Tuesday 27 January 2015

hancur rasa

pernah tak rasa hancur hati,rasa pedih sgt bila org yang paling hampir dengan kita tidak memahami malah tidak dapat membantu terhadap diri kita malahan bertanya kembali apa yang kita cakapkan luahkan dan meragui apa yang kita cakapkan.aku tak faham dari segi ni sebab bagi aku mempercayai pasangan lagi penting dari kawan2..betul aku cakap waktu percintaan bagi aku,boleh kita main2 sebab tak melibatkan family tak melibatkan maruah keluarga tapi bila dah kahwin buruk baik terpalit nama family,terjadi sesuatu akan keruhkan lagi keadaan hubungan baik mesti renggang..ntahlah aku susah nak cakap..
bila perkahwinan nie dianggap mudah..seolah olah melepaskan tanggungjawab yang nampak remeh tapi besar bagi aku..
tak malu rasanya aku memang "broke" skang istilah lain memang pokai..tiada apa2 tiada simpanan kerana aku perlu dahulukan mana yang penting bagi aku,kadangkala nampak macam tak masuk akal..tapi kalau itu hakikat yang tak masuk akal tu lah aku kena hadap dengan hati lapang walaupun perit sebenarnya...
dari segi kewangan nampak macam aku bergaji besar tetapi lumrah kakitangan kerajaan hutang mesti ada...dan aku bukanlah anggota baru kerja yang baru nak hidup aku dah bekerja lebih 10 tahun...aku pernah menjadi satu2nya mata pencarian keluarga..aku hutang sana -sini pun sebab family aku....aku bangga dapat menolong family aku walaupun akhirnya walau dah bertahun2 aku masih lagi dihimpit kesusahan..aku tahu besar ganjaran untuk aku nanti..cuma sekarang aku menangis..
sebelum kahwin,aku memang nampak macam best ada kereta boleh shopping boleh jalan2..sebab apa aku tak terikat aku tak perlukan keizinan siapa,aku bebas berkawan...walaupun aku memang pokai tetapi aku boleh jerk makan dgn kawan2 yang nak belanja aku tak kisahlah lelaki pun..memang aku ramai kawan lelaki dari perempuan aku boleh bergantung hidup pada kawan2 pada aku istilah susah waktu bujang tk kisah sebab orang tak kan kaitkan dengan sesiapa tetapi bila dah kahwin?
soalan pertama org ajukan... laki tak tolong?suami tak tahu?tak kan lah?
hurmmmmmmm tolonglah aku memang bukan suka org jaga tepi kain aku aib aku tak kan aku buka...kalau aku minta tlg tapi tak nak tolong cakap.tapi jangan persoalkan sebab kalau persoalkan pastu bagi apa yang aku minta aku dengan rela berkata-kata tapi sekadar nak tahu kemudian bertanya macam2 lupakan...aku memang dididik..jangan cerita hal kain kita dekat org sebab orang bukan nak tolong sekadar menjaja..
semalam aku rasa kecewa sgt2..kalau lah semalam hari last aku hidup kat dunia nie..aku rasa aku mati dalam keadaan mata celik..ntahlah susah aku nak cakap..
semalam walaupun aku tahu birthday dia tapi..aku memang perlukan aku takut kalau kereta rosak.aku dah pernah rasa kereta rosak bukan salah aku tapi aku nak minta tlg pun terpaksa menangis nak minta pertolongan dia dgn alasan dia pun takder..ntahlah bagi aku kalau aku mampu aku tak kan minta dia tlg..aku akan usahakan tapi..bagus ker untuk seorang isteri (khas untuk perempuan berkahwin) minta tlg lelaki lain???
kenapa aku cakap lelaki?sebab hanya lelaki senang tlg perempuan kalau minta tlg perempuan bukan nya tolong tapi mengumpat adalah...aku sejak berkahwin aku memang simpan ssh aku nasib aku..sebab aku tak nak orang kata suami aku tak mampu tak bagi apa2 baru kahwin tak kan lah macam tuh..bagi aku diaorang tak duduk di tempat aku..
kalau aku susah pun aku minta tlg dengan orang yang aku percaya jerk..itupun kalau dah kerap adalah jugak dipersoalkan laki kau mana..aku dah tak mampu nak hadap.
aku cuba suarakan boleh tak dia bantu aku untuk barang2 dapur..sekurang2 nya aku ada duit dalam tangan dari tarikh dia gaji sehingga aku dapat ot..betul aku perit bila nak kena keluarkan duit untuk bahan basah dan kering kadang2 malu aku bayar guna duit 5sen,10sen tapi kalau itu yang perlu dan gembirakan hati semua org aku rela jerk..
sebab bagi aku kalau tak apa yang kami nak makan..dengan keadaan aku mengandung sekarang..emosi tersiksa,badan penat...aku perlukan benda yang mengembirakan tapi masuk 5 bulan aku tetap lalui yang sama jerk..menangis menangis dan terus menangis...aku tak salahkan anak aku kalau keluar esok jadi pemuram sebab emosi ibu dia memang begitu waktu mengandung..kadangkala aku fikir biarlah aku bisu dari bercakap tapi tak memberi apa2 makna..
aku kadangkala pelik kenapa susah sangat dia hendak memberi@menghulurkan duit yang sepatutnya buat aku?kenapa mesti aku minta dan kalau minta pun kenapa nak marah2??
jawapan yang selalu aku terima abg pun takder macamana?kalau ada abg bagi...tapi ada ker bagi?aku tak cakap benda nie satu ungkitan tapi aku soalkan pasal hak..aku terfikir kat mana dia letak diri aku?org gaji dia ker?cukuplah aku macam orang gaji sendiri di rumah...dah minum tak reti basuh,kalau bersemut tak payah lap,dapur berminyak tak payah lap,habuk rokok biar bersepah,tgk tv remote bersepah,tilam dan bantal dibiarkan,kusyen2 dipenye2kan macam aku ada duit nak beli tiap2 bulan,kain jemur biar berhari2,sampah busuk dibiarkan,kalau tiada plastik letak sahaja di sink..kalaulah yang buat nie budak atau taraf anak2 aku sebagai ibu rela hati kemas tapi kalau dah layak kahwin aku rasa tak releven aku tahu..erti kongsi dan bayar sewa tapi kalau aku sendiri rasa macam org gaji...kadang2 rasa menangis sendiri dengan kebebasan tiada.. yang suami semakin lama semakin sibuk dari balik kul 5.30 dah jadi kul 7 , 8,8.30,9.00 dan pernah sampai 10.00mlm..bila di soal kerja banyak..adakah department sendiri tapi tidak..nak cakap serba tak kena..aku tak kisah bab tuh sebenarnya tapi kalau dia berpenat lelah sebegitu untuk keperluan rumah aku rela hati malah senang hati nak sambut dia dgn senyuman,dgn masak mkn malam malah nak urutkan badan dia...namun
hancur hati aku kalau kerja bagai nak rak..jawapan cukup bulan abg pun takder!!! dah lah balik lewat hadap muka anak bini tak sampai setengah jam tak bercakap apa leka belek hp balik umah siap2 nak keluar main futsal..apa ingat aku tunggul?aku keluar rumah seawal 5.30pgi aku jumpa muka dia jam 8.00mlm aku tak bercakap papa dengan dia sebab dia main futsal bila balik aku dah tidur...dulu satu tempat kerja pun boleh msg boleh lg bg makan..nie lain tempat kerja msg pun ssh kalau nak suruh beli makan banyak alasan,alasan paling famous ingt saya ada duit ker?ok takper saya tahan biar baby lapar..janji tak habis duit awak...walaupun kat telinga dengar td laki kau belanja aku...nthlah kalau apa yang aku kisahkan nie macam satu ungkitan pada dia tapi percayalah aku tak ungkit aku nak dia faham sejauh mana dia berubah dan tolong berubah demi kebaikan bukan ke arah kehancuran rumah tangga..tak miskin darjat suami kalau hulurkan duit pada isteri malah allah swt gantikan rezeki lain untuk kau cari buat family..
aku tahu dia baca setiap luahan aku...
buat kamu wahai suamiku saya cuma nak awak tahu ini perubahan awak paling ketara sepanjang 1tahun 10bln kita kawan,bercinta dan berkahwin...

