahduan..inikah pencarianku..walaupun bukan denganya...kekuatan itu perlu..menumpang disatu ruang kosong cuba tenangkan hati.lelapkan jiwa..arghhhhhhhhhh jiwa ini kosong masih mencari..air jernih mengalir lagi..mengalir bagai tiada henti..diusir diamuk perasaan marah itu..benarkah itu benarkah ini yang dilalui..
pergiku bukan tidak bertanggungjawab namun satu nekad yang perlu untuk kebahagiaan diri..
kutemui bahagia itu..namun adakah ia juga untuk seketika..dicelah-celah kemanisan saat angin duka datang terselit khilafkah aku meninggalkan??kerana pentingnya diri..
memulakan duniaku..dengan satu harapan satu kepastian kerna itu harapan..agar diri ini tenang..bukan diriku mencari simpati bukan diriku nak menjaga hati namun bukan aku jua tuk kedua kali...
tenanglah wahai hati...
sabarlah wahai diri
Jannah Amirah Batrisyia perlukan kekuatan diri
kerana kita perlu memulakan sekali lagi....


untuk apa kali ini kerna ini adalah untuk terakhir kali


Monday 19 May 2014

Hujung Minggu

salam semua...apa korang buat cuti hujung minggu baru nie..aku macam biasa tkder apa nak datang kerja malas..so mari kita meng qada tidur...sedar -sedar dah jam 11 perut lapor..bgthu en garang lapar nak makan en garang kata jom pergi makan...so decide lah kami nak pergi giant batu 9..lama jugak tak pergi kalau dulu selalu kami pergi..ahahaah biasalah kalau ada tempat baru tempat lama dilupakan..

nak pulak pagi tuh hujan lebat tau..so jalan pulak dari rumah jem tak tau kenapa?sebab dah lah ada construction MRT so semua kenderaan semua slow2 jerk...nasib destination kami dekat jerk..sampai jerk perut dah lapor..tgk makanan semua sedap jerk..pilihan kami hari tuh..#meekari #yong tau foo dan #char kuew teow hurmm makanan boleh lah..tapi agak mahal..hahaha makan macam tuh jerk RM24.00 huh..tapi dah lapor..balik tuh aku pergi beli barang nak buat nasi ayam...

so makanan tghari kami nasi ayam..haahha tghari ker?rasanya dah petang dah...
layanlah gambar kami yang selebet janji perut kenyang katanya...

tgk tingkap pun tahu hujan lebat kann

mengedik..dah lama tak buat...

eleh budget jerk tuh... en garang padahal..dia pun sama #berchamwhore



itulah cerita hari minggu kami...cerita gaduh malas nak story sebab dah bosan nanti mengenang jerk..biarlah mungkin orang kata darah manis lagi nak kahwin lagi gaduh kiter cerita yang indah2 jerk...

story DIY aku...nak upload tapi nanti2 lah sebab tengah kumpul gambar..iyerlah perjalanan nak kahwin kena upload satu persatu..senang nak ikat masa tua nanti hahaah..


Wednesday 14 May 2014

Terima Kasih...

Terima kasih...

Penerimaan Kamu terhadapku..membuatkan peritnya memendam hilang namun aku tetap merasakan diri aku sebagai yang tak setanding dirimu..buat dirimu En Garang..aku tahu kau menerima..dan lagu yang aku dengar setiap hari nie..betul2 menggambarkan siapa dirimu terhadapku...kasih sayangmu.betul-betul ikhlas dan cintamu betul mekar di hati..

 DENGARLAH BINTANG HATIKU

Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu 
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju 
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuhKu terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku 
Walau ku tahu ragamu tak utuh 
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh 
Karena bagiku engkaulah nyawaku 
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Bila dengar lagunie..dengan petikan gitar.aku selalu membayangkan dirimu main gitar dan nyanyi untuku walau aku tahu susah untuk kamu main gitar..dan nyanyi dihadapku..tetapi aku menyukai suaramu..
apapun terima kasih..14/5/14..tarikh macamana kamu menerima diriku,kekuranganku...dan kau tutupkan kekurangan itu dengan keikhlasan mu...
 

