Thursday 29 January 2015

risau

harinie balik...ipoh,gerik....ntlah tak sabar nak tgk abah..mak kata abah ok tapi selagi tak tgk depan mata
hati nie risau..sgt2

Ya Allah permudahkan urusan familyku..sembuhkanlah abahku....

Wednesday 28 January 2015

aku rindu...

sungguh aku rindu....
rindu sgt..pada dia mungkin memori itu sikit tapi di dalam pc yang aku luahkan setiap hari tersimpan beratus2 gambar kami dahulu...air mata mesti tumpah bila melihatnya....sungguh aku rindu dia...
bukan aku sengaja menjauh tetapi aku harap sangat dia mengerti apa yang berlaku...aku jua memohon maaf andai aku jua salah mungkin telah mengabaikan dia,tak jadi isteri seperti dia mahukan,tidak dapat memenuhi kehendak dia yang ingin senang...tapi insyallah berkongsi itu tidak akan merugikan mungkin hari ini aku memerlukan bantuan mu..mana tahu, akan datang allah swt berikan aku rezeki yang tidak dijangka dan aku pula dapat membantumu..doakan aku kearah itu yer...
andai diri ini menjauh dekatkanlah dirimu..aku sayang kepadamu...dibelakangmu aku jua menangis merinduimu..sayang aku kasih aku tak pernah kurang...aku suka mengenang sewaktu dulu denganmu...
entahlah....

kalau tgk gambar nie aku selalu senyum...sorang2 kisah air panas rindu sgt tgk gmbr nie...abg nampak happy je

abg ukir nama Zul Tawai erk..? ingt org dulu2 jer suka conteng pokok...abg pun suka..hehehehe memori sgt kan.


untuk abg....

Saya rindu ...
lagu ini khas untuk abg.... sebab syg memang sentiasa memerlukan abg
saat saya keluar rumah pagi tadi sepanjang perjalanan saya ingt abg... dan saat lagu nie keluar mmg betul2 apa yang lirik ini lagukan sayang memang perlukanMU.. Love u

BUAT AKU TERSENYUM

Datanglah Sayang Dan Biarkan Aku Berbaring
Di Pelukanmu,walaupun 'tuk Sejenak
Usaplah Dahiku Dan Kan Kukatakan Semua

Reff 1:
Bilaku Lelah Tetaplah Di Sini
Jangan Tinggalkan Aku Sendiri
Bilaku Marah Biarkan Ku Bersandar
Jangan Kau Pergi Untuk Menghindar
Rasakan Resahku Dan Buat Aku Tersenyum
Dengan Canda Tawamu,walaupun Tuk Sekejap
Kar'na Hanya Engkaulah Yang Sangggup Redakan Aku

Reff: Kar'na Engkaulah Satu-satunya Untukku
Dan Pastikan Kita Selalu Bersama
Kar'na Dirimulah Yang Sanggup Mengerti Aku
Dalam Susah Maupun Senang
Brigde:
Dapatkah Engkau Selalu Menjagaku
Dan Mampukah Engkau Mempertahankanku ...
Kembali Ke: Reff 1

Penat...

tak tahulah mungkin aku harus pergi...hati ini dah rasa sepi mengenang masa lalu membuat aku kuat...tahu satu ketika pernah ada kegembiraan kerana adanya duit dan kesenangan walaupun tidak halal...
aku akur dan redha mungkin kami bahagia kerana duit tapi bukan kerana cinta..
aku nak melupakan semua nie...tapi memori terlalu banyak..separuh dari badan aku pun zuriat dia yang kubawa...aku tak tahu apa lagi perlu ku lakukan...menangis ,meraung ,merintih pun hanya untuk apa kerana apa?untuk apa?adakah ia boleh berubah?bagiku mungkin harapan kegembiraan dia bukan denganku...
nthlah...adakah aku ego...tidak sejak bergelar isteri aku tak letak ego di depan sebab aku terlalu kasihkan dia....tapi semakin lama...aku makin menjauh dengan dia..bila di imbas gambar lama sungguh aku rindu...aku rindu dia yang dulu..aku tahu dulu dia tulus denganku...tapi jgn rindu aku yang lalu kerana aku dulu bukan isterimu masih bebas berkawan sehingga aku sah milikmu...
detik 7/6/14 saat org tuamu datang menemui keluargaku...dalam hatiku nekad hanya padamu aku setia aku kasih dan aku akan sayang kamu dan familymu seperti aku kasih pada keluarga sendiri..dan bila lafaz takliq 30/8/2014 kau lafazkan aku milikmu..hanya syukur kupanjatkan kerana kita berjaya dalam harungi fasa percintaan yang ibarat tidak dapat dipisahkan dan kadangkala membuat aku takut jadi benda yang memalukan family kita..alhamdulillah kita berjaya...namun angan2 tak selalu indah..kata2 orang suami isteri berkongsi suka duka susah senang bagi aku inilah rasanya sekarang....entahlah kuatkanlah hati tabahkanlah jiwa....menghadapi hari2 mendatang apa saja yang terlafaz terlarih aku redha...
aku harap luahan hati aku disini tidak disalah anggap bukan ungkit bukan menyalahkan dia tapi memohon sedikit pengertian dan lebih memahami kedudukan isteri darimu insan yang bergelar suamiku...

buat suamiku....tgk renung lihatlah gambar ini fikir saat ini dan tarikh nie kat mana dan apa ada dalam hatimu......siapa dirimu dan apa matlamatmu terhadapku...tarik nafas dalam2 dan fikir apa yang jadi dengan kita sekarang adakah masih ceria seperti ini???
apapun....aku tetap menyayangimu sungguhpun aku nampak semakin menjauh darimu...
aku masih ingat pada ayat : kalau nak kawan dengan saya jgn pakai skirt lg....

airmata jangan tumpah terlalu banyak aku menangis...