dulu :(fasa berkawan & bercinta)

1- sibuk macamana pun awak sms tetap ada,even atas tangga pun boleh lagi walau sekadar msg watper?
2- walaupun gaji awak kecil dan awak sendiri tak cukup makan duduk di kl tapi awak akan senang hati belanja saya bila awak ada rezeki lebih walau saya tak minta.
3- awak pernah buat saya terharu balik2 dari projek awak terus bagi duit projek tuh pada saya untuk sy simpan walaupun awak yang buat kerja tuh bukan sy
4- awak akan luangkan masa lebih dengan saya berbanding kawan2
5- kalau balik kg 3kali awak balik dgn saya..awak keluarkan duit poket awak untuk minyak dan tol tak minta sy..malah kalau saya bawa mak awak keluar awak bagi sy duit untuk belanja walau sy tak minta.
6- awak pernah tawarkan duit untuk saya pakai dalam akaun awak waktu kereta sy rosak...sehingga last2 awak sanggup korban beli kereta demi saya.waktu tu awak bagi tanpa perlu saya minta dan menangis pun
7- awak sanggup dengar luahan saya bebelan saya walaupun jam dah angka 2pagi.
8-kalau saya cakap saya teringin nak dan minta awak belikan awak akan bagitahu bila awak boleh belikan dan tiba masa tak perlu cakap awak sendiri akan ajak saya pergi beli..awal2 saya pakai tudung ada 2-3 helai awak bg duit untuk sy beli.
9-saya selalu perhati awak dulu duduk di rumah sewa ada beli gula,bawang,sabun,kicap tanpa perlu disuruh kerana itu keperluan awak tapi sekarang tidak
10-kalau dulu balik kerja awak boleh singgah kedai beli makan walaupun cuma goreng pisang atau keropok untuk kudap2 tapi sekarang tiada