Thursday 8 May 2014

Kosong

salam jumaat..

semalam kami bergaduh lagi..entahlah aku tak faham sekarang nie makin banyak tak kena tak tahu tekanan apa yang melanda.aku memang dah tekanan bila dia makin tambah makin tambah membuatkan aku tertekan..pernah satu ketika dekat2 nak kahwin nie aku nekad dalam diri berubahlah jangan gaduh jerk buang cincin..tapi dalam nekad tuh semalam aku buka dan bagi pada dia..yer aku langgar prinsip diri tetapi hati aku sebal..bosan dengan tekanan dengan ada jerk tak kena aku tak tau harus jadi bagaimana untuknya lagi..boleh katakan aku sentiasa mendahului dia..bila aku berkata -kata seakan aku mengungkit aku tak mahu sebab setiap perbuatan yang aku lakukan sebab aku menyayangi dia..aku menerima dia seadanya..walaupun kekurangan biarlah aku melengkapi sehingga aku buat keputusan mengahwini nya..tetapi kadangkala aku juga takut..berkali-kali aku fikir banyak perasaan orang aku mungkiri..banyak hati org terluka..namun aku memang memilih dia..dia yang bakal dampingi ku di Jannah Allah S.W.T...Insyallah..

Sekarang aku takut setiap titisan air mata ku ini adalah balasan orang yang menitiskan air mata kerana ku...macamana aku terluka mungkin ramai yang terluka dengan aku..Ya Allah S.W.T aku tak berdaya..telah kucuba sedaya mungkni menjaga hati semua..namun aku juga harus memilih..mencari yang dapat mendampingi hati agar segala yang aku buat dengan keikhlasan hati...sesungguhnya aku memilih dia..namun semakin hari perkahwinan menghampiri semakin banyak dugaan hati ku ini..kadangkala dalam qiam yang panjang setiap malam ku buka mata..melihat syiling adakah ini yang terbaik..tetapkan lah hatiku panjangkanlah jodohku..jangan dugaan syaitan kerna anak adam dan hawa nak mendirikan masjid diuji teruk sehingga gagal..aku mohon agar beroleh kelapangan dalam masa yang ada nie..

masa yang ada sekarang begitu singkat ku rasakan..ramadhan yang bakal tiba niat hati ku ingin mengisi dengan amal ibadat..walaupun cuma sepasang niat namun kuharap ianya dimengerikan olehmu Ya Allah..hanyaMu mengetahui..betapa aku juga inginkan keberkatan keredhaan hidup olehmu..namun hanya jalan ini yang ada..sekurangnya aku masih punya tempat tinggal dan rezeki..bersabarlah duhai hati..ampunilah aku Ya Allah..

kadangkala aku tahu,mulutku mudah berkata -kata mudah menunjukan perbezaan kami..mudah mengibaratkan dia tidak setinggi pelajaranku..namun bila mendengar kata-kata dia yang kadangkala marah untuk satu perkara yang bukan memberi impak kehidupan hanyalah situasi di jalanan..situasi negara..membuatkan aku menegur..mungkin caraku salah mungkin ku cepat mengucap kata tetapi jauh disudut hati aku..aku nak dia berilmu..sama-sama berkongsi ilmu.cakaplah fakta yang sahih agar orang menilai kita tinggi bukan sekadar bodoh sombong..benar apa ada pada nilaian orang..namun kita bermasyarakat nilaian itu yang perkara dilihat..benarlah kata orang kita tidak mampu menjaga semua..kita tak mampu beroleh kesempurnaan..namun aku punya dia..punya seorang lelaki yang kupilih untuk dijadikan suami,ayah dan seorang anak kepada ibunya..oleh itu aku mahu dia berilmu untuk diri berilmu untuk anak..ilmu bukan sekadar pada kertas diploma pada sijil pada apa2 sahaja tetapi ilmu pada pengalaman pada pengamatan pada bincangan dengan yang arif..itu ilmu yang aku cakapkan..aku tak mahu ilmu pada amarah,ilmu pada bincangan dari bukan yang arif..ilmu dari fakta yang diputarbelit...bagi aku biarlah ia dari perbincangan yang baik..aku tahu aku tak pandai menjaga emosi,aku khilaf namun kadangkala..aku juga mahukan dirinya yang penyabar bukan diamuk emosi seperti aku..