Tuesday 27 January 2015

hancur rasa

pernah tak rasa hancur hati,rasa pedih sgt bila org yang paling hampir dengan kita tidak memahami malah tidak dapat membantu terhadap diri kita malahan bertanya kembali apa yang kita cakapkan luahkan dan meragui apa yang kita cakapkan.aku tak faham dari segi ni sebab bagi aku mempercayai pasangan lagi penting dari kawan2..betul aku cakap waktu percintaan bagi aku,boleh kita main2 sebab tak melibatkan family tak melibatkan maruah keluarga tapi bila dah kahwin buruk baik terpalit nama family,terjadi sesuatu akan keruhkan lagi keadaan hubungan baik mesti renggang..ntahlah aku susah nak cakap..
bila perkahwinan nie dianggap mudah..seolah olah melepaskan tanggungjawab yang nampak remeh tapi besar bagi aku..
tak malu rasanya aku memang "broke" skang istilah lain memang pokai..tiada apa2 tiada simpanan kerana aku perlu dahulukan mana yang penting bagi aku,kadangkala nampak macam tak masuk akal..tapi kalau itu hakikat yang tak masuk akal tu lah aku kena hadap dengan hati lapang walaupun perit sebenarnya...
dari segi kewangan nampak macam aku bergaji besar tetapi lumrah kakitangan kerajaan hutang mesti ada...dan aku bukanlah anggota baru kerja yang baru nak hidup aku dah bekerja lebih 10 tahun...aku pernah menjadi satu2nya mata pencarian keluarga..aku hutang sana -sini pun sebab family aku....aku bangga dapat menolong family aku walaupun akhirnya walau dah bertahun2 aku masih lagi dihimpit kesusahan..aku tahu besar ganjaran untuk aku nanti..cuma sekarang aku menangis..
sebelum kahwin,aku memang nampak macam best ada kereta boleh shopping boleh jalan2..sebab apa aku tak terikat aku tak perlukan keizinan siapa,aku bebas berkawan...walaupun aku memang pokai tetapi aku boleh jerk makan dgn kawan2 yang nak belanja aku tak kisahlah lelaki pun..memang aku ramai kawan lelaki dari perempuan aku boleh bergantung hidup pada kawan2 pada aku istilah susah waktu bujang tk kisah sebab orang tak kan kaitkan dengan sesiapa tetapi bila dah kahwin?
soalan pertama org ajukan... laki tak tolong?suami tak tahu?tak kan lah?
hurmmmmmmm tolonglah aku memang bukan suka org jaga tepi kain aku aib aku tak kan aku buka...kalau aku minta tlg tapi tak nak tolong cakap.tapi jangan persoalkan sebab kalau persoalkan pastu bagi apa yang aku minta aku dengan rela berkata-kata tapi sekadar nak tahu kemudian bertanya macam2 lupakan...aku memang dididik..jangan cerita hal kain kita dekat org sebab orang bukan nak tolong sekadar menjaja..
semalam aku rasa kecewa sgt2..kalau lah semalam hari last aku hidup kat dunia nie..aku rasa aku mati dalam keadaan mata celik..ntahlah susah aku nak cakap..
semalam walaupun aku tahu birthday dia tapi..aku memang perlukan aku takut kalau kereta rosak.aku dah pernah rasa kereta rosak bukan salah aku tapi aku nak minta tlg pun terpaksa menangis nak minta pertolongan dia dgn alasan dia pun takder..ntahlah bagi aku kalau aku mampu aku tak kan minta dia tlg..aku akan usahakan tapi..bagus ker untuk seorang isteri (khas untuk perempuan berkahwin) minta tlg lelaki lain???
kenapa aku cakap lelaki?sebab hanya lelaki senang tlg perempuan kalau minta tlg perempuan bukan nya tolong tapi mengumpat adalah...aku sejak berkahwin aku memang simpan ssh aku nasib aku..sebab aku tak nak orang kata suami aku tak mampu tak bagi apa2 baru kahwin tak kan lah macam tuh..bagi aku diaorang tak duduk di tempat aku..
kalau aku susah pun aku minta tlg dengan orang yang aku percaya jerk..itupun kalau dah kerap adalah jugak dipersoalkan laki kau mana..aku dah tak mampu nak hadap.
aku cuba suarakan boleh tak dia bantu aku untuk barang2 dapur..sekurang2 nya aku ada duit dalam tangan dari tarikh dia gaji sehingga aku dapat ot..betul aku perit bila nak kena keluarkan duit untuk bahan basah dan kering kadang2 malu aku bayar guna duit 5sen,10sen tapi kalau itu yang perlu dan gembirakan hati semua org aku rela jerk..
sebab bagi aku kalau tak apa yang kami nak makan..dengan keadaan aku mengandung sekarang..emosi tersiksa,badan penat...aku perlukan benda yang mengembirakan tapi masuk 5 bulan aku tetap lalui yang sama jerk..menangis menangis dan terus menangis...aku tak salahkan anak aku kalau keluar esok jadi pemuram sebab emosi ibu dia memang begitu waktu mengandung..kadangkala aku fikir biarlah aku bisu dari bercakap tapi tak memberi apa2 makna..
aku kadangkala pelik kenapa susah sangat dia hendak memberi@menghulurkan duit yang sepatutnya buat aku?kenapa mesti aku minta dan kalau minta pun kenapa nak marah2??
jawapan yang selalu aku terima abg pun takder macamana?kalau ada abg bagi...tapi ada ker bagi?aku tak cakap benda nie satu ungkitan tapi aku soalkan pasal hak..aku terfikir kat mana dia letak diri aku?org gaji dia ker?cukuplah aku macam orang gaji sendiri di rumah...dah minum tak reti basuh,kalau bersemut tak payah lap,dapur berminyak tak payah lap,habuk rokok biar bersepah,tgk tv remote bersepah,tilam dan bantal dibiarkan,kusyen2 dipenye2kan macam aku ada duit nak beli tiap2 bulan,kain jemur biar berhari2,sampah busuk dibiarkan,kalau tiada plastik letak sahaja di sink..kalaulah yang buat nie budak atau taraf anak2 aku sebagai ibu rela hati kemas tapi kalau dah layak kahwin aku rasa tak releven aku tahu..erti kongsi dan bayar sewa tapi kalau aku sendiri rasa macam org gaji...kadang2 rasa menangis sendiri dengan kebebasan tiada.. yang suami semakin lama semakin sibuk dari balik kul 5.30 dah jadi kul 7 , 8,8.30,9.00 dan pernah sampai 10.00mlm..bila di soal kerja banyak..adakah department sendiri tapi tidak..nak cakap serba tak kena..aku tak kisah bab tuh sebenarnya tapi kalau dia berpenat lelah sebegitu untuk keperluan rumah aku rela hati malah senang hati nak sambut dia dgn senyuman,dgn masak mkn malam malah nak urutkan badan dia...namun
hancur hati aku kalau kerja bagai nak rak..jawapan cukup bulan abg pun takder!!! dah lah balik lewat hadap muka anak bini tak sampai setengah jam tak bercakap apa leka belek hp balik umah siap2 nak keluar main futsal..apa ingat aku tunggul?aku keluar rumah seawal 5.30pgi aku jumpa muka dia jam 8.00mlm aku tak bercakap papa dengan dia sebab dia main futsal bila balik aku dah tidur...dulu satu tempat kerja pun boleh msg boleh lg bg makan..nie lain tempat kerja msg pun ssh kalau nak suruh beli makan banyak alasan,alasan paling famous ingt saya ada duit ker?ok takper saya tahan biar baby lapar..janji tak habis duit awak...walaupun kat telinga dengar td laki kau belanja aku...nthlah kalau apa yang aku kisahkan nie macam satu ungkitan pada dia tapi percayalah aku tak ungkit aku nak dia faham sejauh mana dia berubah dan tolong berubah demi kebaikan bukan ke arah kehancuran rumah tangga..tak miskin darjat suami kalau hulurkan duit pada isteri malah allah swt gantikan rezeki lain untuk kau cari buat family..
aku tahu dia baca setiap luahan aku...
buat kamu wahai suamiku saya cuma nak awak tahu ini perubahan awak paling ketara sepanjang 1tahun 10bln kita kawan,bercinta dan berkahwin...

dulu :(fasa berkawan & bercinta)

1- sibuk macamana pun awak sms tetap ada,even atas tangga pun boleh lagi walau sekadar msg watper?
2- walaupun gaji awak kecil dan awak sendiri tak cukup makan duduk di kl tapi awak akan senang hati belanja saya bila awak ada rezeki lebih walau saya tak minta.
3- awak pernah buat saya terharu balik2 dari projek awak terus bagi duit projek tuh pada saya untuk sy simpan walaupun awak yang buat kerja tuh bukan sy
4- awak akan luangkan masa lebih dengan saya berbanding kawan2
5- kalau balik kg 3kali awak balik dgn saya..awak keluarkan duit poket awak untuk minyak dan tol tak minta sy..malah kalau saya bawa mak awak keluar awak bagi sy duit untuk belanja walau sy tak minta.
6- awak pernah tawarkan duit untuk saya pakai dalam akaun awak waktu kereta sy rosak...sehingga last2 awak sanggup korban beli kereta demi saya.waktu tu awak bagi tanpa perlu saya minta dan menangis pun
7- awak sanggup dengar luahan saya bebelan saya walaupun jam dah angka 2pagi.
8-kalau saya cakap saya teringin nak dan minta awak belikan awak akan bagitahu bila awak boleh belikan dan tiba masa tak perlu cakap awak sendiri akan ajak saya pergi beli..awal2 saya pakai tudung ada 2-3 helai awak bg duit untuk sy beli.
9-saya selalu perhati awak dulu duduk di rumah sewa ada beli gula,bawang,sabun,kicap tanpa perlu disuruh kerana itu keperluan awak tapi sekarang tidak
10-kalau dulu balik kerja awak boleh singgah kedai beli makan walaupun cuma goreng pisang atau keropok untuk kudap2 tapi sekarang tiada