sekarang: (berkahwin)
1- kalau saya tak msg awak boleh tak msg sy sampai ptg..alasanya dah tentu pergi kerja sekali balik sekali..msg pun untuk penting2...sahaja tiada lagi macam dulu sehingga msg bapak mertua sakit pun dipandang sepi..
2- gaji awak lagi besar malahan ada ot takperlu tunggu duit projek tapi tak seperti dulu malah kalau nak belanja pun saya kena meminta -minta.kadangkala ok kadangkala dibalas dgn jawapan saya mana ada duit walhal saya tak minta apa2 pun
3- sekarang tiada lagi huluran seikhlas hati dari awak sendiri untuk saya,kalau nak kena minta itupun untuk untuk yang perlu kadangkala dipersoalkan mana duit awak.
4- masa untuk saya tiada,sudahlah dirumah sendiri tiada privasi..saya terima sebab faham situasi tapi kalau sehari suntuk dahlah kerja,balik lewat  nak keluar lagi dengan kat rumah ditinggalkan dengan org2 bukan muhrim..kadangkala timbul rasa tak sedap hati suami keluar isteri ditinggalkan
5- sekarang kalau balik kg mesti saya kena bantu awak..kalau saya minta awak dahulukan semua awak akan cakap tak kan saya seorang..saya pun susah nak jawab hal nie..sebab benda nie kalau saya ada saya tak lokek untuk berkongsi
6- saya sekarang takut kalau kereta rosak sebab saya takut dieprsalahkan dan saya masih teringat pergaduhan kita hanya sebab kereta rosak...yang bagi saya bukan saya tahu kereta nak rosak
7- kalau saya luah,awak tak percaya awak kata tak masuk akal,saya saja nak ungkit2 saya ambil tahu hal family awak saya campurtgn hal adik beradik awak tapi kadangkala saya sebenarnya nak kebaikan untuk semua
8- kalau saya cakap saya teringin saya nak papa awak akan cakap takder macamana nak bagi..tapi bagi saya kalau saya ada lebih ckit pun sy mesti fikir apa yang awak perlukan..minyak rambut,spender,deodorant sebab bagi saya hati saya gembira dapat penuhi kehendak awak walaupun saya sendiri kena korbankan tak boleh beli bedak muka atau myak wangi,pernah satu bulan saya balik kg dan bila balik sini tgk awal beli brg keperluan awak sendiri tak terfikir ke nak belikan saya juga walaupun minyak wangi harga RM10.tapi tak hanya untuk awak
9-saya perhatikan awak tak lagi alert seperti dulu,kalau bawang habis awak tak beli..awak tak pernah nak tnya minyak,beras,bawang,susu,kicap,sos,gula,teh itu semua kalau habis kadangkala sampai habis baru awak nak beli dan kebetulan kalau habis waktu duit awak takder dgn muka masam awak pergi beli itupun bila disuruh..tak boleh ker beli atau hulur duit suruh beli apa yang takder..saya pun segan terhegeh2 minta kat awak untuk keperluan umah tangga sebab muka awak tak pernah manis time memberi
10-awak tak lagi macam dulu,kalau dulu ptg2 ada awak naik motor beli goreng pisang atau beli kudap2 sementara dapat makan malam tapi sekarang tak even sebuku roti kelapa untuk cicah air teh pun payah awak nak singgah beli...


entahlah kalau di baca dari atas macam saya ungkit macam2 tapi percayalah saya tulis nie bukan nak tala atau tuding jari pada awak.saya tahu mungkin saya pun banyak berubah,banyak buat awak beban sebab awak berkahwin dgn saya,mungkin saya buat diri awak tak bahagia...awak tak patut dengan saya atau seumpanya..
tapi percayalah saya luahkan untuk kebaikan untuk sama2 tidak berdosa biar kita rasa kahwin itu lagi indah dari bercinta..janganlah kita biarkan sebaliknya..
saya hargai kesanggupan awak ambil saya sebagai isteri...
saya tahu awak tak senang dengan saya

saya rabiaatul adawiah sebenarnya sayangkan awak tk kira macamana diri awak tapi saya juga berhak bersuara agar keluarga kita harmoni..kerana saya taknak andai apa2 jadi hubungan yang elok antara family kita jadi tak elok sebab masalah kita berdua...

maafkan saya kalau saya bukan insan pilihan hati awak..anggaplah saya apapun asal awak menghargai saya.


No comments:

Post a Comment

bulan kiter..... (sweet sweet month)

nothing to sayyyyyyyyyy cuma nak beritahu.... >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>...