situasi yang ku alami sekarang lebih kepada marah diam dan menegur kembali namun di dalam hati masih menyimpan kesebalan hati..kenapa?sebab tak mahu bergaduh tak mahu berpanjangan namun duhai hatiku ini tetap pedihnya kadangkala bisa mengalirkan airmata sendiri tanpa tahu mengapa..mungkin hati ini juga rapuh..serapuh diri yang semakin hilang dalam masalah sendiri..Setiap lenaku yang panjang setiap hari....aku bukan diulit mimpi yang indah kadangkala..bangun di tengah malam..melihat mana arah tujuku..setiap hari bersama dia semakin banyak aku tak memahaminya..banyak perkara yang aku kena pelajari,renungan nya..gerak tubuhnya..ia..kadangkala luaran tidak mengambarkan dalaman..mungkin kalian senang memahami pasangan kalian namun tidak mudah bagi aku..bila mempunyai pasangan yang kadangkala tidak menceritakan apa-apa hanya mengharapkan kepada ingatan diri..naluri hati sendiri..masakan aku mampu..ia aku cuba memahami,mengingati kegemaran,kesukaan ,kepantangan dirinya ku semat di kepala kuletak dihati..namun bila datang kelukaan semua itu kepalaku kosong..kepantangan,kegemaran dirinya ku lupa kerna apa?kerna hatiku marah hatiku..sakit..tetapi diriku bukan..sekejam mana hatiku rapuh mana mungkni aku menghindar dari dirinya yang kupilih yang kucuba mengerti setiap hari..yang kurenung setiap pagi yang kucuba ingati lawak2nya..mana mungkin ku hindar..tetapi bila mana dia sendiri kadangkala lupa aku juga punya hati yang rapuh..membuatkan aku sebal memberi reaksi menyakitkan walhal bukan itu mahuku..

oh duhai hati..
buanglah amarahmu...kerna dia tulus menyayangimu..mencintaimu menerimamu seadanya..oh dirimu..kawallah amarahmu,rasionalkan dirimu,terima lah ilmuku..bincanglah bersamaku apa terbuku dihatimu..kerna setiap yang berlaku semakin berliku..ku takut diriku tak mampu...ku takut ku pergi meninggalkanmu walaupun seketika..wahai dirimu..sesungguhnya aku tulus..untukmu aku mahu kamu aku ingin menjadi milikmu..jangan kau ragu diriku..kerna aku untukmu..itu janji aku hamba allah yang menghulur janji pada dunia pinjaman ini..Namun andai penciptaku mengambil nyawaku..ingin kubisikan padamu..menyayangimu memilikimu adalah anugerah dunia yang penciptaku pinjamkan kepadaku agar dibawa ke arah diredhai...
alhamdulillah
walaupun hati ini diamuk keresahan semalam...namun hubungan nie masih utuh..walaupun nampak ketegangan namun ia tidak menjejaskan ..harap2..kemanisan masih ada...