sekarang: (berkahwin)
1- kalau saya tak msg awak boleh tak msg sy sampai ptg..alasanya dah tentu pergi kerja sekali balik sekali..msg pun untuk penting2...sahaja tiada lagi macam dulu sehingga msg bapak mertua sakit pun dipandang sepi..
2- gaji awak lagi besar malahan ada ot takperlu tunggu duit projek tapi tak seperti dulu malah kalau nak belanja pun saya kena meminta -minta.kadangkala ok kadangkala dibalas dgn jawapan saya mana ada duit walhal saya tak minta apa2 pun
3- sekarang tiada lagi huluran seikhlas hati dari awak sendiri untuk saya,kalau nak kena minta itupun untuk untuk yang perlu kadangkala dipersoalkan mana duit awak.
4- masa untuk saya tiada,sudahlah dirumah sendiri tiada privasi..saya terima sebab faham situasi tapi kalau sehari suntuk dahlah kerja,balik lewat  nak keluar lagi dengan kat rumah ditinggalkan dengan org2 bukan muhrim..kadangkala timbul rasa tak sedap hati suami keluar isteri ditinggalkan
5- sekarang kalau balik kg mesti saya kena bantu awak..kalau saya minta awak dahulukan semua awak akan cakap tak kan saya seorang..saya pun susah nak jawab hal nie..sebab benda nie kalau saya ada saya tak lokek untuk berkongsi
6- saya sekarang takut kalau kereta rosak sebab saya takut dieprsalahkan dan saya masih teringat pergaduhan kita hanya sebab kereta rosak...yang bagi saya bukan saya tahu kereta nak rosak
7- kalau saya luah,awak tak percaya awak kata tak masuk akal,saya saja nak ungkit2 saya ambil tahu hal family awak saya campurtgn hal adik beradik awak tapi kadangkala saya sebenarnya nak kebaikan untuk semua
8- kalau saya cakap saya teringin saya nak papa awak akan cakap takder macamana nak bagi..tapi bagi saya kalau saya ada lebih ckit pun sy mesti fikir apa yang awak perlukan..minyak rambut,spender,deodorant sebab bagi saya hati saya gembira dapat penuhi kehendak awak walaupun saya sendiri kena korbankan tak boleh beli bedak muka atau myak wangi,pernah satu bulan saya balik kg dan bila balik sini tgk awal beli brg keperluan awak sendiri tak terfikir ke nak belikan saya juga walaupun minyak wangi harga RM10.tapi tak hanya untuk awak
9-saya perhatikan awak tak lagi alert seperti dulu,kalau bawang habis awak tak beli..awak tak pernah nak tnya minyak,beras,bawang,susu,kicap,sos,gula,teh itu semua kalau habis kadangkala sampai habis baru awak nak beli dan kebetulan kalau habis waktu duit awak takder dgn muka masam awak pergi beli itupun bila disuruh..tak boleh ker beli atau hulur duit suruh beli apa yang takder..saya pun segan terhegeh2 minta kat awak untuk keperluan umah tangga sebab muka awak tak pernah manis time memberi
10-awak tak lagi macam dulu,kalau dulu ptg2 ada awak naik motor beli goreng pisang atau beli kudap2 sementara dapat makan malam tapi sekarang tak even sebuku roti kelapa untuk cicah air teh pun payah awak nak singgah beli...


entahlah kalau di baca dari atas macam saya ungkit macam2 tapi percayalah saya tulis nie bukan nak tala atau tuding jari pada awak.saya tahu mungkin saya pun banyak berubah,banyak buat awak beban sebab awak berkahwin dgn saya,mungkin saya buat diri awak tak bahagia...awak tak patut dengan saya atau seumpanya..
tapi percayalah saya luahkan untuk kebaikan untuk sama2 tidak berdosa biar kita rasa kahwin itu lagi indah dari bercinta..janganlah kita biarkan sebaliknya..
saya hargai kesanggupan awak ambil saya sebagai isteri...
saya tahu awak tak senang dengan saya

saya rabiaatul adawiah sebenarnya sayangkan awak tk kira macamana diri awak tapi saya juga berhak bersuara agar keluarga kita harmoni..kerana saya taknak andai apa2 jadi hubungan yang elok antara family kita jadi tak elok sebab masalah kita berdua...

maafkan saya kalau saya bukan insan pilihan hati awak..anggaplah saya apapun asal awak menghargai saya.


Monday 26 January 2015

babymoon...

salam semua banyak sangat rasa nak cerita sedih suram macam2 rasa ada tapi adatlah hadap jangan tak hadap..

mari kita cerita yang best campur tak best yerlah tuan blog kan angan2 tinggi bila tak dapat sentap sendiri nak luah jadi gaduh plak..ntahlah kadang2 rasa meluahkan tuh jadi semakin ntah pape tapi kalau tak cakap mendiamkan diri rasa perit sgt sedar2 airmata mengalir hati jadi keras macam batu kepala lagilah ada angin pusar2...nak calmdown memang lambat...

24/1/15-25/1/15...first honeymoon..dah tak leh pakai honeymoon sbb anak abah ikut sekali dalam perut ibu..jadi babymoon huhuhhu..sebenarnya takderlah honeymoon sgt tapi lebih kepada nak duduk berdua habis masa bersama..iyerlah benda tuh tak dapat kat rumah sendiri so kenalah cari ruang sendiri konon nak rasa kan huhuhhu.. kira babymoon kami nie merangkap sekali hadiah birthday en garang patutnya 26/1/15 (isnin) tapi sebab dia takleh cuti kena awalkan sehari lah...
tak jauh pun kami pergi PD jerk sesuai dengan jiwa kami nak laut kononya nak repeat pg cherating kos besar..so kita pergi dekat2 ckit ada rezeki kita repeat tempat best ckit yer sambil bawa baby nnti tak pun baby bagi mak jaga huhhuh boleh tak gitu?
niat di hati nak hotel ada kolam dalam bilik boleh feeling2 dalam kolam tapi sebab aku mampu setakat tuh jadilah...janji hadiah buat dia dan kami dapat bersama..
sebab sebelum pergi nie pun banyak kali gaduh banyak kali masam muka..aku pun tak tahulah..aku doa banyak2 dipermudahkan urusan kami dalam melayari bahtera umah tangga.
pagi sabtu sebelum bertolak aku sempat siap2kan umah dulu kemas2 masak sarapan sempatlah en garang main gitar dulu..iyerlah PD dengan rumah tak jauh pun lalu ikut LEKAS tapi hahaah tak lekas pun jem dekat bandar seremban..en garang tanya aku ,aku jawab kejap jerk setengah jam..berbulu jerk dia dgr jawapan aku..nthlah aku mungkin suka travel kowt so rasa jerk dekat sebab dia tak suka bawa kereta jadi dia rasa lama...lagi satu jalan pun dia tak hafal..aku sebenarnya bukan hafal jalan sgt tapi suka baca signboard tuh sebab aku kadang2 lambat bgthu..selalunya mmg kena marah..bagi aku apa salah sambil bawa tgk sendiri signboard jgn tanya org...aku dahlah rabun dah dekat baru nampak signboard jadi lambat bgthu dah marah2...pelik aku...aku kalau drive sendiri kalau tempat baru aku jarang nak laju2 nie..sebab safety kan..tapi manusia berbeza even suami sendiri tahu nak senang jerk...bukan nak tgk signboard tanya jerk budget aku pro giler...lambat dan salah mula marah2..heran jerk diri aku..ada jugak dalam kereta aku sentap dengan soalan dia samapi hilang mood dah aku tapi bila dah sampai aku cuba hilangkan rasa tuh yerlah dah lama rancang kowt nak masam muka kan..
kami bertolak dalam kul 12.30tgh sebab aku target sampai2 terus nak check in lepak2 ptg pergi mandi laut...
en garang tnya aku nak mandi laut ker?aku cakap nak lah sebab aku teringin dari pergi peneng lagi tapi tak dapat...sebab dia tak ikut..sampai jerk PD dalam 2.30pm terus check in dapat bilik..tgk hotel bolehlah..tapi pasni aku tetap azam nak simpan duit nak pergi hotel best ckit .... lepak2 dalam bilik layan hindustan huhuhu one2ka4 dulu...pastu kami siap2 pergi laut..
alhamdulillah senang jgk dapat parking iyerlah PD kalau hujung minggu agak ramai org iyerlah itu jer yg dekat dgn KL..dalam kul 6 kami kat pantai aku dah target nak tgk sunset..konon nak mood romantikaku kan cita2 besar...yerlah dulu2 bercinta boleh kenapa dah kahwin nthpape..tapi betulalah haram tuh nampak indah dari halal..dah halal nie jadi ala kadar jerk..terkilan aku..
kami jalan2 takder pegang2 tgn ok..tak romantik langsung nthlah..ingt nak jgk pegang tgn aku jalan pantai sama2 tapi takder pun lebih kepada macam kawan jerk..sampai tepi pantai aku cuba ingt balik gambar kat cherating konon nak samakan...balik yerlah sweet waktu dulu..aku letak tepi lah perasaan tuh ambil lah gambar2 jugak..pastu duduk tepi laut ingt dia nak lah main air sama2 dgn aku tapi tak duduk jerk tgk laut katanya air kotor tak best cetek...bagi aku tak salah pun sekali sekala bukan selalu dtg pantai pun aku pun bukan bawa baju nak salin sebab sengaja aku pakai jersi dgn seluar senang kering sebab balik hotel boleh mandi..lagipun hotel tuh bukan marah pun aku dah survey awal2...
aku mula2 main air sorang2 jalan jauh2 sebab kebetulan air surut..kena ketengah baru best..sambil jalan aku fikir tak risau ker dia kalau tiba2 air pasang aku lemas dah dia takder aku dgn baby..aku perhati dia buat bodoh jerk duk tepi pantai...aku memang kecewa gila sikap dia..takleh nak happykan isteri sendiri...kotor pasir tu apalah sgt cuba kalau dgn kawan comfirm main air dah...beza kan bercinta dan kahwin nie..aku dari nak main air terus aku mandi jerk..layan jiwa sorang2...puas aku main aku naik kat pantai dia marah2 aku konon tk bawa baju nanti basah lah aku cakaplah kereta kita seat leather boleh lap..mood aku dah tension jerk aku malas nak balik lagi nak tgk sunset..aku sedih aku main pasir sorang2..niat nak tulis kata i love you pun malas dah kat pasir bagi aku..kalau macam nie baik duk rumah jerk..datang tapi tak seronok..aku diam jerk tahan air mata bila sunset dah ada...aku cakaplah jugak dgn dia ..dia nak amik gambar aku layankanlah gambar nampak indah tapi dalam hati sayu habaq ang..iyerlah nak feeling romantik mmg takder aku perhati sekeliling tgk couple2 macam indah jerk rasa tak adil jerk bg aku dulu time tak sah boleh jerk manja2 mesra2 dah sah nie sekadar ada jerk...kenapa tak ulang masa dulu...kadang2 dalam kepala tnya best ker kahwin?tapi itulah hakikat kita kan...
maghrib kami dah ada kat hotel..siap mandi semua...dia dah sibuk ajak keluar...aku konon nak manja2 dulu lepak2 tapi fikir kuar jerklah ...kuar2 nampak pasar malam boleh singgah beli barang makan plus perut pun dah lapar...maaf en garang saya tak berapa nak ada kalau ikut hati nak belanja awak dekat restoran yang kita pergi dulu..awak ada tunjuk saya saja buat2 tak nampak..nanti kalau ada kita repeat ok..
malam tuh lah adalah romantik sikit jalan pegang tgn aku..tapi kejap jerk..pastu balik macam biasa malam jalan kat pantai pun tak pegang tgn..tak salah pun kalau peluk2 aku..dah halal..atau malu tgk perut aku semakin besar?aku malas dah nak fikir mood romantik tuh bagi aku jadilah dah dpt sampai dan hadiahkan dia percutian tak seberapa nie sempena birthday dia..aku mmg ingt nak celebrate lagi 26/1/15 tapi sebab kekurangan pada aku nie aku rangkum sekali..babymoon,birthday boy...
ahad 25/1/15
bangun pagi aku ajak dia sarapan kat hotel walaupun tak best ala kadar tapi ok lah kenyangkan perut..
kul 12tgh kami balik ke umah kejap jerk masa perjalanan huhuhhu...en garang dah start tak sihat memang dari malam lagi dia dah tak sedap badan..tekak dia tak sedap nak makan kfc katanya..ok lah aku belanja dia sebab bg aku birthday boy...kami pergi kfc dekat jusco umah kami jerk..huhuhuhuh senang..dalam kereta aku ada tanya jugak kat dia kalau dulu orang lain nak kat dia dia nak tak..dia tak jawab pun dia buat2 tak dengar..sebenarnya..aku kadang2 menangis jugak iyerlah sebenarnya betul ker dia sayangkan aku sorang?dia mmg nak peristerikan aku ker?atau dia suka kat aku yg dulu bukan yang dah jadi isteri nie..ntahlah kadang2 aku rasa macam tak padan..tapi aku dah usaha sehabis baik nak gembirakan dia walau aku bnyak terluka...aku cuba untuk dia family dia sebaiknya..nthlah..
samapi umah kul 3pm..kami terus rehat..dia terus tidur almaklumlah badan pun tak sihat..malam tuh aku masak lauk simple jerk ayam kicap dgn kangkung goreng belacan..
dalam hati aku target nak tunggu kul 12 nak wish birthday tapi aku dah ngantuk..maaflah bukan tak nak wish tapi sayang dah kata semuan ie sempena birthday awak dan honeymoon kita yang first...nnti insyallah ada rezeki kita repeat k...
akhirnya pagi 26/1/15 aku wish birthday dia guna sms..aku cuti,saja jer konon nak dia cuti atau mc sebab dia tak sihat tapi dia nak kerja so ikutlah....hari birthday dia ada benda tak best tapi aku tetap doakan jodoh kami berpanjangan...aku sayang dia Ya Allah




pic babymoon kami

sekarang 24/1/15

cherating...style sama

PD 24/1/15

Cherating dulu....
sunset...

sunset.....

PD 24/1/15 style

Cherating style sama....

preggy mom

muka happy sebelum bertolak
jatuh cinta dengan suami sendiri..makin renung makin sayu rasa...harap2 berkekalan awak suami saya


dear en garang....
apapun jadi awak saya dah letak dalam hati saya paling dalam..doa2 kita kuat hadap semua nie ketahui lah luahan saya rintihan saya untuk kebaikan kita tidak sedikitpun nak bebankan awak..sayangilah saya seperti mana saya menyayangi awak...bukan untuk sekarang malah sehingga ke jannah amin..
happy till end

Wednesday 21 January 2015

alahan

huh harinie rasa teruk sgt..
pagi tadi rasa ngantuk jerk ingt biasalah sebab awal pagi dah bgn ...alas perut dengan makan bekal yang dibawa...ok lah tghari rasa melayang bawa kereta tahan jerklah..sekali dah settle semua rasa berpinar mata...msg dia sebab tekak rasa teringin sgt nak nasi ayam..tunggu2 tak jawab..nangis sebab rasa sgt macam tak dapat benda makan..kul 1.45 dah ada kat ofis tak larat..tunggu ingt dia dtg hantar makan..tak jugak sekali msg kata tak dpt msg kata dekat tmpat kerja.ntah malas nak cakap apa dah...sebab rasa lah tekak nie mcm tak dapat pape..
kepala memang tak larat sgt..nthlh tnya org alahan kowt..tp ntahlah alahan nie kadang2 jerk tp kalau kena memang tak larat..kadang2 tak dapat mkn nasi,bau pun tak bleh..tp kadang2 ok jerk..nthlah nie bertahan jerk..dahlah balik nak bawa kereta jalan jem..aduhhhh janganlah jadi pape..tak larat nak fikir..dengan bila balik nak fikir keadaan rumah lagi..sekarang nie macam2 ada macam2 hal pun ada...nak luah jadi tak kena nak cakap jadi ntah pape...