Tuesday 6 May 2014

mode: jiwang

salam..
semalam tak tahu kenapa mood aku macam ntah apa2 mungkin aku penat berfikir nak kahwin nie dengan macam-macam perkara..nak agar semuanya ok..lagi satu mungkin aku nak period.mungkinlah.. tapi sebenarnya lebih kepada stress kepala nak kahwin nak hadap manusia tak reti bahasa dan macam2 lah...heheeheh.hurmm tak apalah tentu ada jalan penyelesaianya kan..harap2 begitulah hendaklah. sampai semalam hal kecik pun aku boleh merajuk dengan en garang sampai tak nak makan dan..air mata boleh meleleh leleh gila..ntahlah sensitif sangat..

memang rasa give up sangat semalam rasa apa lah yang tak kena lagi dengan hubungan dengan cara kami..sampai aku rasa nak pergi tapi kalau emosi melebihi akal tentu buruk..aku berdiam diri.biarlah kalau airmata ne meleleh pun.sebab ianya satu kelegaan..luahan dalam sedih itu lebih menyenangkan dari bertekak..bila bertekak kadang2 kata-kata itu lebih menyakitkan.aku mencari kegembiraan kami mungkin sekarang aku tertekan dengan situasi aku cuba mengenag kembali saat manis dulu..aku mencari gambar2 lam merenung satu persatu..kemanisan itu..air mata meleleh laju..sesungguhnya aku merindui en garang merindui susah senang bersama..kenangan lalu menjadikan aku sejuk..sesejuk hati melihat dia setiap pagi yang setia menghantar dan balik kerja bersama..senyum sinis dia..gaya badan dia..walaupun tidur dia lebih mendamaikan dari jaga...namun itulah dia..orang yang sama orang yang rela setia disisi..

dalam kepala terfikir..satu drama yang menjadikan satu ketika aku tergelak dengan perangai dia..kerana drama tuh aku jadi rapat suasana jadi happy..nak tau drama apa?tentulah drama BUKAN KERANA AKU TAK CINTA #jebat #mas #hannamastura hahaha...cerita nie yang membuatkan en garang aku terlalu romantik kadang-kadang..terlalu kelakar kadang-kadang..semalam dalam lelehan air mata aku tgk wajah2 dalam drama tu..kata2 yang jebat ungkap pada mas yang satu ketika..en garang luahkan..buat aku sejuk,tergelak dan sayang sangat...dalam hati nie tahu..aku menyayanginya namun bila ada kelukaan kesedihan aku mudah rapuh..Doaku padaMU Ya Allah berikan aku kekuatan..kelapangan dada dalam menempuhi hidup ini..andai dia pilihanku jadikan dia pembimbingku ke JannahMu Ya Allah...

nak jadi cerita cari punya cari sekali adalah sekeping gambar.. macam tersama plak gambar kami dengan pelakon cerita tuh..heheehe boleh tempek kat blog!!! jadilah lagipun en garang kan nak jadi abg jebat so aku kenalah jadi mastura..tak gitu

#engarang #cik atol

#jebat # mas
hahaahahhaah....nielah penangan dia..apapun #sayasayangkamu

Monday 5 May 2014

Sakit hati!!!!

Anjing tersepit....

tengok tajuk pun tahu..ermmm entahlah aku nie nak kata jahat tak tapi nakal kowt so dari nakal aku ramia judge aku begitu begini..bagi aku tak kenal tak tahu..dah kenal tahulah jgn ingt yang lemah gemalai tuh tahu segalanya yang sembahyang yang mengaji tuh hati dia polos dan jangan sangka orang yang ntah pape nie lah yang bakal baca yasin untuk ko,yang bakal tolong ko yang bakal segala -galanya..tapi kalau dah nama manusia tak mengerti dan rasa hidup dah begitu indah dapat berkahwin pada masa yang tepat masa yang sepatutnya dan rasa perancangan dilakukan sebaik -baik kehidupan..tetapi dalam sedar melukakan banyak hati ntahlah aku nie rasa -rasa nak menjaga sampai kadang -kadang dengan en garang aku gaduh pasal orang iyerlah dia kan tak suka ambil tahu hal org tetapi sebab sikap dia orang ambil kesempatan..biarlah cuma aku tak minat dengan cara orang yang tak sedar diri tak faham situasi bodoh sombong dan rasa diri tuh betul jerk..kalau rasa perfect kenapa tidak memikirkan kesan nya?kalau rasa diri tuh penuh ilmu agama kenapa tidak dijaga sepenuhnya kalau rasa dirituh pelengkap rumah tangga kenapa tidak disediakan semuanya?
yang si isteri pulak..kalau rasa itulah syurga kamu kenapa tidak di tanya pada si suami mengapa begitu dan begini agar orang sekeliling tak terasa..nie tak si isteri pun kononnya solehah sangat..tolonglah jangan judge orang berdasarkan sikap..kalau rasa kalian jugak tidak mampu buat cara tidak mampu kami juga faham..nie tidak dasar bodoh sombong..dasar merasa diri tuh bagus dan perfect..tolonglah faham erti mengapa!!!

maaflah kalau entry nie macam mengarut tapi ni luahan hati aku..ntahlah stress nak hadap orang sebegini kalaulah boleh bersemuka dan bertanya..tapi iyerlah selagi hati ni bersabar tahan jerk...

ya allah..aku tahu aku juga banyak khilaf..banyak kekurangan tapi mohon padamu ya allah hanya dirimu tahu siapa hambamu ini....

Persamaan KAH??

Selamat pagi..gigihkan pagi2 update walhal takder apa nak story..semalam aku balik kerja sempat meluahkan perasaan terbuku di hati..hurm lega..walaupun en garang buat bodoh main hp tapi sekurang-kurangnya aku tahu dia tak lari..agaknya dalam hati redha jerk lah aku nak bebel apa pun..iyerlah aku cakap salah dia salah dia suruh aku turunkan ego..tapi percayalah..aku luahkan bukan aku tak bersyukur dengan apa yang ada jauh sekali membangga tetapi sekadar nak berkongsi pengalaman luahan rasa iyerlah kalau kiter bodoh sombong sgt tak guna..jatuh bangun aku pun berdasarkan pengalaman jadi..tak salah nak kongsi..tak apalah lupakan kesedihan aku..heheeh pagi2 bagi aku membebel memang bebelan gred A aku bagi... sebenarnya tadi tgk gambar...ada pulak persamaan aku dengan en garang..so rasa sweet sgt plak.. iyerlah sekarang nie mood tak menentu nthlah banyak fikir kowt aku nak prepare elok2..kalau perlu bersederhana perlu kalau yang wajib aku wajibkan...bukan apa banyak pihak aku nak kena jaga..so pagi2 bila tengok gambar yang ada..buat fikiran aku lega lapang........ nak tgk tak? heheeh


En garang with makanan!!!

Selfie....budget cun tapi mmg cun pun heheeh

budget macho!!! JEBAT..tgk lengan lah weiiii

Cik Atol dan makanan?? WOW

hahaahaahah......tgk kan bila perhatikan gambar -gambar kami banyak dengan budget2 dan gambar dengan makanan heeheh..iyerlah sekarang jerk kami kurang ke kedai makan kalau awal-awal dulu almost time melepak kat kedai makan jerk..hehehehe...

TARIKH SAMA...KEJADIAN BERBEZA..

#Throwback....