Tuesday 20 January 2015

#faraim wedding@putrajaya

salam semua sabtu lepas aku berpeluang pergi ke majlis kenduri kahwin.. kawan ofis merangkap adik lah..
walaupun dia sekejap jerk kerja dengan aku sbb berjawatan sambilan namun bonding kami kuat ditambah pulak dia memang kepala gila2 sempatlah kami share memories kan huhuh
aku memang dah set awal2 tarikh dgn en garang 17/1/15 memang aku dah tanda siap2 kat kalender rumah...sbb aku kan tgh mengandung rasa sgt nak makan nasi kenduri huhuhuh..

aku sebenarnya tak tahu nak pakai baju apa sebab time preggy mmg tak pakai langsung bju kurung rasa lemas jerk...tiba2 hari nak pergi boleh terfikir nak pakai baju kahwin plus kami pernah janji dgn fara kahwin nak pakai hijau emerald inspirasi #schawal huhuhuhh...
sekali kau ha comfirm kami punya kaler samer....huhuhhuhu

so terimalah gambar aku malas nak tulis pagi2 nie haahah

tgk sama tak..apersal pic nampakc macam flawless jerk nie...aku suka huhuhhu

berseri-seri pengantin..aku amik seri ibu mengandung sudahlah yer...nasib en garang nak jugak bergambar walaupun dah start marah2 kata lambat..bg aku kalau dah kawan rapat nak jugak bergambar..penat jerk dtg tau...kalau kawan saja2 aku rasa cukup makan balik huuhhu..lagi pulak bukan senang en garang nak pergi kenduri kahwin kawan2 aku sepanjang kawan dan dah jadi #hubbywifey nie nie lah first time dia hadir ke majlis kahwin kawan aku...kalau kawan dia ada jugak 2-3 org kami pergi..tgk sungguh tak adil kan..tapi tkperlah dah ada gmbar ok lah....

apapun to faraaim kak atul doakan korang bahagia untul jannah be wife and good husband



rindu rasa nak bersanding dgn en garang.....

Monday 19 January 2015

mommy

hai salam semua
takder apa nak tulis otak blur..huhuhhu cuma rasa happy nak kongsi kenangan iyerlah nanti boleh tgk balik gambar time preggy kan..org semua duk kata aku preggy muka berseri2 jerk...

#faraim wedding@putrajaya... #4month preggy

preggy recycle baju kahwin huhuhhu..teringat kan en garang
huhuhuh tgk lah berseri ke idokkk aku rasa macam biasa jerk huhuhhu

Wednesday 14 January 2015

rindu...

hai...
mood rindu mungkin sebab masing2 penat tp sekarang makin terasa kami jarang bercakap jarang nak macam dulu..semalam aku pergi kfc serius rasa sayu dia dulu selalu berdua walaupun takder duit ada ngam2 jerk order dinner plate air satu kami boleh kongsi dan boleh happy senyum2 tapi semalam makan tanpa dia kuar tanpa dia tp pergi ke tempat yang kami selalu pergi dulu amat mengusik hati..terasa kerenggangan kami..bukan sebab kami ada masalah cuma masa keadaan dan waktu berubah...sekarang bukan seperti dulu nthlah semalam dia cakap tak sabar nak pergi honeymoon aku pun sama rasanya mudah mudahan balik bercuti dia ok...
sebab kadang2 aku tak faham bila dia suka cek hp aku..sebab bg aku kalau aku cek hp dia sebab suka baca whatsapp tp bukan kepada cemburu sebab aku percaya jerk kat dia...lagipun kalau hati kita dah pandang dia selamanya dia..kecuali allah swt nak uji kesetiaan kita suami isteri lagipun sekurang kurangnya aku tahu aktiviti dia..kalau dia nak main bola ker,ot ker, sebab aku jenis tak halang minat dia dan aktiviti dia..ntahlah aku bukan suka mengongkong cuma kalau dia lebih kepada hal luar tanpa peduli dan macam leka tak ambil tahu itu aku akan terasa jugak lah...
aku sebenarnya tak suka bila dia selalu curiga macamtuh ...sebab kalau aku call ker msg ker cuma untuk benda penting bagi aku bukan zaman aku nak bersikap seperti perempuan bujang..aku ada dia ada bnyak tanggungjawab..nama dia nak jaga,dosa pahala dgn dia lagi,sekarang pun bagi aku masa macam tak cukup jerk..bangun seawal pagi..sehari tak jumpa dia kalau tak msg tak call ibarat kalau pagi tuh kali terakhir aku salam dia...kalau apa2 jadi kami tak jumpa dah..aku selalu doa permudahkanlah semua...
cuma sekarang aku dah rasa yang suasana kami makin suram,nak bersama bergurau jadi tersekat2...makan di meja pun ibarat bunyi sudu dan garfu..memang sikap kami sama tak suka org tahu apa perbualan kami percakapan kami tapi kalau di rumah sendiri pun macam tuh mesti dapat rasakan betapa susahnya komunikasi kami...takperlah mungkin 2015 ada rezeki buat kami untuk sendiri berdua bersama family kecil kami sendiri..aku sentiasa berdoa untuk itu...
bila tgk cerita zahira sorang2 aku rindu suasana kami tgk tv berdua..berapa banyak cerita kami ikut bersama..dari love u mr arrogant,ariana rose,cerita yang dia suka sangat bukan kerana aku tak cinta...sharnaaz ahmad waktu cerita tuh boleh rasa happy kami berdua....pastu setitis kasih darmia lagi waktu tgk awal2 kahwin fuhhh feeling...tapi sekarang?? tgk pun dah tak..balik senyap balik waktu berlainan sorang awal sorang lambat..ntahlah kita cuba perbaiki kan...moga hubungan kita kembali macam dulu kasih kita berpanjangan...kita kena jadi ibu dan abah yang baik...

sama -sama berusaha ok.. i love you i miss you...miss semua yang pernah kita lalui...susah dan senang
miss rumah langat miss kedai-kedai makan langat yang kita duk makan,miss downtown yang boleh kata pergi hari2 waktu awal2 kawan,nthlah sedih sayu semua ada...

Tuesday 13 January 2015

Meluahkan dan melupakan

hai semua..
semalam belajar untuk meluahkan dari memendam..bukan apa perit memendam nie sebab orang tak akan dan takpernah akan faham kita secara semulajadi walaupundia adalah sekatil sebantal denganmu..
bagi aku meluahkan bukan nak cari salah sesiapa tetapi satu cara nak memberitahu dari memendam..kadang2 apa yang kita luah tuh adalah satu benda berbeza dengan cara kita bercakap seharian sebab benda terluah nie adalah benda kita pendam..benda pendam nie serius memang benda menyakitkan..mesti semua tahu kan kita manusia kadang2 akan pendam sebab satu ketika kita mesti akan berfikir nak cakap ker tak nak cakap ker tak?last2 tak cakap sebab fikir nanti gaduh,nanti kecil hati dan pelbagai lagi sudahnya kita pendam..tapi apa akibatnya kita makan hati sendiri sebab konon nak orang faham tapi tak faham2...jadi bagi aku kalau saat aku meluahkan itu tandanya aku dah tak leh sendiri..mungkin waktu tuh aku lemah atau perlukan bantuan cuma tidak di zahirkan..
aku selalu sebut pillowtalk..bagi aku pillowtalk nie penting sebab bukan semua bila sampai di katil akan tidur terus biasanya fikiran kita akan menerawang sebelum terlena sendiri..pillow talk nie tidak semestinya masalah tapi kadang2 kita boleh imbas kenangan lalu..insyallah pillowtalk nie ada kebaikan dan keburukanya...kalau baik bila kita habis pillowtalk kita akan semakin lena tidur sebab lega dengan keadaan sebelum..tapi awas kadang2 bila terlalu banyak meluah jadi bergaduh akibatnya malam tuh masing2 tidur dalam berdosa sebab tidur dalam keadaan marah dan tentunya kita tak ikut sunnah rasulullah untuk tidur seperti yang disarankan isteri di celah ketiak suami dan perlu menghadap muka masing2...huhhuhhu mana mungkin kan kalau dah gaduh comfirm bontot bertemu bontot punya...
apapun yang aku faham kadangkala kita perlu meluahkan agar pasangan kita tahu..meluahkan bukan untuk mencari salah tapi memperbaiki diri ke arah kebaikan..sebab kalau dibiarkan mungkin hati kita akan jadi sebal dan lama2 tiada lagi perasaan kasih syg malah bertukar kepada rasa tanggungjawab sahaja sebab telah termetrai ikatan suami isteri walhal bila balik ke rumah suasana harmoni tiada,gelak tawa tiada...hanya jasad dirumah tapi hati dan jiwa kosong..seperti dinding2 rumah yang kaku dan kebal...rutin dilakukan sebab tanggungjawab..bukan lagi tanggungjawab dan perasaan cinta,rindu dan sayang seiriing dengan tanggungjawab...
bagi aku semua nie bermula dari hubungan...kerana pabila pillowtalk dan diakhiri dengan bagus..kita pasti akan merasakan..
-tidur semakin lena
-perasaan pabila bangun pagi lebih indah dan pabila tgk wajah suami/isteri jiwa terasa senang
-kita akan lebih cergas dan bersemangat
-rindu nak balik rumah cepat2 kerana berharap malam nie akan ada pillowtalk yang lebih indah
-perasaan membuak buak terhadap pasangan

huhuhhu oleh itu,kesimpulan dia belajarlah meluahkan dan melupakan yang tidak perlu.. apa yang diluahkan perbaikilah kerana itu lebih indah... kalau rasa tidak perlu cukuplah sekadar dilupakan dan tidak dipanjangkan...kerana hubungan itu indah ,halal itu indah dan bukan mudah nak sampai kesini dan janganlah dipersiakan...

Monday 12 January 2015

New experience

hai..semalam cuti ..alami pengalaman baru..alhamdulillah seronok walaupun kena korbankan masa tidur tapi melihat sendiri di depan mata dan uruskan sendiri rasa puas hati..tak sangka pernah satu ketika ingin bunuh diri bila hadap benda bodoh memakan diri tapi bila lihat indahnya keperitan lalu semalam rasa gembira.
untukmu walaupun habis duit tapi demi kegembiraanmu,karenahmu,kaletahmu,cerita -ceritamu tentang pengalaman baru..membuatkan diri ini tersenyum..melihat kamu di kejauhan belajar untuk membiasakan diri dengan suasana baru membuat air mata mengalir deras..ku tak sangka allah swt janjikan aku naluri yang aku sendiri tak sangka..bahagia ..rezeki kerana memilikimu ada sayang tetapi aku harus kuat dan tabah..kena bekerja dan mencari harap2 pengorbanan ini diingati dan pabila aku mati nanti doamu mengiringiku...sejuk dan damai aku disana...

harini... hari kedua segalanya dipermudahkan..kadangkala aku selalu berfikir bahawa rezeki ku susah..kadang2 dalam wallet pun ada syiling..takut nak lalui macamana nak bawa kereta tapi janji allah itu pasti aku jaga amanahmu walaupun ia datang bukan dalam wang ringgit..dalam aku berkira -kira macamana nanti tiba-tiba Allah S.W.T readakan kerisauanku...
- harga minyak turun kerana aku harus membawa kereta sendiri demi menjaga amanah dan kurniaan allah swt
- dalam berkira -kira bagaimana nak korbankan tidur nak bangun seawal yang mungkin alhamdulillah tidurku nyenyak bangunku mudah dan menguruskanya juga senang
- rezeki ada walaupun sedikit namun cukup untuk menguruskan dia

syukur padamu ya Allah kerana kau janjikan aku bukan wang ringgit tetapi kau gantikan dengan benda2 yang aku tak nampak tetapi sedikit sebanyak menyenangkanku...
doaku padamu ya allah..
jadikanlah dirinya disenangi oleh insan yang aku sayang
berikanlah dia kasih sayang yang tak berbelah bagi dari insan yang aku sayang

sesungguhnya walaupun aku sendiri kadangkala tak kuat nak hadap benda nie..
aku perlukan kasih sayang yang kuat dari orang yang menemaniku setiap hari..
aku harap kita bahagia bersama anugerah dan amanah yang allah swt berikan kepada kita..kerana menjaga amanah dari allah swt adalah satu kenikmatan  luar biasa yang allah swt janjikan yang kita tak pernah tahu..

i love you suamiku...

Saturday 10 January 2015

sayang kamu

amirah batrisyia ( 7Bulan) sayang kamu ketat2...

nanti adik kena ikut muka kakak tau comel sgt...

lapar dan sebal

tidur dalam keadaan tak lena..fikir macam2 dalam kepala
risau fikir dia sakit perut dia..cuma lena bangun pagi badan tak larat nak pergi kerja
cuba bangun untuk siapkan kerja baring cuba lelapkan mata bermanja dgn dia
baru nak ajak kemas rumah sama2 nak mengadu jadual yang bakal sibuk..nak minta pertolongan dia untuk esok dan seterusnya.. nak menyediakan tempat untuk satu tanggungjawab yang tiba-tiba datang..baru nak membina satu keluarga kecil ada ibu abah dan anak tapi terpaksa ada tanggungjawab cuba nak settlekan waktu dan masa emosi dan hati..nak set minda untuk penerimaan semua ini..dengan keadaan diri yang sendiri susah nak bawa.. sekali di aju dengan permohonan yang boleh saja kalau tidak dipenuhi harinie..namun kerana nak jugak dan jugak..terpaksa gagahi diri pergi keluar..tanpa jamah pape untuk kekuatan diri...
rasanya ada pengsan kejap lagi..takperlah aku kan boleh buat sendiri..hati pun dijaga sendiri..
senyuman untuk diri sendiri kerana aku tahu aku senyum di luar nampak kuat tapi menangis bila sendiri..

hati

sabarlah wahi hati kalau dia lebih mementingkan hati orang lain dari dirimu
sabarlah wahai hati jika dia lebih merasakan kamu tak penting
sabarlah wahai hati jika hak kamu diperlekehkan
sabarlah wahai hati jika hanya kamu perlu berkorban tapi bukan dia
sabarlah wahai hati jika selama ini dia tidak nampak kebaikanmu
sabarlah wahai hati jika kata-kata kamu seringkali disalah anggap
sabarlah wahai hati jika dia lebih merasakan tindakan dia betul
sabarlah wahai hati selagi kamu mampu bersabar.. dan jika kamu pergi dia lebih gembira kamu harus pergi...

sabarlah wahai hati jika dia tidak menerima siapa milikmu
sabarlah wahai hati jika dia tidak berkorban tapi kamu perlu terkorban
sabarlah wahai hati....
dia mungkin akan memahami semua nie bila kamu sudah tiada nanti... biarkan ia cari pada orang yang selama ini dia sayang,dia hargai dan dia kagumi tapi tidak kamu...kamu mungkin pelengkap diri tapi bukan untuk dijagai hati...