2013 pada tarikh nie..ada kejadian menyayat hati mengurangkan duit simpanan atau dengan kata lain zero haaha..5/5/2013....pada tarikh inilah kereta kesayangan aku rosak di bukit tagar@ tg malim.....entry  boleh refer yang macamana en garang boleh beli kereta heheeh..sebab kesian dekat aku..katanya..ermm kira tahun lepas tarikh nie sedih bagi aku lah...harap2 tahun nie ada sinar kebahagiaan tau..ermmm alhamdulillah sekarang nie penyelamat jiwa raga adalah kereta yang en garang beli sempena dengan kesusahan aku..start tarikh nie hubungan kami makin erat..di saat nie aku rasa siapa en garang di sisi aku..bayangkan daripada setiap hari keluar..pastu kami tak keluar..perasaan rasa berbelah bahagi rasanya saat jatuh terduduk..mujurlah en garang berusaha hampir setiap hari dan ada ketikanya bergaduh dan berselisih faham tapi sabar kami kekuatan kami akhirnya awal jun dapat kami kereta..alhamdulillah syukur sangat.. dan tak lama selepas tuh kereta aku siap dan menitiskan airmata jugak membayornyer..tak apalah..harinie kire aku mengenang lah tau..bagaimana setianya en garang dcc aku..menerima aku seadanya walaupun pada ketika itu kami masih lagi di awal percintaan..masih mengenal orang kata..tapi kesungguhan dia.dia buktikan sehingga sekarang malah kasih sayang dia makin menambah..aku akui dia buktikan cara dia walaupun bukan dilimpahi wah ringgit namun tanggungjawab dia setiap bulan..aku akui kadang-kadang kami seperti tidak memahami tapi bila berdiam diri dan bertolak ansur perasaan tuh makin indah.betul lah kata orang jangan buat keputusan ketika marah..tapi aku kan perempuan penuh emosi..so selalu lah melulu mujur en garang paham dan malas nak layan merapu kita haahaha.. apapun terima kasih!!!! terima kasih ..

setia dcc waktu susah...

kesayanganku...disini bermula

en garang gantikan dengan yang ini....

pandai dia ambil hati......


so sehingga saat ini..aku masih menghitung untuk menjadi miliknya yang sah halal di jannah..ya allah ya rahman ya rahim permudahkan segalanya..hanya MU yang mengerti mengapa kami begini..dan mengapa kami begitu..yang baik dari Mu yang khilaf itu dari kami..berikan peluang kepada kami untuk perbetulkan dan dekatkanlah kami jannahMu....


Sunday 4 May 2014

3 Mei 2014

tengok tengok tarikh....haah setiap bulan mei mesti aku ingat tarikh 3 Mei nie..yerlah nie lah titik permulaan aku kerja gomen..ermm dalam sedar tak sedar dah 10 tahun aku berkhidmat dengan kerajaan.erm kadang-kadang ada yang kata aku nie junior haha yerlah akak nie tak nampak macam senior yer dok?malas lah weh nak kerek.sebab aku ingat lagi time aku masuk dulu cara kerja berlainan.budak sekarang tak hormat senior.dulu aku masuk kerja adalah 6 bulan menikus tau makan ikut time semua tapi budak skang kerja baru masuk dah pergi makan ikut suka hati..biasalah..terlalu dengar kata orang kerja gomen org dia pemalas lah begitu begini..hello pokok pangkal diri okeh..orang luar tak tahu memang senang cakap orang kerja kerajaan nie senang boleh mengulor lah macam -macam hakikat dia tgk bahagian lah..kalau duk kaunter habis kerja kul 5 tentulah awal balik dia..tapi bagi yang duk seksyen penting macam kewangan dan macam aku nie?kalau hujung bulan hujung tahun..bukan petang yang kitaorang balik tapi kadang2 menjengah pagi esoknya...bukan kitaorg tak buat kerja waktu 8 jam sehari tetapi kerja yang ada phone calls yang mendering..keluar masuk bilik boss lagi..ermmm so paham lah..hanya sesetengah jerk yang boleh paham yang lain-lain akan cakap kerja gomen senang..boleh cuti sesuka hati boleh keluar lah macam2..hakikat dia kami pun terikat tau..tapi apapun sebab kakitangan kerajaan nie kan 1.2 juta so manalah nak control iyer dok..so inilah jawapan dia kerana nila setitik rosak susu sebelanga apapun kerja kerajaan nie banyaklah manfaat dia tidak dinafikan kalau tak takderlah orang berebut nak kerja gomen katanya..heheheeh apapun kepada sahabat kami semua..yang masuk pada tarikh nie badge induksi Tekam Plantation Resort ,Jerantut Pahang...u are rock..still remember our induksi so happening..ada suka duka cinta..dan ada yang ke jinjang pelamin..alhamdulillah!! kami masih lagi contact bersama walaupun jauh di mata..