Friday 9 January 2015

suka ketika ini..

salam jumaat tgk tajuk pun ntahpape..
sekarang nie kegemaran aku tgk cerita zahira kat tv3...nthlah kalau takder rasanya boleh maki lah tv tuh huhuhhu
2minggu lepas berturut2 takder cerita tuh huhuhu geram jugak tau..memang aku peminat cerita melayu..ntahlah rasanya dekat dgn jiwa aku ntah tak pernah minat cerita mat salleh nie kalau aku betul2 teruja dengan cerita mat salih pun rasanya last aku tgk Mr & Mrs Smith huhuhu...aku nie jenis suka tgk drama kalau hero lelaki dia muka melayu dan ada style ego sikit aku suka tgk lelaki muka lelaki maksudnya aku tak minat sgt lelaki muka jambu jambu nie..nthlah sebab bagi aku kalau muka lelaki nie nampak dia punya maskulin huhuhu..macam cerita istikharah cinta dekat slot akasia aku minat jugak tgk tapi tak lah segila cerita zahira huhuhu
dalam cerita zahira nie palakon utama dia adi putra dgn zara zya..huhuhhu mesti korang tau aku pernah satu ketika terlalu minat Love U Mr Arrogant sebab zara zya nie huhhu..dan pelakon lelaki dia yang agak ego..
aku nie minat lelaki ego nie sebab bila sekali kita dapat tewaskan dia..tiada makna lagi ego dia..itu bagi aku lah..aku suka thrill tuh haahaha... sebab tuh aku suka en garang kah kah kah.. seriusly en garang aku spesis muka jantan ada ego sikit... dan kalau tgk muka memang rasa nak tumbuk dan kalau tak kenal rasa macam budget bagus jerk...
tapi kalau dah namanya Rabiaatul Adawiah... sekali ko tak pandang aku..ko dah kenal aku ha kan dah melekat sampai kahwin..tgk mula2 aku nak kenal en garang dia adalah spesis tak suka orang macam aku..haaha boleh refer detik mula2 aku kenal en garang..haaaa bila dah kenal en garang bagi aku eleh....muka jerk garang ego tapi huhuhuh hanya aku tahu..
bak kata lagu fynn jamal....

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta apa kau pura-pura suka”

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu


“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas jujur apa adanya”
“Aku lagi kenal dia”

Eh dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata

“Sayang mungkin baran tak kira masa”
“Tapi sayang tahan kalau yang salah saya”
“Sayang mungkin saja keras kepala”
“Tapi sayang manja bila kita berdua”
“Saya kenal sayang saya”

Buat apa di cerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua


hahaahaah...hayatilah lirik tuh.. memang kena sgt tau dgn en garang kita....
rahsia kita berdua....huhuhhuhu
kalau tgk cerita zahira aku memang minat tgk karektor adi putra tau...setiap emosi dalam cerita tuh memang sweet haahahah..kalau tgk dengan en garang mmg terus rasa nak peluk2 lah sebab rasa kebahagiaan itu huhuhhu..boleh dah kahwin tak salah pun yer dak..nasib en garang memang layan cerita melayu..kira boleh lah senyum2 sama2 sambil tgk tv huhuh..
untuk en garang walau apa pun awak buat walau apa pun kita lalui kita tetap sayang kamu tetap berusaha untuk jadi milik kamu yang sesempurna mungkin..



permulaan kami.... 

huhuhuhuhuh
dan sekarang
best .... hubby and wifey

Tuesday 6 January 2015

kehilangan

alfatihah kepada arwah mak yang,maknyah dan pak uda...

takziah kepada abah dan mak masing2 kehilangan adik beradik..yang terbaru mak kehilangan abang..takziah..

Al-fatihah

Thursday 1 January 2015

Tahun baru ... satu permulaan

salam semua..
salam 2015 bye bye 2014

1/1/2015
cuti....... itu yang syok!!! 31/12/2015 bukan lagi seperti tahun tahun lalu plan nak keluar tgk bunga api tgk segala macam apa kat luar..opsss anda dah kahwin..balik kerja last tahun 2014...basah kuyup haahah..aku mampu tersengih hadap muka en garang..orang kena paksa balik awal gituler...aku dah tak mau ot sedangkan dia bersemangat nak ot...tak kira saya nak balik..petang tuh hujan aku cakap tak hujan sudahnya..kuyup suami isteri sampai jerk aku sengih2..peduli apa aku janji dapat balik awal....malam kuar makan tomyam...tapi rasa macam tak sedap jerk atau tekak aku dah kureng...balik dalam jam 9mlm... singgah kedai beli apa yang patut dan seawal jam 9.10mlm dah terpacak kat umah..tiada apa nak buat..owh hari rabu nak tunggu cerita zahira..sekali takder tunggu kasih berbisik pun takder habis tv aku maki..tayang cerita tahun baru..boring kul 10 aku dah start baring2 nak tidur...gaduh2 ckit dgn en garang pasal sesuatu dan mata aku start berat nak tidur...sedar2 dalam kul 12 bunyi bunga api dalam mata pejam otak berjalan owh dah tahun baru 2015..raba2 disisi owh aku ada suami..walaupun yang aku dengar dengkuran dia sahaja (my hagemaru)...cepat2 doa dalam hati permudahkanlah hubungan,bahagiakan kami , berikan kami kurniaan rezeki untuk anak2 kami...pejam mata dengkur peluk suami sampai pagi...

TAHUN BARU......