tempat first lantikan as goverment servant...Pahang Darul Makmur (Hospital Pekan)
my brotherhood zul a.k.a beluncas ayam...hahahah banyak story ooo

zaman lantikan pertama tgk name tag panjang oooo skang nieh nan ado

Orang Goverment ok... tengok nametag pun tahu.. tapi muka matured dah


hahaha...itulah cerita saya...so happy anniversary..makin lama bekerja macam2 perkara dilalui...mulut orang fitnah org cacian orang tapi ini punca pendapatan saya..redha kan aja.apapun dunia pekerjaan dunia mematangkan diri oleh itu,kita berkawan biar berpada bekerja biar seada..kerana itu harta yang ada..hahaah apa punya falsafah da....harap -harap aku tabah mengharungi semua nie..kerja kerja dan terus bekerja sehingga pencen hope so.. 8/12/2042...

Friday 2 May 2014

entry tak normal

salam semua....
tengok tajuk pun dah tahu aku nak letak entry merapu dan banyak banyak sebab otak aku malas nak karang...apa yang berlaku itupun kalau sebab aku ada tulis kat kelender ofis...ha nie nak cakap untuk korang jgn buat perangai macam aku semua letak kat kelender ofis sekali nah kau aper jerk pasal ko..mulut2 lahanat tau aku buat apa...salah aku jugak letak kat kelender ofis nak mc pun tulis dulu..tapi peduli apa aku..janji gua ada mc..heheheh..bukan aku derang yang kepochi sgt nak tahu pasal aku..sampai my work station pun ceroboh..ermmmm please lah mind your own business keh..tapi whatever pun..perempuan biasalah emosi lebih kan..hahaha tgk merapu tak aku..?? dah dah mari kita buat sesi mengentry secara marathon ape jerk yang aku ingat aku karang kalau aku tipu pun bukan tahu pun hahaah..hello mokcik tak tipu okeh...

okeh...
17/4/14 punya story aku dah cerita...balik kg..jumpa fmaily n happy..leh kawennnnn..

18/4/14
aku memang dah kat kampung pun...kg en garang..biasalah buat kerja -kerja sebab nak gotong royong abang en garang nak kahwin..so bersedia jadi bibik..tapi happy diterima okeh ini bibik banyak cakap punya olang ooooooooo...

19/4/14

persiapan perkahwinan...alang n watie!!! dan kenduri doa selamat mak nak pergi umrah....alhamdulillah waktu entry nie ditulis mak tgh mengerjakan umrah dgn abah..doakan atul dengan anak mak tau...bahagia bila mak merestui....waktu nie rumah meriah sgt semua ada...walaupun tidur tak cukup tapi demi family..harus tau -gambar sila refer facebook..macam2 bau ada ikan,daging,asap ,santan..heheeh dan.......aku ada pergi kedai emas heheeheh beli barang untuk kahwin memang puas hati..skang resit kat en garang kenapa?nak tolong bayor ker?heheeheh silakan!!!!

20/4/14

yeayyyyyyy alang & watie big day...semoga bahagia sehingga ke syurga...pasnie kami pulak tau..jangan lupa tau!!!

21/4/14

proses mengemas rumah...sebab semua nak balik dah..pastu jalan-jalan umah makngah..hehehe mat adik en garang nak tgk awek dia yang sama nama dengan aku...ermmm not bad..nasi ayam sedap oooooooo lagi pulak awek dia pandai buat roti n bakery kira pandai ...aku?pandai makan boleh lah...petang.......... semua pakat balik dan singgah umah ateh..makan mee bandung sedap oooo lapor kowt heheeh..around 1am kitaorang sampai..huh letih tapi berbaloiiiiiiiii

22/4/14

aku mc lagi heheeh tak tau buat apa aku dengan en garang merayau..makan mcd..jalan2 jusco hurmmm cover penat sebenarnya..ok lah kan dapat habis masa bersama.