ek eleh awal pulak aku bangun tapi dah set dalam kepala nak basuh baju dan kemas umah sambil niat nak jalan dengan suami nak tuntut karpet...bangun kejut2 en garang manja2 ckit.. terus bangun sambil bebel konon umah lama tak kemas..hakikat memang pun en garang kemas tapi kemas ikut suka hati dia...hishhh sakit jugak mata nie..start dengan tadah air mesin,sapu umah ,mop umah basuh dapur  en garang tegur basuh rumah ker apa..tak kira saya tak suka tgk lumut2 tau malu orang dtg,mak sendiri dtg tgk rumah..sambil mop sambil basuh kain..sambil buat sarapan kau mampu?haahah masak bihun goreng..air teh o.. jadilah..suami pesan slow ckit kemas rumah nie bunyi macam mengamuk haahaha...saja jer bagi dia tgk rimas..aku tgk dia pun tak jadi baring2 tapi bukan tolong aku tau amik hp belek2 suruh lipat selimut macam tebar roti..last2 paksa amik hanger angkat kain yang sidai seminggu lepas haahaha teruk kan..settle kemas rumah...mop rumah perghhhhhhhhhh rasa puas..aku tinggal kipas dan bilik air untuk dia cuci ..tak kan mak buyung macam aku nak cuci kan..perut dah lah rasa ngilu jerk kalau kerja berat2..dalam duk kemas rumah mak mertua aku call..cakap dgn anak dia kejap cakap dgn aku lama biasalah aku kan suka benor melayan..iyerlah orang tua kalau kita layan dia sakit dia pun kurang..katanya demam aku doakan mak sihat2 jerk...settle kemas rumah tgk rumah sendiri kemas rasa bangga jugak..ajak si hagemaru makan...sarapan kami di tahun baru mihun goreng (ala2 meeting di balairaya) walaupun nampak tak sedap dah rasa makan bertambah dengan air teh o... 2 pinggan jugak hagemaru makan..
masuk bilik rehat..baik pulak hagemaru nie tolong picit sebab memang aku lenguh..gila tak lenguh semua kerja aku buat hoi...kalau orang lain mau manja lagi dari aku..ntah2 bior jerk rumah..ooo itu bukan pesen aku..biar penat janji mata tak semak..sambil picit tuh buatlah permintaan abg jom pg jalan2 pg ikea pastu mula tuntut janji kata harituh nak beli karpet..haahah..mood apa ntah hegemaru nie baik pulak nak pergi..dia suruh siap...tapi aku penat aku rehat2 manja2 dengan dia dulu...hahahahaha dah puas manja baru kita mandi dan jalan2..
siap semua..lelaki kan siap cepat..dia tunggu kat bawah..aku siap lah elok2 selalu jalan tak elok nie nak pergi tempat elok kenalah elok btul tak..turun bawah tgk hagemaru duk makan kuaci.. ala tgk kiter cantik lah tuh terus tanya spek rayban dia..tak msg mmg tak lah saya bawa...ala cantik pun dah jadi hak awak pun jgn jealous sgt2 baby dalam perut ikut nanti perangai tuh...
dia drive...singgah pump minyak dulu..sambil tuh gelak2 bayar separuh2 haahah alhamdulillah minyak turun boleh lah nak jalan kan... dah isi minyak pergi tempat kerja suami katanya nak ambil barang baik..naluri isteri dah boleh agak..dia beli gitar lagi...aduh dah banyak gitar dia kat rumah ktanya nak buat koleksi..layan jerklah..aku suka sebenarnya..lagi2 pulak dalam kepala selalu fikir kalau bilik belakang tuh takder orang..aku nak hias cantik2 buat bilik muzik dia..belikan sofa kecil..karpet bulu gantung gambar cat kaler terang2 buat ala2 studio huhuhu..ada anak nanti sambil dia layan gitar boleh jaga anak..tgk baby tgk anak sulung buat kerja sekolah..dan aku kemas rumah sambil masak sampai lebam pun takper..iyerlah kalau di rumah ada tempat yang cool kan best..quality time dengan suami dan anak2..kan boleh eratkan hubungan suami isteri..harap2 en hagemaru faham insyallah akan tiba masa hanya kita berdua dan family kita..bukan tak suka orang luar dan juga adik beradik tetapi..ada masa ok...sebab masa nie adalah kualiti time kita..suami kita pun kita susah nak faham nie kan nak tambah org luar dengan adik beradik lagi..kalau orang dtg sekali sekala itu rezeki namanya sebab tetamu kan rezeki allah hantar kat kita..tapi kalau dah duduk sekali jadi tanggungjawab namanya...family kecil kita pun baru nak bina nie nak tambah tanggungjawab lagi so...kenalah fikirkan solution..harap2 impian aku nak kualiti masa bersama suami dan anak2 tercapai..suka tau ada rumah sendiri dapat masak untuk suami hias cantik2 untuk suami...ada anak2..manja2 dengan suami sambil tgk tv..iyerlah belum masanya..tapi akan tiba juga..harap2 2015 nie tercapai..heheeh
dah amik gitar dia...kami pergi ikea..sekali alhamdulillah mudah jugak dapat parking..dah lama aku tak dtg ikea ingat tak hagemaru kita mula2 dating kat sini..saya dari kampung terus dtg amik awak tau...walaupun waktu tuh tak couple tp macam dah start sayang sekali awak boleh ajak kawan spoil lah..baru nak berdua..tkperlah kenangan kita.. ermmm mula2 rasa tak nak beli alang2 dah sampai beli lah cawan sebab kt umah tuh cawan macam apa jerk pinggan pun campur2...kalau boleh nak complete huhuhu lawa ckit nak hidang makan buat suami.. masak sedap tgk pinggan hancur..heeheh beli apa yang mampu jerk ikut hati semua nak..tapi tahan dulu..nanti dah tinggal kiter jer tahulah saya kemas umah kita biar org kata umah flat dalam kondo huhuhu..khas untuk suami kita..impian kita tuh tau untuk awak wahai suamiku..saya nak biar awak rasa perit dapat kita rasa tak sabar dengan perangai kita tapi sebagai isteri kita puas dapat masak untuk awak,jaga rumah elok2 untuk awak..kita nak awak hargai kita tau...dah amik barang2 sekali beratur mak aiiiiiiii panjang gile suami cakap jugak takpernah dia beratur panjang macamnie..takper dah kahwin bini awak yang perut mulat nie nak jugak..kata sayang huhuhhhu... sekejap jerk kami ke ikea..nak beli karipap katanya tak payah..tkperlah nasib tak mengidam..balik tuh dalam perjalanan..orang gila tuh call suami kita dah start merepek baru kita rasa happy ..cepat betul  suami kita nie hilang mood...kita tak salah ok..harinie memang kita nak dgn kamu jerk tau..kita doa cepat2 janganlah hilangkan mood tuh..kita taknak sebab ntahpape happy kita harinie kelaut..alhamdulillah suami ok dalam masa 10minit..kami otw ke balakong tuntut nak beli karpet heeheeh...sekali pergi mak aiiiiiiii ramai org dalam econsave balakong niat nak beli lauk basah tak jadi kita beli karpet kita balik ok...
haahahah kereta tak basuh lagi dah janji dengan en kereta nak basuh dia hantar basuh alhamdulillah cuaca ok..sambil basuh kita makan cendol..boleh tahan lah cendol tuh huhuh..singgah kedai runcit kat rumah beli barang nak masak malam nanti..suami mintak resepi dekat kakak dia nak perap ayam konon hari sabtu nak bakar..beli lah barang2 nak perap ayam beli hari sabtu katanya..
so aku beli ayam sebelah jerk katanya nak ayam goreng dengan nasi pun jadi..
balik..suami sibuk dah bentang karpet baru dia..hurm berseri rumah kami..terima kasih suami...aku baring2 hilangkan penat berjalan..azan maghrib masuk..teringat harinie hari khamis malam jumaat awal tahun 2015 kalau boleh nak yang baik2 kalau awal tahun kita mulakan baik insyallah kita dapat yang baik2..gegas aku bangun mandi.. kuar bilik air aku cakap dengan suami..awak cepat mandi saya tunggu awak jom sembahyang sama2...suami senyum cepat dia bangun sempat lagi usik aku yerlah aku kan dah ada air sembahyang..siap bentang sejadah..alhamdulillah ruang bilik kami masih muat untuk kami solat bersama -sama..nanti ada anak kena kat ruang tamu lah..tak cukup ruang..kena selalu jemaah tau..untuk kerukunan family kecil kita..dia suruh aku iqamat aku gelak2 jawab tak reti sebenarnya aku saja nak dengar suara suami aku..iyerlah nak baby dalam perut dengar suara abah dia..nak angkat takbir rasa baby gerak..tahu kowt ibu abah nak solat sama2..selesai solat aku berdoa bersama suami dalam doaku mohon agar perhubungan kami dipermudahkan bahagiakan kami mohon 2015 milik kami huhuhuh..menitis jugak air mata mujur dia tak nampak haha..salam suami..2015 dapat salam dia rasa sangat macam salam waktu selesai akad nikah..cium dia..rasa sejuk sampai perut..baby rasa tak apa ibu rasa semalam..rasakan..huhuhhu..
suami bangun dengan ucapan..pgi masak haahaha..lapar dah kowt..
walaupun permintaan cuma nak ayam goreng dgn nasi tak sampai hati pulak.masakan dia ayam masak paprik dan sayur kobis goreng..sedap katanya..terima kasih tak susah pun masak nie janji abg sudi makan dengan gembira..dah siap makan..aku masuk bilik niat hati konon adalah cerita zahira..sekali takder lagi sekali aku maki tv hahaahah..ermm suami tgk bola katanya real vs barca..sambil tuh msg2 manja dengan suami sekali ntah macaman terlelap..kononnya nak tunggu suami..sedar dia masuk tapi mata tak leh bukak..sudahnya tidur sampai pagi..hahahahah bagun pagi pergi kerja.....owh kerja di tahun baru!!!!

Selamat Tahun Baru..
cerita tahun baru saya walaupun ntahpape tapi saya suka walaupun nampak biasa tapi kegembiraan habis masa berdua tuh saya suka..bukan senang kita nak dapat sebab emosi kita tak stabil kadang2 benda kecil jadi isu..so masa yang ada kita habiskan masa bersama ok.. untuk suami ku terima kasih untuk kegembiraan ini..jadi suami sayang yang baik yang penyayang tau..faham isteri belajar tentang isteri tahu kamu pun baru nak alami ada orang bebel org siap makan dan pakai,org yang suka alih barang2 kamu,orang yang degil suka lawan kamu tapi percayalah kita diciptakan untuk kamu untuk kamu rasa apa itu perkahwinan kerana makin lama ia makin indah..nanti nak ada baby lagi pengalaman baru...
love u a lot en suami /en garang /mr hagemaru haahahahahhaahah

bulan kiter..... (sweet sweet month)

nothing to sayyyyyyyyyy cuma nak beritahu.... >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>...