25/4/14

nothing happen just ada kursus dan habiskan masa biasa jerk....sbb en garang balik gerik ambil mak ..mak nak pergi umrah ahad nie

26/4/14

mak n family dari gerik datang sebab mak nak pergi umrah...best part family dtg umah en garang..aku masak fuyooooo dapat pujian paprik campur,sup ayam,ikan goreng..but malam tuh ada peristiwa sedih dan aku gaduh dgn en garang..abg ayah isha meninggal dan ada salah faham sikit aku dengan en garang tapi tak apalah...yang pergi tetap pergi kita di dunia pinjaman ini perlu ingat allah swt sentiasa menguji hambanya...
walaupun aku perit dengan cara en garang...tapi lupakan demi kebahagiaan hehehe

27/4/14

pagiii aku tak sempat hantar mak kat klia..hope mak ingat pesanan aku harituh nak mak doa..atul & joe.. pastu malam tuh aku ikut en garang hantar family dia balik gerik penat tapi...happy makan makan makan dan makan hehehe...sampai balik kl jam 3 pagi fuyoooooo bengkak mata den nak sampai ofis ngantuk oooo heheeheh...

29/4/14

happy moment.......peegi dengan en garang jalan masjid india misi mencari kain baju kahwin kami..happy tau bila en garang pilihkan semua tau..so tema kami jadilah hijau kunig...kedah kedah..tapi perak macamana tuh?tapi memang warna yang best hishhhhhhhhh tak sabar tau..nak tgk nanti tau..en garang pun nampak happy dengan pilihan dia..siap satu misi tau.walaupun pilih dalam waktu singkat tapi berbaloi..siap dapat baju untuk ateh...ermmm happy tau thanks en garang...kita happy kamu bagi pendapat kamu

30/4/14

kerja seperti biasa....tau!!!! sebab esok cuti 1 mei............selamat hari pekerja!!!!!! lagi pula ada misi nak hantar tailor baju kahwin kita...dan kiter ada order monopod n shutter online tak sabar nak berselfie....dan nak buat pre wedding picture tau..hehehehe tunggu.....

1/5/14

yeay cuti hari pekerja..........tidur dengan jayanya...bangun bangun pergi puchong hantar baju kahwin kita..puas hati sebab akak tailor ikut apa kita nak siap syor idea yang bernas tak sabar nak tgk hasil......sure gempak almaklumlah ikut kehendak kain pulak en garang pilihkan..dan akak tailor puji pandai pilih fuhhhhhhhh lega!! sembang2 dengan sepupu..hurm leka jugak...malam jumpa en garang kita pergi makan satay.........sekali kau nah penuh gila satay kajang hj samuri..takper lama tak makan gigih tunggu tau..makan sorang 15cucuk..fuhhhhhhhhhhhh tersedak nak habiskan..tapi gigih habiskan gambar siler refer fb heheheheeh...haha tentu tension kan entry panjang sekali gambar nan ado...hahaah boleh upload gambar tkder kena mengena...nak nak nak??? hanya gambar tuh aku jerk tahu..

pilih...dan pilih

pilih dan bayorrrrrrrrr deposit

kenduri oh kenduri

peringatan dan terus beringat

takder kerja dan rehat selepas penat di kg

selfieeeeeeeeeeeeeeee

hahaaahahahaha so gambar -gambar di atas hanya aku jer tahu bila dan kat mana...tapi ada kena mengena dgn entry kat atas..cuma hari tarikh suka hati aku hahahha.kata blog saya jadi nie lah jadinya..
tadaaaaaaaaaaa..... tunggu bulan 5 gigih tak aku update..kalau tak?hurmmmmmmmmmmm tak tahulah


bulan kiter..... (sweet sweet month)

nothing to sayyyyyyyyyy cuma nak beritahu.... >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>...